Isnin, Ogos 06, 2012

Yusuf al-Qaradhawi dan Kebangkitan Rakyat di Mesir.

 
Surat kebenaran menterjemah buku ‘Yusuf al-Qaradhawi dan Kebangkitan Rakyat’ 
ke dalam bahasa Melayu. Surat ini ditandatangani oleh Syeikh Yusuf sendiri dan 
ditujukan kepada Presiden ABIM, Saudara Haji Amidi Abdul Manan.
Untuk biodata DSAI, boleh rujuk pautan ini:
http://chedinsphere.blogspot.com/2012/07/dato-seri-anwar-ibrahim-mantan-tpm_25.html
*****
Bersabarlah sedikit dalam kepayahan ini dan jagalah diri kamu dalam satu barisan. Jangan sesekali dirasuk oleh orang munafiqin yang bersedia mengganggu kamu setiap masa untuk mematahkan semangat kamu, dan mereka akan bercakap bukan dari hati mereka.” 
-- Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi.

4hb Ogos 2012.
Alhamdulillah, pada hari Sabtu lepas, saya bersama beberapa orang sahabat Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Selangor dan Grup Peguam ABIM (GPA), berkesempatan menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Diskusi Bersama Rakyat di Dewan Megawati, Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor, Shah Alam. Kemudian, kami terus berkunjung ke Sungai Ramal Dalam, Kajang, untuk menyaksikan program “Peluncuran dan Diskusi Buku: Yusuf al-Qaradhawi dan Kebangkitan Rakyat” yang dianjurkan di Surau Al-Mujahidin, Taman Desa Surada. Nama ‘Surada’ merupakan kependekan daripada ‘Su’ (Sungai) ‘Ra’ (Ramal) ‘Da’ (Dalam).

Buku “Yusuf al-Qaradhawi dan Kebangkitan Rakyat
Pada  hari Jumaat 11 Febuari -- ketika orang  ramai berasa putus asa setelah mendengar  ucapan Mubarak -- ketika itu kami melihat dan mendengar khutbah tuan (Sheikh Yusuf al-Qaradhawi), di skrin layar yang dipasang di dataran, tuan bersumpah bahawa revolusi ini pasti berjaya, berlandaskan firman ALLAH: “Bahawa  sesungguhnya merekalah orang-orang yang diberikan  pertolongan mencapai kemenangan. Dan bahawasanya tentera Kami (pengikut-pengikut Rasul), merekalah orang-orang yang mengalahkan (golongan yang menentang kebenaran).” Ucapan  ini telah menusuk ke jiwa kami bahawa  revolusi ini pasti berjaya.”

Ucapan  yang dimaksudkan dalam petikan ini adalah  khutbah Jumaat pada minggu tersebut yang disampaikan dari Qatar, yang dikenali sebagai “Khutbah al-Qasm” (sumpah). Dengan  takdir ALLAH jua, Hosni Mubarak telah mengumumkan  perletakan jawatan sebagai Presiden Mesir pada petang hari yang sama, sedangkan beliau telah menegaskan untuk terus mempertahankan kedudukannya dan menentang segala usaha menjatuhkan beliau di sebelah paginya.

Buku  ini merupakan satu dokumen sejarah penglibatan  ulama dalam satu babak kebangkitan umat. Sheikh Yusuf al-Qaradahawi menginginkan bahawa kebangkitan ini dicatat dengan sejujurnya bagi mengekang interpretasi liar musuh Islam yang sekian lama cuba menyisihkan peranan ulama dalam mana-mana perjuangan rakyat.

Tidak  terkecuali catatan sejarah penentangan penjajah  Inggeris di negara kita yang mempertontonkan watak-watak ulama seperti Abdul Rahman Limbong dan Tok Janggut sebagai pemberontak yang tidak perlu mendapat simpati rakyat.

Buku setebal 270 muka surat ini ditulis sebagai arkib-dokumentasi rentetan peristiwa-peristiwa sepanjang kebangkitan rakyat di Mesir sehingga kepada tumbangnya rejim Hosni Mubarak di Mesir.  Naskah asal buku ini diperolehi oleh mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang kedua, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) yang juga merupakan sahabat ikrab Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, sewaktu pertemuan mereka di Doha, Qatar, pada 11hb Februari 2012 yang lalu.

(Turut hadir dalam pertemuan di Qatar tersebut ialah Datin Seri Wan Azizah, pemimpin Pergerakan Hamas-Palestin, Khaled Mishaal dan Menteri Kebudayaan Qatar, H.E. Dr Hamad bin Abdul Aziz bin Ali Al-Kuwari).

Selanjutnya, buku ini merupakan himpunan tulisan, ucapan dan khutbah Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi (Pengerusi Kesatuan Ulama’ Sedunia), sekitar ‘Revolusi Besar Pemuda Mesir.’ ABIM telah mendapat izin untuk menterjemah naskah besar ini, yang mengangkat perjuangan rakyat dalam menuntut kebebasan, yang menjadikan Dataran Tahrir di Kaherah dan beberapa lapangan lain di seluruh Mesir sebagai medannya, yang akhirnya mendapat kejayaan pada 11hb Februari 2011.

Buku ini merupakan hasil terjemahan Grup Penterjemah Deria (Derang-Syria) yang terdiri daripada lulusan pelbagai generasi Maahad Tarbiyah Islamiyah Derang (MITD), Kedah, iaitu sebuah pusat pendidikan rakyat yang diasaskan oleh Almarhum Syeikh Niamat Yusof sekitar 80an yang lalu.

Menurut Timbalan Presiden ABIM, Al-Fadhil Ustaz Mohd Naim, yang terlibat dalam penterjemahan serta penerbitan naskah ini ke dalam bahasa Melayu, buku ini mengupas berkenaan ‘fiqh baru,’ iaitu ‘fiqh revolusi’ yang jarang dibahaskan oleh ulama’ silam. Menurut Ustaz Naim lagi, buku ini turut mengupas penglibatan secara langsung oleh golongan dan gerakan belia serta ulama’ dalam ‘kebangkitan rakyat’ di Mesir.

DSAI, di dalam ulasannya, menegaskan bahawa gerakan perubahan perlu dimulakan dengan keyakinan dan kekuatan ilmu. Beliau juga menyatakan bahawa Syeikh Yusuf al-Qaradhawi berjaya menyampaikan mesej dan peranan Kitab Suci Al-Quran dan kaitannya dengan kehidupan sarwajagat. DSAI juga menyeru agar masjid di seluruh negara menjalankan lebih banyak kegiatan pembudayaan ilmu, seperti ‘bedah buku’ dan sebagainya.

Semoga usaha ini diberkati serta diterima sebagai amal di sisi ALLAH SWT. Amin dan in sya ALLAH. 

**************************
Sumber:
  1. http://zulkiflihasan.wordpress.com/2012/08/27/yusuf-al-qaradhawi-as-a-public-intellectual/; dan
  2. http://www.abim.org.my/v1/index.php/arkib-abim/43-isu-semasa/256-yusof-al-qaradhawi-dan-kebangkitan-rakyat-di-mesir-.


************************************

**********************************
Entri-entri berkaitan:
1.     Untuk sejarah ringkas ABIM, boleh rujuk pautan ini: http://chedinsphere.blogspot.com/2010/12/sejarah-angkatan-belia-islam-malaysia.html.
2.     Wacana ke-15 Sinar Harian: Peranan Ulama Menasihati Pemimpin: http://chedinsphere.blogspot.com/2012/10/wacana-ke-15-sinar-harian-peranan-ulama.html?spref=fb.
3.     Teks ucapan kemerdekaan oleh Ustaz Siddiq Fadzil: http://chedinsphere.blogspot.com/2012/08/mensyukuri-nikmat-menginsafi-amanat.html.
4.     Peluncuran buku Islam dan Melayu: Martabat Umat dan Daulat Rakyat: http://chedinsphere.blogspot.com/2012/07/buku-islam-dan-melayu-martabat-umat-dan.html.
5.     Peluncuran buku Yusuf Qaradhawi dan Kebangkitan Rakyat: http://chedinsphere.blogspot.com/2012/08/sekitar-majlis-diskusi-dan-peluncuran.html.
7.     Pelancaran Tabung Bosnia ABIM pada 1992: http://chedinsphere.blogspot.com/2012/10/9hb-jun-1992-pelancaran-tabung-bosnia.html.
8.     Sedikit tulisan berkenaan Grup Peguam ABIM (GPA): http://chedinsphere.blogspot.com/2012/08/abim-dilantik-sebagai-pengerusi-ujn.html.


*************************

3 ulasan:

  1. salam ... kat mana ada jual buku ni?

    BalasPadam
  2. Salam alaik. Untuk membeli naskah ini, boleh hubungi Puan Hilwah Izwah (019-3339700).

    Terima kasih. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. * Saya salin dan tampal ini daripada laman Fb Kedai Buku Makalah, Shah Alam, yang turut menjual naskah "Kebangkitan Rakyat":

      Untuk sekitar Shah Alam, datang ke Kedai Makalah di Giant Seksyen 7 Shah Alam (sebelah Bintang Walk Cafe). Untuk penghantaran pos, e-mel tempahan (beserta bukti bayaran - Maybank - kepada Rozitah 1-6432-4280-708) dan alamat termasuk nombor telefon. Tambahan kos penghantaran pos ialah RM6 (Semenanjung Malaysia) RM9 (Sabah & Sarawak). Penghantaran dilakukan setiap Isnin dan Khamis.

      Padam

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...