Khamis, Februari 10, 2011

Wajah Hati Redha: Skuadron Rakyat



Assalamualaikum.

Alhamdulillah, kamar hati ini cukup teruja, sambil diselit kegembiraan yang membuncah, selepas manuskrip novel sulung saya, Wajah Hati Redha: Skuadron Rakyat berjaya disiapkan dan diluluskan untuk urusan penerbitan, dengan izin ALLAH S.W.T.

In sya ALLAH, saya akan ikhtiarkan untuk memaparkan gambar kulit muka hadapan (cover) novel saya dalam entri yang akan datang.

Dengan penuh rasa rendah diri, saya sajikan novel ini kepada pembaca yang budiman, seadanya, baik dan buruknya sekali: baik untuk dimanfaatkan, buruk untuk dibuang.


Sedikit sinopsis novel ini:
Tahun 1940an. Tanah Melayu bergolak. Malapetaka Darwinisme menjengah Kampung Kundang, Selangor. Di kala negara kuasa-kuasa besar berebut-rebut mempamerkan kuasa mereka, negara-negara kecil menjadi mangsa. Sejarah perjuangan menentang British yang diketuai oleh Datuk Maharaja Lela menjadi pedoman buat Ahmad Redha, Shukor Dhani dan sahabat-sahabatnya untuk bangkit, menentang penaklukan Jepun ke atas desa tercinta.

Kilat dan guntur sabung-menyabung. Kemudian, angin bertiup laju. Dan di kala itu, kelihatan Redha bangun setelah meleraikan jasad sahabatnya yang terkulai dari pangkuan. Parang yang tersisip di pinggang dikeluarkan. Redha mengumpul seluruh kekuatan, berlari ke arah askar-askar petualang itu. Parang di tangannya digawang-gawangkan. Kemudian, kedengaran bunyi tembakan yang dilepaskan bertalu-talu. Bidikan peluru menggegarkan suasana. Ahmad Redha kental berjuang, di bawah tadahan hujan - dalam kemuliaan perjuangan, atas nama TUHAN.



Novel ini akan diterbitkan sekitar November 2011. Justeru, sekiranya ada pihak atau sahabat budiman yang berminat untuk membuat tempahan awal novel saya, bolehlah berhubung dengan saya menerusi:

i) Blog ini http://chedinsphere.blogspot.com/;

ii) Laman Fb saya, http://www.facebook.com/home.php?#!/profile.php?id=100000145627172 (Che Din); dan

iii) Emel saya, hujjahpawana@yahoo.com

Tiada bayaran deposit yang diperlukan untuk tempahan awal. Bayaran boleh dibuat selepas novel diterbitkan. Saya akan berikan nombor telefon bimbit saya buat sahabat yang betul-betul berminat untuk membuat tempahan.

Saya amat berharap agar novel ini diterima ramai, sekurang-kurangnya, bagi menggalakkan kita semua menghargai sejarah anak bangsa dan tanah air.

Kerana kemerdekaan bumi tercinta ini tidak hanya berisi sisi damai; tetapi juga korban jiwa.


Al-Fatihah yang sekudusnya buat semua bapak dan ibu kita; pejuang bangsa - skuadron rakyat - yang redha berjuang, menempa rantai perjuangan bersulamkan kesabaran dan kesedaran.

Salam. :)

2 ulasan:

  1. novel tulisan kau ka sahabat..thniah ;)

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, Bro.

    Belilah satu naskah. Aku bagi diskaun baik punya. Harga sahabat. :)

    BalasPadam

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...