Jumaat, Oktober 26, 2012

3hb Disember 1959: Sekitar Istiadat Hari Kebangsaan Singapura.

Gambar hiasan, 
tokoh-tokoh negarawan.
3hb Disember 1959: Sekitar Istiadat Hari Kebangsaan Singapura, di mana abang kepada Encik Aziz Ishak (Menteri Pertanian), Encik Yusof Ishak dilantik menjadi Yang Dipertuan Negara Singapura yang pertama. Rombongan Malaysia yang hadir terdiri daripada wakil Kerajaan Perikatan, Encik Aziz Ishak dan pemimpin pembangkang seperti Dr Burhanuddin al-Helmy dan Datuk Ahmad Boestamam.

Pada 3hb Julai 1965, Encik Yusof dijadikan Canselor Universiti Kebangsaan Singapura. Beliau (Encik Yusof Ishak) dilantik sebagai Yang di-Pertuan Negara Singapura pada 3 Disember 1959, menjadikan beliau orang tempatan pertama memegang jawatan tersebut. Pada 9hb Ogos 1965, apabila Singapura berpisah dari Malaysia dan menjadi negara yang berdaulat, Encik Yusof dilantik sebagai Presiden yang pertama Republik Singapura. Beliau dilantik sekali lagi untuk empat tahun dari 4 Disember 1967. Encik Yusof Ishak meninggal dunia pada 23hb November 1970 di Singapura dan disemadikan di Perkuburan Negara Kranji.
****************

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...