Isnin, Februari 14, 2011

Nabi Muhammad SAW: Kekasih ALLAH SWT (3)

Dengan Nama ALLAH S.W.T. dan dengan mengikuti jejak Sunnah Rasulullah S.A.W.

Alhamdulillah, segala puji dan puja bagi ALLAH S.W.T. TUHAN Seru Semesta Alam, yang telah mengurniakan kepada kita dengan nikmat Iman dan nikmat Islam.

Di kala kita menanti sambutan Maulidur Rasul yang akan disambut pada esok hari, saya ingin berkongsi sedikit foto berkenaan beberapa koleksi yang didakwa merupakan peninggalan Rasulullah SAW. Foto-foto ini kebanyakan adalah koleksi yang tersimpan dari berbagai tempat di beberapa negara seperti Muzium Topkapy di Istanbul, Turki, Jordan, Iraq dan negara-negara Timur Tengah lainnya.

Inilah bahagian hadapan maqam Rasullullah SAW. Di sini, kita dianjurkan memberi salam kepada Rasullullah SAW dan para Sahabat r.a. Sebagaimana sabda Nabi SAW yang sering di ucapkan oleh bilal dan khatib ketika khutbah jumaat yang maksudnya:
"Sesungguhnya ALLAH dan para malaikat-Nya berselawat keatas Nabi, maka berselawatlah kamu ke atas Nabi".


Bekas yang didakwa mengandungi beberapa helai rambut Baginda SAW.

Topi perang diperbuat daripada besi, dipercayai pernah digunakan oleh Rasulullah SAW.

Serban ini dipercayai pernah dipakai oleh Rasulullah SAW.

Serban, jubah dan tongkat yang dipercayai pernah digunakan oleh Rasulullah SAW.

Jubah dipercayai milik Rasulullah SAW.

Bekas tapak kaki yang didakwa milik Rasulullah SAW.

Capal dipercayai milik Rasulullah SAW.

Busur panah yang didakwa pernah digunakan Rasulullah SAW.

Pedang yang dipercayai milik Rasulullah SAW.

Meskipun ramai yang mempertikaikan kesahihan beberapa peninggalan-peninggalan ini (yang didakwa bukan milik Rasulullah SAW), apa yang lebih penting ialah kita mengenang dan mengambil iktibar di atas pengorbanan dan perjuangan Baginda. Semoga kerinduan kita semakin memuncak kepada sang Nabi Agung, sang kekasih ALLAH SWT.

Selawat dan Salam, buat Rasul junjungan, yang telah memberikan seluruh kehidupannya, untuk meninggi dan memperkasakan agama ALLAH SWT, serta para Sahabat Nabi Muhammad SAW, dan orang yang mengikuti jejak langkah mereka, sepanjang zaman.

Allahumma salli ‘ala sayyidina wa maulana Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassallam…

Nota kaki :: Di Malaysia, terdapat beberapa tokoh yang terkenal dengan gaya berpakaian dan kehidupan seharian yang mencontohi Sunnah Rasulullah. Antaranya ialah:
Allahyarham Ustaz Asaari Muhammad
Beliau ialah antara pengasas Jemaah Darul Arqam yang telah diharamkan oleh Kerajaan Malaysia. Ini adalah berdasarkan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 5 Ogos 1994 kerana ajaran Aurad Muhammadiah yang diamalkan kumpulan itu bertentangan dengan akidah Islam. Kemudian, Darul Arqam dikenali sebagai Rufaqa Corporation Sdn Bhd dan Global Ikhwan Sdn Bhd.

Ustaz Muhammad 'Uthman El-Muhammady
Pada tahun 1963, beliau memasuki Universiti Malaya Kuala Lumpur dan mendapat B.A. dalam Pengajian Islam tahun 1966. Kemudian beliau menjadi tutor dan mendapat M.A. tahun 1969. Beliau terus mengajar di Jabatan Pengajian Islam UM hingga ke tahun 1973 apabila beliau kembali ke Kelantan untuk menumpu masa sebagai seorang penulis dan pendakwah bebas hingga sekarang. Pada tahun 1995, beliau dikurniakan Ijazah Doktor Persuratan Kehormat (D.Litt.) oleh Universiti Sains Malaysia (USM) kerana usaha-usaha dan penulisannya dalam pemikiran Islam dan dakwah.

Y.A.B. Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat
Beliau merupakan Menteri Besar Kelantan kini. Namun, imej beliau lebih terserlah sebagai seorang ulama, di samping merupakan Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Pada tahun 2009, beliau diletakan di antara 50 tokoh Islam berpengaruh didunia dan disenaraikan dalam buku berjudul "The 500 Most Influential Muslims".


*** Sekedar berkongsi, terkenang kata-kata Ustaz saya --

i)"Bagi kaum lelaki, mengikut Sunnah Nabi tak semestinya bermaksud serban semata-mata. Memakai songkok atau kopiah itu juga Sunnah. Kerana antara Sunnah Baginda ialah menutup kepala."

ii) "Poligami itu Sunnah Nabi, tapi, hanyasanya mereka yang berkemampuan sahajalah yang layak berpoligami. Kerana kalau poligami dilaksanakan atas dasar nafsu semata-mata, maka rosaklah institusi keluarga; pincanglah masyarakat dan terhinalah Islam."

Salam. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...