Beberapa tahun yang lepas, imej Dato' Misbun dan Dato' Lee Chong Wei yang saling berpelukan sering diangkat sebagai antara lambang perpaduan sebenar rakyat Malaysia. |
Ucapan ringkas daripada DLCW yang menyentuh hati rakyat Malaysia. |
Jalani dan Razif Sidek, antara beregu terbaik pernah dilahirkan negara. Pemenang pingat gangsa pertama Malaysia di Olimpik Barcelona 1992. |
Cheah Soon Kit dan Yap Kim Hock, mencatat sejarah gemilang selaku penyumbang pingat perak untuk Malaysia di Olimpik Atlanta 1996. |
Rashid Sidek, pelengkap legasi Keluarga Sidek Abdullah Kamar. Untuk sedikit kisah berkenaan Sidek Bersaudara, boleh klik pautan ini: http://chedinsphere.blogspot.com/2011/05/anak-anak-sidek-dari-kanchong-darat-ke.html |
Rashid Sidek, jaguh perseorangan negara, merupakan penyumbang pingat gangsa Malaysia di Olimpik Atlanta 1996. |
DLCW kelihatan sugul selepas tewas kepada Lin Dan sewaktu Olimpik Beijing 2008. Beliau menghadapi tekanan besar untuk menyumbang emas buat Malaysia ketika itu. |
Rashid Sidek dan Tey Seu Bock, dua orang jurulatih yang banyak memberi sokongan kepada DLCW selepas ketiadaan Dato' Misbun Sidek. |
Dato' Lee Chong Wei, Lin Dan dan Chen Long. Kesedihan jelas terpancar pada wajah DLCW. China sudah mempunyai pemain pelapis yang hebat selepas Lin Dan. Bagaimana dengan Malaysia? |
Sambutan wira buat DLCW, sekembalinya beliau dari London. |
Dato’ Lee Chong Wei tidak kalah,
tetapi menang.
Menyaksikan imej Dato’ Lee Chong
Wei (DLCW) menitiskan air mata kekecewaan, selepas perlawanan getir menentang
Lin Dan, bukanlah sesuatu yang menyenangkan. Tidak, bukan kerana kita marahkan
DLCW, tetapi kita turut merasakan kekecewaan dan kesedihan tersebut.
Sepertimana yang kita sedia
maklum, DLCW telah mengharungi banyak dugaan dan onak sepanjang kerjayanya,
khususnya menjelang Sukan Olimpik London 2012. Selain tekanan menggunung untuk
menghadiahkan pingat emas untuk negara, beliau juga berdepan beberapa
kontroversi seperti kecederaan bahu dan tendon pergelangan kaki kanan,
sehinggalah kepada isu peribadi yang membabitkan keluarganya dipampang secara
sensasi di dada-dada media.
Kendati pun, DLCW tidak mudah
patah semangat. Dengan sokongan serta tunjuk ajar Tey Seu Bock dan Rashid
Sidek, disiplin serta kecekalan yang melangit tinggi, DLCW berjaya mendepani
segala cabaran sehingga berjaya memasuki perlawanan akhir menentang jaguh
China, Lin Dan.
Untuk rekod, sejak 1956, Malaysia
hanya memenangi pingat menerusi acara badminton iaitu gangsa pada Olimpik
Barcelona 1992 (gandingan Razif dan Jalani Sidek); perak dan gangsa pada
Olimpik Atlanta 1996 (beregu Cheah Soon Kit dan Yap Kim Hock serta Rashid
Sidek). Namun, kita berjaya memenangi perak pada Olimpik Beijing 2008 dan
Olimpik London 2012, kedua-duanya menerusi Dato’ Lee Chong Wei sendiri.
Tuntasnya, DLCW tidak tewas.
Beliau menang pingat perak. Dan, meski Malaysia tidak memperolehi emas, kita
mempunyai permata berharga yang bersinar: jaguh bernama Dato’ Lee Chong Wei.
Sungguh, DLCW berjaya meletakkan dirinya selaku Olimpian terbaik Malaysia,
tatkala kita semua sedikit gusar berkenaan siapa yang bakal menjadi pengganti
beliau kelak. Apa pun, tahniah Datuk Lee Chong Wei. Biar jasa jadi kenangan.
Hidup Malaysia kita.
*****
Entri-entri berkaitan:
- Untuk sejarah ringkas Adidas, Puma dan perseteruan Dassler Bersaudara, boleh klik pautan ini: http://chedinsphere.blogspot.com/2012/10/adidas-dan-puma-perseteruan-dassler.html.
- Berkenaan biodata ringkas Supermokh, ada ditulis di sini: http://chedinsphere.blogspot.com/2011/08/supermokh-lagenda-yang-tiada-galang.html.
- Sedikit tulisan berkenaan lagenda bola sepak Malaysia, Azizol Abu Haniffah: http://chedinsphere.blogspot.com/2011/10/azizol-abu-haniffah-lagenda-yang-tak.html.
- Untuk biodata ringkas Azman Adnan, ada di sini: http://chedinsphere.blogspot.com/2011/10/penyerang-terbilang-azman-adnan.html.
- Sedikit tulisan berkenaan penjaga gol terbaik dalam sejarah bola sepak Malaysia: http://chedinsphere.blogspot.com/2011/03/penjaga-gol-terbaik-malaysia.html.
- Sedikit tulisan berkenaan kegemilangan Haji Sidek Abdullah Kamar dan Sidek Bersaudara, ada di sini: http://chedinsphere.blogspot.com/2011/05/anak-anak-sidek-dari-kanchong-darat-ke.html
- Untuk tulisan berkenaan penjaga gol yang menjaringkan gol: http://chedinsphere.blogspot.com/2011/04/penjaga-gol-yang-menjaringkan-gol.html.
- Berkenaan El Phenomeno, Ronaldo: http://chedinsphere.blogspot.com/2011/02/ronaldo-si-el-fenomeno.html.
- Evolusi bola Piala Dunia: http://chedinsphere.blogspot.com/2012/10/evolusi-bola-piala-dunia.html.
- Wajah Super Safee sewaktu berambut panjang (2005-2006): http://chedinsphere.blogspot.com/2012/10/2005-2006-aksi-super-safee-sewaktu.html.
***************************************************
terbaik
BalasPadamBersamalah kita hargai jasa wira-wira negara. :)
PadamSalam , ingin dibetulkan, beijing 2008, bukan 1998 :)
BalasPadamSalam. Terima kasih atas teguran. Sudah saya perbetulkan. :)
Padamgood collection of photos... :)
BalasPadamThank you. Credit goes to ‘Uncle’ Google. :)
Padam