Bukan
but DocMart, tetapi sekadar selingan.
Gambar kenangan sewaktu mengikuti kuliah
di
Fakulti Undang-Undang, UiTM Shah
Alam, tahun 2010.
Fakulti Undang-Undang, UiTM Shah
Alam, tahun 2010.
******************************************************
Megat, ACAB dan But DocMart: Satu Kenangan.
Menyebut
nama kugiran A.C.A.B., pastinya kita tidak boleh melupakan vokalis utama dan
pengasas bersamanya, iaitu Megat Hafiz (magskin/maxhafidz). A.C.A.B. ditubuhkan
oleh dua orang anak muda dari Kuala Lumpur, iaitu Megat dan Eddie (Edy J. Herwan).
Kugiran ini digelar sebagai “The
Godfather of Streetpunk/Oi of Malaysia” dan lagu-lagu mereka diangkat
sebagai ‘lagu rasmi’ pengikut Skinhead Malaysia yang agak ramai tidak berapa
lama dahulu.
‘Budaya’
Skinhead, sebagaimana Punk -- yang popular dalam kalangan pelajar sekolah serta
anak muda sekitar pertengahan 90an sehingga awal Abad ke-21 -- mendapat maklum
balas negatif daripada kalangan media dan masyarakat Malaysia secara umumnya.
Namun, imej A.C.A.B yang memakai kasut but Dr Martin (digelar But DocMart), berseluar
ketat dan kecil di bahagian bawah, serta berkepala botak, tetap menjadi ikutan
sebilangan anak-anak muda ketika itu.
A.C.A.B.
Kugiran ini
ditubuhkan sekitar 1994, dan asalnya dianggotai oleh Megat, Eddie, Black
(dram), Anas (gitar) dan Sham (bass) yang menerokai muzik ‘Oi!’. Bersama A.C.A.B., Megat dan rakan-rakannya terbabit dalam
penerbitan dan proses rakaman beberapa single, E.P, L.P dan album studio.
Antaranya, We Are The Skin; Streets of
Uptown (single); Eastern Oi!
(L.P); Unite & Fight (E.P.); Skinhead
4 Life; This is The A.C.A.B. (album studio). Untuk rekod, nama A.C.A.B.
digunakan dari 1994 sehingga 2003. Selepas persembahan terakhir Megat bersama
A.C.A.B. pada 2003, beliau (Megat) melanjutkan pelajarannya ke United Kingdom.
Eddie meneruskan kerjayanya bersama Gerhana
Ska Cinta manakala Irfan bersama The
Times.
Pada tahun
2004, ‘Tribute to A.C.A.B’ diterbitkan
dengan menampilkan beberapa kugiran indie, sebagai penghormatan kepada
sumbangan A.C.A.B terhadap muzik Oi!,
Streetpunk dan Ska di Malaysia.
Antara artis yang terlibat ialah The
Times dan Roots N’ Boots.
Sekitar
tahun 2004, penambahan nama ‘The A.C.A.B.’
dibuat, memandangkan penukaran muzik yang dibawa oleh Megat dan rakan-rakannya,
daripada Oi! kepada rock indie (independent rock). Megat
yang ‘menghilangkan diri’ selama dua tahun, mula menggunakan gelaran baru, Max
Hafiz, dan berjuang bersama rakan-rakan The A.C.A.B: Eddie (gitar), Mono (bass)
dan Irfan (dram). Album ‘This is The
A.C.A.B’ dikeluarkan sekitar 2006. The A.C.A.B. membawa muzik rock indie, yang mencampurkan nilai
muzik rock Asia dan Barat.
Addukhan
Sekitar
Januari 2012, Megat merakamkan single berjudul ‘Purnama’ bersama sebuah kugiran baru, bernama ‘Addukhan.’ Lagu ini dirakamkan di sebuah studio di Sri Damansara
oleh Addukhan yang bermaksud ‘asap’ dalam istilah Arabnya. Megat yang
menggunakan nama Max Addukhan berperanan bersama Wan Barat sebagai vokalis dan
pemain gitar; tatkala Hanna Hamdan beraksi selaku vokalis dan pemain bass.
Irfan Iskandar pula bermain dram.
Melanjutkan pelajaran ke Syria
Berdasarkan laporan pelbagai sumber, Megat dilaporkan melanjutkan pelajaran ke Syria. Beliau menuntut
dalam bidang bahasa Arab dan Syariah. Beliau mula tampil dengan imej berserban
dan berjubah selepas mendalami ilmu agama Islam di Jenderam Hilir. Di dalam
satu temubual yang disiarkan dalam Majalah Mastika pada Disember 2009, Megat
menyatakan bahawa beliau sudah membuang tatu di tangan dan dadanya.
Khatimah
Tatkala
ingatan kita masih segar dengan pelbagai laporan serta kupasan negatif oleh
media massa berkenaan ‘budaya’ Skinhead sekitar awal dan pertengahan alaf baru
yang lalu, Megat tampil mengejutkan kita dengan gaya berserban dan berjubahnya. Semoga apa yang baik dijadikan tauladan; yang sebaliknya kita jauhkan.
Bersamalah kita saling tegur-menegur dan nasihat-menasihati. Kita melihat apa
yang dicakap; bukan siapa yang bercakap. Selamat berfikir. Salam.
-------------------------------------------
Sumber:
- http://klthugs.blogspot.com/2011/01/interview-bersama-megat-acab-disember.html;
- http://www.muzikrock.com/acab_01.html;
- http://theacab.blogspot.com/2008_09_01_archive.html;
- http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=115726;
- http://iniakupunyasendiri.blogspot.com/2012/03/tranformasi-megat-hafiz-acab-revolusi.html;
- http://www.facebook.com/pages/ACAB-Malaysian-Band-/133654239979447; dan
- http://klthugs.blogspot.com/2011/01/interview-bersama-megat-acab-disember.html.
namun sayang mahu berubah...,tapi balik jadi syiah..
BalasPadamtu la pasal.. bagus tul
BalasPadamDah elok berubah pergi oversea terjebak pulak dgn ajaran syiah,,adoiii..pishang tol .. terutama skali pda mmbe2 seangkatan acab khususnya ,pegi lah tegur and nasihat si megat tu sikit tuk berubah..berbalik pda ahli sunnah waljamaah,,itu yg terbaik,,lagu and ACAB mereka masih terpahat dlm ingatan aku smpai bila2,,hrap dia dpt perform di masa akan datang,,,hehe,,salutee dan respect ACAB !!!
BalasPadammana pergi sham sekarang?
BalasPadam