Selasa, Oktober 30, 2012

2005-2006: Aksi Safee Sali sewaktu berambut panjang.


Kenangan Safee bersama 
Selangor FA.
Epik: Sewaktu menjadi 
kapten Pelita Jaya.
Sesi pengenalan Safee di 
Pelita Jaya Kerawang FC.
Kenangan bersama Safee Sali sewaktu 
Program Futsal HotFM-100 Plus.
Bergambar kenangan bersama trofi Piala Malaysia, 
yang masih belum berjaya diraih oleh Safee.
Bersama bekas pengurus Safee di Pelita Jaya FC, 
Saudara Zack Rahim, ketika Himpunan Solidariti 
Kemanusiaan di Stadium Malawati, Shah Alam 
pada 6hb September 2013.
Safee sewaktu di bangku 
sekolah (Tahun 2000).
Safee Sali.
Mohd Safee Mohd Sali, dilahirkan pada 29hb Januari 1984 di Kajang, Selangor. Safee memulakan kerjaya beliau di Kuala Lumpur, di mana bakat beliau dikesan oleh jurulatih Kuala Lumpur ketika itu, Igor Novak, selepas Safee menyertai skuad MSSM Kuala Lumpur dan mewakili skuad remaja Malaysia ke Lion City Cup dan Piala Nike Asia Pasifik. Safee menjadi penjaring kedua terbanyak di belakang penyerang lagenda, Azman Adnan untuk musim 2003. 

Safee turut dipinjamkan ke pasukan TMFC pada tahun 2003 selepas skuad Helang tersebut gagal layak ke Piala Malaysia 2003. Setelah bersama Kuala Lumpur selama tiga musim (2003-2005), Safee berjaya membawa skuad tersebut ke Separuh Akhir Piala FA 2005. Sewaktu Kelayakan Sukan Olimpik 2004, Safee telah dipilih untuk mewakili skuad Bawah-23 tahun kebangsaan.

Kemudian, Safee berkelana ke beberapa pasukan seperti Sarawak, TMFC dan Selangor. Di Sarawak, Safee menjadi penjaring terbanyak dengan 10 gol. Di sinilah nama beliau mula melonjak naik, apabil sentuhan penyudahnya dibandingkan dengan Allahyarham Supermokh. Dengan imej rambut panjang seperti artis Rock, Safee menjaringkan 19 gol untuk Sarawak, menjadikannya penjaring terbanyak Sarawak untuk musim 2005/2006. 

Safee mula mewakili skuad senior Malaysia sewaktu menentang New Zealand pada tahun 2006, dan antara kejayaan awalnya ialah menjulang Piala Pestabola Merdeka 2007 selepas menundukkan Myanmar. Safee kemudiannya menyertai pasukan negeri kelahirannya, Selangor. Bersama Selangor, antara piala yang dimenangi bersama skuad The Red Giants ialah Piala Sumbangsih 2010. 

Selepas beberapa musim bersama Selangor, Safee akhirnya membuat keputusan untuk berhijrah ke kelab Pelita Jaya FC di Indonesia, dan kemudian ke Kelab Johor Darul Takzim (JDT FC). Super Safee juga sering dibandingkan dengan penyerang lagenda, Supermokh (Mokhtar Dahari). Safee juga pernah menjalani latihan bersama skuad Cardiff City.

--------------------------------------------- 

Sumber dan rujukan:
  1. http://sarawakfootballshirts.blogspot.com/2008/12/200506-premier-league-away-replica.html; 
  2. https://www.facebook.com/ahmadjohari.yeopaziz?fref=ts;
  3. http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150402377446992&set=a.10150376580941992.356995.558656991&type=3&src=http%3A%2F%2Fsphotos-a.ak.fbcdn.net%2Fhphotos-ak-snc7%2F389484_10150402377446992_1524127714_n.jpg&size=453%2C604;
  4. http://en.wikipedia.org/wiki/Mohd_Safee_Mohd_Sali;
  5. http://www.safeesali.com/.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...