Istilah 'sejarah' berasal daripada perkataan Arab 'syajarah' (pokok). Pokok itu hidupnya berkembang. Sebab itu kita belajar tentang perkara lampau dan silam, kini dan akan datang. Kerana sejarah itu berkembang dan berulang.
Daripada istilah syajarah (pokok), ia menyarankan penggaluran ke akar umbi. Dan pokok ini wujud di dalam budaya Eropah Kristian sebagai "Pokok Ilmu" atau 'Tree of Knowledge' di mana pemahaman ini perlu dilihat, dinilai semula, dikritik dan selanjutnya diperbaiki sehingga fakta sejarah tidak lagi menjadi ragu-ragu.
History, iaitu kata "sejarah" dalam bahasa Inggeris, berasal daripada kata 'his-story' (kisah/ceritanya). Kisah seseorang atau sekelompok orang. Sesuai dengan asal katanya, ilmu history/sejarah mengandung unsur subjektiviti yang tinggi berbanding beberapa cabang ilmu lain.
Pengetahuan akan sejarah melingkupi: pengetahuan akan kejadian-kejadian yang sudah lampau serta pengetahuan akan cara berfikir secara 'historis'. Ilmu sejarah mendidik kita dengan pelbagai kejadian yang berhubungan dengan kemanusiaan di masa lalu.
Dewasa ini (dan selamanya), tidak boleh tidak, kita seharusnya meladeni peristiwa dan fakta sejarah tanah air dalam menongkah arus kebobrokan masyarakat moden.
Dalam menanggapi sejarah, ramai penulis yang cukup sinis. Yang dalam sudut pro, boleh dikatakan pengritik budaya. Yang dalam sudut kontra, boleh dipanggil tali barut penjajah.
Sejarah selayaknya dihargai sebagai visi moral. Di dalamnya tersurat (dan tersirat) 1001 peminggiran, pensenyapan dan keagungan suara, hak dan harkat rakyat.
Yang penting -- dalam menelurusi sejarah ini, harus dapat kita mengenalpasti dan menghargai terungkapnya perjuangan generasi rakyat terdahulu dalam mengharungi dan berhadapan dengan kehidupan.
Menempuh cabaran alaf mendatang, sejarah perlu dilihat dalam konteks kontemporarinya. Perkembangan dan signifikannya dalam menyantuni peradaban ummat adalah amat penting dan sentiasa relevan.
Kita tidak hanya perlu membaca akibat. Kita perlu memahami sebab.
Kerana semalam adalah sejarah yang tidak bisa dipinda. Esok khayalan yang belum nyata. Hari ini kenyataan dan penentu siapa diri kita.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan
Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...
-
Meluaskan Pengaruh Sememangnya pertumbuhan ekonomi dan luasnya pengaruh tidak harus dijadikan piawai yang mengukur keberhasilan dan keceme...
-
Nostalgia Liga Malaysia: Shahril Arsat. Shahril Arsat merupakan anggota skuad ‘ treble ’ Piala Malaysia 1995, ...
-
“ Dalam suatu budaya demokrasi… prasangka orang yang tidak mengetahui adalah lebih senang untuk dihapuskan daripada prejudis orang yang be...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan