Diagram
menunjukkan evolusi bola sepanjang sejarah Piala Dunia.
|
Evolusi bola Piala Dunia.
1.0. Pendahuluan.
Penubuhan
Liga Bola Sepak Inggeris pada 1888 menjadi titik-tolak kepada pengeluaran
secara besar-besaran bola yang digunakan dalam sukan bola sepak (selepas ini
dirujuk sebagai “bola”). Syarikat-syarikat Mitre
dan Thomlinson dari Glasgow
menjadi dua buah syarikat terawal yang menghasilkan bola secara besar-besaran.
Memandangkan mereka perlu mengekalkan bentuk sesuatu bola, maka lapisan bola
tersebut perlu dihasilkan daripada kulit bahagian belakang lembu. Warna bola
pada sekitar 1950an pada asalnya berwarna jingga/oren bagi membolehkan ia mudah
untuk dilihat sewaktu musim salji. Pada 1951, bola pertama berwarna putih telah
digunakan di dalam padang yang dilengkapi dengan lampu limpah. Abad ke-20
membawa perubahan kepada rekaan sesuatu bola, di mana panel-panel yang saling
bercantum telah menggantikan bahagian-bahagian besar kulit bola yang dijahit di
bahagian utara dan selatan bola tersebut. 32 buah panel berwarna hitam dan
putih tersebut diilhamkan oleh Richard Buckminster Fuller, dengan 20 panel berbentuk
heksagon dan 12 panel berbentuk pentagon. Bola abad ke-20 dihasilkan dengan menggunakan
bahan sintetik.
Lucien
Laurent, penjaring gol pertama dalam sejarah Piala Dunia. Pada 13hb Julai 1930,
beliau menggegar pintu gol Mexico dengan jaringan bersejarahnya sewaktu musim
sejuk dj Stadium Pocitos, Montevideo, Uruguay. Gol kedua Piala Dunia
disumbangkan oleh Bart McGee dari Amerika Syarikat sewaktu menentang Belgium.
|
Grafik Piala Dunia 1930 di Uruguay.
|
Sekitar
perlawanan akhir Piala Dunia yang pertama
di Uruguay, di
mana tuan rumah menjadi juara sulung.
|
2.0. Bola pertama yang digunakan dalam Piala
Dunia 1930.
Terdapat dua
jenis bola yang digunakan sewaktu perlawanan akhir Piala Dunia 1930 di antara
Argentina dan Uruguay. Alkisahnya, Argentina dan Uruguay berbeda pendapat
berkenaan bola yang sepatutnya digunakan dalam perlawanan akhir tersebut. Hal
yang demikian, bola dari Argentina digunakan pada separuh masa pertama dan
sebiji bola yang dibawa oleh pasukan Uruguay digunakan pada separuh masa kedua.
Argentina berjaya mendahului 2-1 dengan menggunakan bola keluaran mereka.
Bagaimanapun, Uruguay bangkit dan menguasai separuh masa kedua apabila menggunakan
bola mereka; dengan keputusan 4-2. Edisi sulung Piala Dunia 1930 menjadi milik
Uruguay menerusi gol-gol yang dijaringkan oleh Pedro Cea, Victoriano Santos
Iriarte dan Hector Castro.
Logo Piala Dunia 1978 di Argentina.
|
Grafik Piala Dunia 1978 di Argentina. |
Mario Alberto
Kempes – El Matador.
Lagenda
Argentina yang sering dilupakan.
|
Tango Durlast. |
2.1. Piala Dunia 1978: Tango Durlast.
Rekaan bola
mengalami revolusi baru pada 1978 dengan penghasilan Adidas Tango Durlast. Adidas telah menghasilkan sejenis bola yang
kemudiannya menjadi rekaan bola sepak yang sangat klasik. Sepanjang lima buah Kejohanan
Piala Dunia FIFA (1978-1994), bola-bola rasmi Piala Dunia direka berasaskan
rekaan Tango Durlast. Tango
Durlast mempunyai ciri-ciri tahan perubahan cuaca yang diperbaiki, dan
mengambil inspirasi daripada minat yang mendalam, emosi dan keunggulan
Argentina. Tango Durlast telah menjadi model yang sangat berjaya, malah
digunakan dalam Sukan Olimpik dan Piala Eropah. Edisi 1978 ini diselubungi
kontroversi hitam apabila terdapat dakwaan bahawa para pemain skuad Belanda
telah menerima ugutan daripada pihak junta tentera Argentina. Argentina akhirnya
menjulang Piala Dunia 1978 dengan lagendanya yang sering dilupakan, Mario
Kempes. Kempes yang digelar El Toro
dan El Matador, merupakan
satu-satunya pemain skuad La Albiceleste
yang beraksi untuk kelab luar, iaitu kelab Valencia (Sepanyol). Kempes juga
merupakan pemain yang dinamakan oleh Pele sebagai antara 125 orang pemain
terbaik dunia yang masih hidup pada 2004.
| ||
Grafik Piala
Dunia 1982 di Sepanyol.
|
Logo Piala Dunia 1982 di Sepanyol. |
Bintang England, Bryan Robson pula berjaya menjaringkan gol meskipun perlawanan baru berlangsung selama 27 saat sewaktu menentang Peraancis.
|
Zico dan Dino
Zoff meraikan kejayaan
menjulang Piala
Dunia 1982 bersama skuad Itali,
selepas menewaskan Brazil dalam sebuah pertarungan
klasik.
|
Adidas telah
memperkenalkan sejenis bola dengan lapisan getah yang melindungi bahagian bola
daripada diresapi air. Bola pertama dengan kualiti kalis air ini bagaimanapun
perlu ditukar dalam tempoh yang kerap dalam sesuatu perlawanan kerana
lapisannya mudah rosak. Tango Espana
merupakan bola rasmi Piala Dunia terakhir yang dihasilkan dengan menggunakan
kulit haiwan. Edisi 1982 menyaksikan pemain paling muda yang beraksi dalam
perlawanan Piala Dunia, Norman Whiteside bermain sewaktu menentang Yugoslavia, ketika
berusia 17 tahun dan 41 hari. Bintang England, Bryan Robson pula berjaya
menjaringkan gol meskipun perlawanan baru berlangsung selama 27 saat. Ketika
Robson menjaringkan gol tersebut, pengulas sukan, John Motson hanya sempat
melafazkan sebanyak 59 patah perkataan. Edisi 1982 dimenangi oleh Itali yang
menewaskan Brazil, 3-2, dalam apa yang dianggap sebagai perlawanan terbaik
Piala Dunia. Bintang Itali, Paolo Rossi telah menjadi penjaring terbanyak untuk
Edisi 1982 di Sepanyol dengan enam gol. Namun, Hungary telah mencuri tumpuan
apabila menewaskan El Savador, 10-1.
Logo Piala Dunia
1986 di Mexico.
|
Grafik Piala Dunia 1986 di Mexico.
|
Piala Dunia
1986 di Mexico menyaksikan ‘Azteca’
menjadi bola rasmi pertama yang dilapisi oleh bahan ‘polyurethane’ yang kalis hujan. Bola unik ini merupakan rekaan
sintetik yang pertama, dengan kualiti yang baik dalam keadaan sukar dan padang
becak. Argentina yang dipimpin oleh Diego Maradona telah menjuarai Edisi 1986,
dengan jaringan ‘Tangan Tuhan’ pada
minit ke-51 sewaktu Suku Akhir menentang England. Kemudian, pada minit ke-54,
Maradona menjaringkan ‘Gol Terbaik Abad
Ini’ apabila menggelecek pemain England dari tengah padang sebelum
memperdayakan penjaga gol England. Argentina menewaskan Jerman Barat 3-2 di
Stadium Azteca, yang menjadi saksi kelahiran fenomena ‘Mexican wave’ yang popular ke seluruh dunia sehingga hari ini.
Insiden di mana
Rijkaard meludah Rudi Voller.
Sebelum itu, Voller telah mengasari penjaga gol
Belanda, Van Breukelen.
Kedua-duanya akhirnya diperintah keluar padang.
|
Jerman, juara
Piala Dunia 1990.
|
Tangisan Gazza.
|
‘Blunder’ Rene
Higuita dan
kemahiran
menggelecek Roger Milla.
|
‘Etrvsco Unico’ merupakan bola rasmi Piala Dunia 1990 di
Itali. Ini merupakan bola pertama yang
direka dengan lapisan dalaman ‘polyurethane
foam’ yang berwarna hitam. Imej tangisan Paul ‘Gazza’ Gascoigne, bintang England yang bermasalah dan
kontroversial, menjadi antara imej yang paling dikenang, selepas beliau
menerima kad kuning dalam perlawanan Separuh Akhir menentang Jerman Barat pada
minit ke-99. Sementelahan, Franz ‘Kaiser’
Beckenauer mencipta sejarah apabila memenangi Piala Dunia sebagai ketua pasukan
(1974) dan sebagai jurulatih (1990). Sementara itu, Roger Milla telah mencipta
rekod untuk pasukan dari benua Afrika apabila mengetuai Cameroon ke Suku Akhir
Piala Dunia 1990. Rene ‘El Loco’ Higuita,
yang terkenal dengan sepakan ala kala jengking dan sikap gila-gilanya, telah
mencipta kesilapan mengaibkan pada Edisi 1990. Seperti biasa, beliau cuba
menunjukkan kemahirannya mengawal bola sehingga ke kawasan kotak penalti lawan –
kali ini sewaktu menentang Cameroon. Namun, lagenda Cameroon, Roger Milla
dengan mudah berjaya menggelecek Higuita, sehingga menuju ke arah pintu gol
Colombia. Roger Milla dengan tenang melurukan bola ke arah gawang Colombia,
sebagaimana Colombia ditunjukkan arah pintu keluar dari kejohanan tersebut.
Grafik Piala
Dunia 1994 di Amerika Syarikat.
|
2.5. Piala Dunia 1994: Questra.
‘Soccer’ tidaklah sepopular sukan ‘American
Football’ di Amerika Syarikat. Namun, ini tidak menghalang negara Uncle Sam itu untuk menganjurkan Piala
Dunia 1994 yang penuh dengan warna-warni. Ini dibuktikan apabila seramai 3.5
juta peminat memenuhi kesemua 52 buah perlawanan sepanjang Edisi 1994. Bola ‘Questra’ rekaan Adidas merupakan bola
rasmi Piala Dunia 1994 yang direka dengan lapisan ‘polyurethane’ yang kalis air. Bola yang lebih lembut ini juga mempunyai
kelajuan yang baik apabila disepak, selain memperbaiki kawalan bola dan kepantasan
sewaktu perlawanan berlangsung. Roger
Milla, bintang sewaktu Piala Dunia 1990 di Amerika, menjadi pemain tertua dalam
sejarah Piala Dunia apabila beraksi menentang Rusia sewaktu berusia 42 tahun
dan 39 hari. Mario Zagallo mencatat
sejarah apabila memenangi Piala Dunia sebanyak empat kali: dua kali sebagai
pemain (1958 di Sweden dan 1962 di Chile); sekali sebagai jurulatih (1970 di
Mexico) dan sekali sebagai penolong jurulatih (1994 di Amerika Syarikat).
Grafik Piala
Dunia 1998 di Perancis.
|
Maskot Piala
Dunia 1998.
|
Logo Piala Dunia
1998 di Perancis.
|
Ronaldo, yang
dianggap pemain yang terkenal
dengan
kepantasan dan kekuatan fizikalnya,
tenggelam
sewaktu perlawanan akhir.
|
Perancis berjaya
menjulang Piala Dunia 1998
menerusi
sentuhan pemusnah Zinedine Zidane.
|
Tricolore. |
2.6. Piala Dunia 1998: Tricolore.
Menjelang
1998, Piala Dunia 1998 di Perancis menyaksikan bola rekaan baru oleh Adidas,
dengan dihiasi corak tiga warna bendera Perancis: merah-putih-biru. Ini sangat
berbeda daripada rekaan tradisional bola Piala Dunia; dengan warna tradisi
hitam-putih. Merupakan bola Piala Dunia
yang berwarna-warni, Tricolore
menggunakan teknologi cetakan ‘underglass’
dengan lapisan sintetik yang lebih nipis. Edisi 1998 juga menyaksikan Scotland
melengkapkan rekod sebagai pasukan paling kerap disingkirkan sewaktu pusingan
pertama. Mereka gagal dalam 8 kali percubaan: 1954, 1958, 1974, 1978, 1982,
1986, 1990 dan 1998. Perancis yang dipimpin oleh Didier Deschamps dan Zinedine ‘Zizou’
Zidane berjaya memenangi Edisi 1998 selepas menewaskan calon pilihan, Brazil,
3-0 dalam perlawanan akhir. Perancis memenangi Piala Dunia buat kali pertama,
dan menjadi negara tuan rumah keenam memenangi kejohanan tersebut selepas
Uruguay, Itali, England, Jerman Barat dan Argentina.
Grafik Piala
Dunia 2002 di Korea Selatan dan Jepun.
|
Maskot Piala Dunia
Korea-Jepun.
dan Bola Emas
Piala Dunia 2002.
Ronaldo berjaya
meruntuhkan tembok kebal Jerman.Ronaldo yang tenggelam sewaktu final 1998,
Membuktikan beliau
masih yang terbaik di dunia pada 2002.
Deretan bintang
yang dimiliki Brazil
berjaya membantu
skuad tersebut memenangi Piala Dunia 2002.
David Seaman
gagal menyelamatkan
sepakan percuma,
hasil kepintaran Ronaldinho.
Ahn Jung-Hwan, wira
Korea Selatan sewaktu Piala Dunia
2002.
|
David Beckham,
pakar bola mati, sedang bersiap
sedia untuk melakukan sepakan. |
Fevernova. |
2.7. Piala Dunia 2002: Fevernova.
Sewaktu
edisi Piala Dunia 2002 yang dianjurkan pertama kali secara bersama oleh dua
buah negara Asia – Korea dan Jepun – Adidas telah menghasilkan bola baru – Fevernova -- dengan lapisan dalam yang
lebih tebal untuk menambah ketepatan bola sewaktu sepakan atau tandukan dibuat.
Revolusi warna dan rekaan corak baru pada bola Fevernova adalah berasaskan kebudayaan Asia. Lagenda Jerman,
Oliver Kahn telah menjadi penjaga gol pertama yang memenangi gelaran ‘Pemain Paling Berharga’ sewaktu Piala
Dunia 2002. Lagenda Turki, Hakan Sukur pula berjaya menyumbat gol terpantas
Piala Dunia sewaktu menentang Korea Selatan, selepas hanya 11 saat perlawanan
berlangsung. Pada 2001, sewaktu Kelayakan Piala Dunia 2002 dilangsungkan,
Australia berjaya membenam pasukan kerdil, American Samoa, 31-0.
Grafik Piala
Dunia 2006 di Jerman.
|
Kecemerlangan prestasi Zizou dari
Kempen Kelayakan
sehinggalah Pusingan Akhir Piala
Dunia 2006,
dicalarkan oleh insiden menanduk
Materazzi.
| ||
‘+Teamgeist’. |
2.8. Piala Dunia 2006: +Teamgeist.
‘+Teamgeist’; bahasa Jerman yang bermaksud ‘Semangat
Berpasukan’ merupakan bola rasmi Piala Dunia 2006 di Jerman. Tanda tambah
(+) pada nama ‘+Teamgeist’ adalah
digunakan atas tujuan hakcipta dan tanda dagang, memandangkan perkataan ‘teamgeist’ tidak dibenarkan untuk
dijadikan tanda dagang. ‘+Teamgeist’ mempunyai
14 panel yang melengkung, berbeda dengan 32 panel yang menjadi panel sejak
Piala Dunia 1970. Ronaldo ‘El Phenomenon’,
telah menjaringkan 15 gol untuk Brazil dalam tiga edisi Piala Dunia: (1998 di
Perancis, 2002 di Korea Selatan-Jepun dan 2006 di Jerman. Pengadil Rusia,
Valentin Ivanov mencipta rekod apabila melayangkan 16 keping kad kuning sewaktu
perlawanan pusingan kedua antara Portugal dan Belanda. Tatkala Perlawanan Akhir
Edisi 2006 dilihat sebagai pentas terakhir yang bermakna buat Zinedine ‘Zizou’ Zidane untuk mengucup Piala Dunia
sebagai pemain, 10 minit terakhir masa tambahan menyaksikan sejarah hitam buat
beliau dan Perancis selepas dilayangkan kad merah kerana menanduk dada
pertahanan Itali, Marco Materazzi. Perancis tewas menerusi penentuan sepakan penalti
kepada Itali, 5-3.
Grafik Piala
Dunia 2010 di Afrika Selatan.
|
Perancis layak ke Piala Dunia 2010 selepas menewaskan Ireland Utara. Gambar menunjukkan bola secara jelas ditampan dengan tangan oleh Henry sebelum beliau menghantar bola tersebut kepada rakan sepasukannya. Skuad La Furia Roja,yang diketuai oleh
Casillas dan
rakan-rakan, menjulang Piala Dunia 2010.
| ||
‘Jabulani’. |
2.9. Piala Dunia 2010: Jabulani.
‘Jabulani’ yang bermaksud ‘Meraikan’
dalam bahasa Zulu, telah dipilih sebagai bola rasmi Piala Dunia 2010 di Afrika
Selatan. Bola ini mempunyai enam panel yang dibentuk dengan tujuan memperbaiki
kadar aerodinamik bola tersebut. Bagaimanapun, bola ini menerima kritikan hebat
daripada pemain, penjaga gol, jurulatih, malah pakar dari NASA. Hal ini demikian
kerana, kajian menunjukkan bahawa bola yang ringan ini (440 gram) sukar untuk
diramal apabila disepak melebihi 44 batu sejam. Kejohanan kali ini dimenangi
oleh skuad ‘La Furia Roja’, Sepanyol.
Ireland telah merayu kepada FIFA untuk membenarkan mereka layak ke Piala Dunia
2010 memandangkan Perancis menewaskan Ireland menerusi gol yang terkena tangan
Thierry Henry. Rayuan Ireland ditolak oleh FIFA. Secara kebetulan, pasukan
Perancis gagal melepasi peringkat kumpulan, dengan persembahan hambar dan
membosankan.
Sejarah
sukan bola speak menyaksikan evolusi dan revolusi rekaan bola yang digunakan
secara rasmi dalam Piala Dunia sejak 1930. Dari bola kulit berwarna jingga
sehinggalah penggunaan bahan seperti sintetik, ‘polyurethane’ dan teknologi cetakan ‘underglass’, setiap rekaan mempunyai keistimewaan yang tersendiri.
Selain bertujuan memastikan bola bergerak lebih dinamik dan pantas, rekaan
sesuatu bola rasmi Piala Dunia juga mengambil kira unsur-unsur tradisi dan
keunikan negara penganjur. Sebagai info penutup, kurang lebih 80% bola yang
digunakan dalam permainan bola sepak di dunia ini dihasilkan di Pakistan. Apakah
nama bola yang akan digunakan dalam Piala Dunia 2014 di Brazil nanti? Sama-sama
kita nantikan. Sekian.
************************
Sumber dan rujukan:
- http://www.soccerballworld.com/1930%20Soccer%20Ball.htm;
- http://ezinearticles.com/?The-Rolling-History-of-the-Soccer-Ball&id=4053744;
- http://blackeiffel.blogspot.com/2010_06_01_archive.html;
- http://artatm.com/2010/03/evolution-of-graphic-design-in-fifa-world-cup/;
- http://www.ehow.com/facts_5144103_interesting-fifa-world-cup.html.
Entri-entri berkaitan:
- Untuk sejarah ringkas Adidas, Puma dan perseteruan Dassler Bersaudara, boleh klik pautan ini: http://chedinsphere.blogspot.com/2012/10/adidas-dan-puma-perseteruan-dassler.html.
- Berkenaan biodata ringkas Supermokh, ada ditulis di sini: http://chedinsphere.blogspot.com/2011/08/supermokh-lagenda-yang-tiada-galang.html.
- Sedikit tulisan berkenaan lagenda bola sepak Malaysia, Azizol Abu Haniffah: http://chedinsphere.blogspot.com/2011/10/azizol-abu-haniffah-lagenda-yang-tak.html.
- Untuk biodata ringkas Azman Adnan, ada di sini: http://chedinsphere.blogspot.com/2011/10/penyerang-terbilang-azman-adnan.html.
- Sedikit tulisan berkenaan penjaga gol terbaik dalam sejarah bola sepak Malaysia: http://chedinsphere.blogspot.com/2011/03/penjaga-gol-terbaik-malaysia.html.
- Sedikit tulisan berkenaan kegemilangan Haji Sidek Abdullah Kamar dan Sidek Bersaudara, ada di sini: http://chedinsphere.blogspot.com/2011/05/anak-anak-sidek-dari-kanchong-darat-ke.html
- Untuk tulisan berkenaan penjaga gol yang menjaringkan gol: http://chedinsphere.blogspot.com/2011/04/penjaga-gol-yang-menjaringkan-gol.html.
- Berkenaan El Phenomeno, Ronaldo: http://chedinsphere.blogspot.com/2011/02/ronaldo-si-el-fenomeno.html.
- Evolusi bola Piala Dunia: http://chedinsphere.blogspot.com/2012/10/evolusi-bola-piala-dunia.html.
- Wajah Super Safee sewaktu berambut panjang (2005-2006): http://chedinsphere.blogspot.com/2012/10/2005-2006-aksi-super-safee-sewaktu.html.
***************************************************
bola 2002..paling dibenci golkeeper..
BalasPadamHehe, setuju. Fevernova memang sukar diramal. Kalau Jabulani pulak, bukan setakat penjaga gol, striker pun perlu berlatih selalu guna bola ni. Kalau tidka, ke laut lah jawapannya.
PadamKeep on bloggin'. penuh info
BalasPadamTerima kasih, bro. Mohon tegur andai ada terlebih-terkurang. hehe.
Padamartikelnya bagus dan bermanfaat untuk menambah pengetahuan. Baca juga artikel ini Berita Bola Terbaru
BalasPadam