Selasa, Februari 08, 2011

Tingginya!


Sejelasnya, individu yang mencapai ketinggian yang luar biasa sering menarik perhatian umat manusia semenjak zaman purba. Ada yang mencapai tahap ketinggian 7, 8 malah 9 kaki. Berikut adalah sedikit maklumat berkenaan manusia tertinggi dalam sejarah sarwajagat:


*******





Robert Wadlow: 8' 11.1"

Robert Wadlow adalah manusia raksasa tertinggi dalam sejarah. Dia sering digelar sebagai Alton 'si Raksasa' karena beliau berasal dari Alton, Illinois. Ketinggian beliau dipercayai disebabkan oleh masalah kelenjar pituari (kelenjar yang berkait dengan tumbesaran) yang terlebih aktif. Pada saat kematiannya, beliau mencatat berat badan sebanyak 490 paun dan tidak menunjukkan tanda-tanda berhenti berkembang. Beliau lahir pada tahun 1918, anak sulung daripada lima bersaudara dan meninggal dunia pada usia 22 tahun akibat jangkitan yang disebabkan oleh melecet dan luka pada bahagian pergelangan kaki. Keranda beliau ditimbang setengah tan dan 12 'pallbearers' diperlukan untuk melaksanakan. Beliau telah dikebumikan dalam sebuah kubah. Hal ini demikian kerana keluarganya bimbang sekiranya jasad beliau akan diganggu dengan rasa ingin tahu oleh para pencari berita.

Beliau memakai kasut bersaiz 25!
********


Johan Aason: 8' 9-1/4"

Johan dilahirkan di Amerika setelah beberapa tahun ibunya berpindah dari Norwegia. Menariknya, ibunya juga mempunyai ketinggian yang luar biasa (7' 2"). Berdasarkan sijil kematiannya (dari Hospital Mendocino), sewaktu meninggal dunia, tercatat tinggi badannya 9' 2". Jika hal ini benar, maka beliau adalah manusia paling tinggi di dunia sepanjang sejarah. Beliau dikebumikan di Montana.

*******


John Rogan: 8' 9"

John Rogan lahir pada 1868 dan beliau membesar secara normal sehinggalah berumur 13 tahun. Ketinggian beliau sewaktu meninggal dunia adalah 8' 9" dan hanya mempunyai berat sebnayak 175 paun. Beliau meninggal dunia pada 1905 akibat komplikasi penyakit.

******


John F Carroll: 8' 7"

John Carroll dilahirkan di Buffalo, New York pada 1932. Beliau dikenali sebagai Buffalo 'si Raksasa'.  Beliau meninggal dunia pada tahun 1969 dan dipercayai memiliki ketinggian hampir sembilan kaki.

**********


Väinö Myllyrinne, 8' 3"

Väinö Myllyrinne, (lahir pada 27 Februari 1909 di Helsinki, Finland) yang mempunyai ketinggian 251 cm (8' 3") sewaktu mencapai umur 30-an. Vaino Myllyrinne dianggap sebagai askar tertinggi dalam sejarah dunia dan pernah berkhidmat dengan Tentera Finland.

******


Donald A. Koehler, 8' 2"

Donald A. Koehler (1 September 1925 – 26 Februari 1981) dikenali sebagai manusia tertinggi di dunia sejak 1969 sehingga kematiannya pada 1981 dengan ketinggian 8' 2" (248.9 cm). Beliau meninggal sewaktu berusia 55 tahun.

********


Suparwono: 7'11.3"

Suparwono, seorang warga Indonesia, mempunyai ketinggian 2.42 meter. Namun, ketinggian beliau masih menjadi perdebatan ramai. Terdapat pendapat yang menyatakan bahawa beliau bukanlah setinggi 7' 11.2". Sebaliknya, 'hanyalah' kira-kira 7'7".

***********


Leonid Stadnyk: 8' 5"

Leonid Stadnyk lahir pada tahun 1971 di Ukraine. Beliau merupakan seorang doktor bedah haiwan berdaftar dan tinggal bersama ibunya. Kendati pun, beliau enggan membenarkan wakil Buku Rekod Dunia Guinness untuk mengukur ketinggian beliau.

*******


Bao Xishun: 7' 9"

Bao Xishun yang dilahirkan di Mongolia merupakan bekas pemegang rekod lelaki tertinggi di dunia - dengan ketinggian 2.36 meter – selepas Leonid Stadnyk dari Ukraine enggan diukur ketinggiannya olek pihak Buku Rekod Dunia Guinness. Pada tanggal 17 September 2009, Sultan Kösen dari Turki berjaya mengatasi ketinggian Bao Xishun selepas mencatat ketinggian 2.47 meter (8' 1").

**********


Sultan Kösen: 8' 2"

Edisi 2010 Buku Rekod Dunia Guinness menyenaraikan Sultan Kosen (lahir pada 10 Disember 1982) sebagai manusia tertinggi yang masih hidup dengan saiz tangan dan kaki terbesar iaitu (10.8 inci/27.5 cm) dan (14.4 inci/36.5 cm)!

******



Nota kaki :: Pemain bola keranjang NBA yang juga selebriti terkenal, Yao Ming lahir di Shanghai, China pada tanggal 12 September 1980. Sejak tahun 2002, beliau bermain untuk kelab Houston Rockets. Bersama Gheorghe Muresan, Manute Bol, dan Shawn Bradley, beliau tersenarai pemain ketiga tertinggi dalam sejarah Liga NBA dengan ketinggian mencecah 229 cm dan berat sebanyak 155 kg.


******


Pemain bola keranjang kedua tertinggi dalam sejarah Liga NBA ialah Gheorghe Mureşan (7' 7"/234 cm) yang bermain untuk pasukan Washington Bullets; Pau-Orthez dan New Jersey Nets (1998-2000).


*******




Dan, pemain tertinggi dalam sejarah Liga NBA ialah Manute Bol yang mempunyai ketinggian 7' 7"/235 cm dan berat 225 paun. Beliau bermain untuk pasukan Washington Bullets (1985-1988, 1994); Golden State Warriors (1988-1990, 1994); Philadelphia 76ers (1990-1993); dan Miami Heat (1993-1994).

*********


Salam. :)

2 ulasan:

  1. tingginya lah .. mau lenguh tengkuk nak cakap dengan diorang ni ~ hehe

    BalasPadam
  2. Hehehe. Tapi, kebanyakannya mudah dijangkiti penyakit (khususnya di bahagian tumit) sebab tak mampu tampung berat badan yang luar biasa.

    Juga, ramai yang dieksploit -- berlakon drama, filem, iklan. Masa sihat; dijulang. Bila sakit; dilupakan. Begitulah dunia. :)

    BalasPadam

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...