Selasa, Februari 15, 2011

Ronaldo: El Fenomeno


Ronaldo Luis Nazário de Lima (dikenali sebagai Ronaldo) dilahirkan pada tanggal 18 September 1976 di Rio de Janeiro), ialah bekas penyerang bola sepak Brazil. Beliau mempunyai ketinggian 1.83 m (6 kaki). Menerusi corak permainan yang menakjubkan, Ronaldo telah tiga kali merangkul Anugerah Pemain Terbaik Tahunan Eropah, Dunia dan FIFA.


*********************



Pemain terbaik dunia

Pada 1993, sewaktu berusia 16 tahun, Ronaldo telah menjaringkan 59 gol dalam 57 perlawanan untuk skuad Bawah 17 Tahun Brazil. Pada 1994, beliau menyertai skuad senior Brazil, tetapi hanya mampu memanaskan bangku simpanan sepanjang kempen Piala Dunia FIFA 1994 di Amerika Syarikat. Perlawanan akhir yang dimenangi Brazil itu pastinya dikenang dengan sepakan penalti ala permainan ragbi – yang melambung tinggi melepasi palang gol – oleh lagenda Itali, Roberto Baggio.

---------------------------------------





*********************




Sinar kebangkitan Ronaldo bermula sewaktu bermain dengan kelab Cruzeiro (Brazil) pada 1993, di mana beliau menjaringkan 58 gol dalam 60 perlawanan. Diikuti dengan dua musim yang mengkagumkan di PSV Eindhoven (Belanda), beliau kemudiannya menyertai gergasi Sepanyol, Barcelona pada 1996.



*********************



Sewaktu musim pertamanya bersama kelab Catalan tersebut, beliau menjaring 34 gol dalam 37 perlawanan dan menjadi penjaring terbanyak La Liga ketika itu.



*********************


Musim 1997 menyaksikan beliau berpindah ke kelab Internazionale (Inter Milan -- Itali). Kehebatan beliau menggelecek dan memperdayakan para pemain pertahanan Liga Serie A yang dikenali sebagai antara yang terbaik di dunia ketika itu. Beliau menjaringkan 25 gol untuk Inter dan membantu kelab tersebut merangkul Piala UEFA, sewaktu musim pertamanya bersama kelab tersebut.

-----------------------------------------------





Musim 1996-1997 dikatakan sebagai musim-musim terbaik Ronaldo, menjaringkan gol-gol hebat yang dikenang peminat Barca dan Inter Milan. Antaranya ialah gol yang dijaringkan secara solo sewaktu menentang Compostela. Ia dianggap sebagai antara gol terbaik dalam sejarah bola sepak sarwajagat.


*********************







Ronaldo mempamerkan kegemilangannya sewaktu Piala Dunia 1998 apabila menjaringkan 4 gol sebelum mengalami ‘penyakit misteri’ yang menyebabkan beliau tenggelam sewaktu final edisi tersebut. Brazil tewas 3-0 kepada Perancis yang dibintangi Henry, Karembau, Barthez, Blanc, Zidane dan Petit.

*********************


Empat tahun kemudian, Ronaldo membuktikan bahawa beliau mampu untuk bangkit apabila menjaringkan 8 gol sepanjang kejohanan Piala Dunia 2002, termasuk 2 gol di dalam perlawanan akhir menentang Jerman. Piala Dunia menjadi milik Brazil.



*********************





Apabila Real Madrid memancing beliau pada 2002, beliau menerima tawaran tersebut. Dibantu oleh Zizou dan Figo, beliau menjadi penjaring terbanyak liga apabila menjaringkan 23 gol sewaktu musim pertama dan 24 gol untuk musim berikutnya.


*********************



Ronaldo telah diletakkan sebagai pemain bola sepak ke-11 terbaik dunia sepanjang zaman di samping lagenda-lagenda hebat seperti:



• Alfredo Di Stefano (Argentina)


*********************

• Ferenc Puskas (Hungary)


*********************

• Stanley Matthews (England)



*********************

• Bobby Charlton (England)


*********************




• Eusebio (Portugal)


*********************

• Johan Cruyff (Belanda)


*********************

• Lev Yashin (Rusia)


*********************

• Franz Beckenbauer (Jerman)


**************************


• Diego Maradona (Argentina)


*********************




• Pele (Edson Arantes do Nascimento) (Brazil)

*********************




Ka-Pa-Ro

Pada 30 Januari 2007, Ronaldo menyertai AC Milan, dan menjadi antara segelintir pemain yang bermain untuk kelab ‘derby’, AC Milan dan Inter Milan, dan menjaringkan gol dalam perlawanan antara kedua-dua kelab tersebut. Antara pemain lain yang mencatat rekod tersebut ialah Zlatan Ibrahimovic. Sewaktu bersama AC Milan, gandingan trio Kaka, Alexandre Pato dan Ronaldo dikenali sebagai ‘Ka-Pa-Ro’. Ronaldo menjaringkan 9 gol dalam 20 perlawanan bersama AC Milan.


*********************




Ronaldo kemudiannya berpindah ke kelab Brazil, Corinthians pada 2009. Beliau menjaringkan 12 gol dalam 20 perlawanan Liga Seria A Brazil.



*********************





*********************



Bersara
Tuntasnya, Ronaldo telah bermain sebanyak 97 perlawanan dan menjaringkan 62 gol untuk Brazil. Sewaktu Piala Dunia FIFA 2006, beliau menjadi penjaring terbanyak dalam sejarah Piala Dunia dengan 15 gol, mengatasi rekod 14 gol Gerd Muller (Jerman). Ronaldo bersara pada 14 Februari 2011. Beliau menyatakan kecederaan dan hypothyroidisme sebagai alasan persaraannya – menamatkan kerjaya penuh warna-warni seorang pemain bola sepak terbaik dunia. Selamat bersara, El Fenomeno!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...