Khamis, November 01, 2012

Boling Persahabatan Majlis Belia Kuala Langat.


Logo ABIM.
Logo Majlis Belia Selangor.
“Biar tewas di atas gelanggang, jangan menyerah sebelum berjuang,”
pesan Cikgu Radin. hehe.
31hb Oktober 2012
Boling Persahabatan Majlis Belia Kuala Langat.
Alhamdulillah, pada 31hb Oktober 2012, Angkatan Belia Islam (ABIM) Daerah Kuala Langat telah menghantar dua buah pasukan – ‘ABIM A’ dan ‘ABIM B’ – ke Pertandingan Boling Persahabatan, anjuran Majlis Belia Daerah Kuala Langat (MBD). Pertandingan ini mendapat sambutan dan penyertaan yang memberangsangkan daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang bernaung di bawah MBD. Selain ABIM, antara NGO yang menyertai pertandingan tersebut ialah Belia 4B, Young Malaysians Movement (YMM), MAYC, MIYC, Pemuda UMNO, Pemuda MIC, Pemuda MCA, PBSD, Pengakap, dan lain-lain. Setelah pengiraan dan pemarkahan dibuat, pasukan ABIM A dan ABIM B sekadar menduduki tempat ke-14 daripada 28 buah pasukan yang bertanding. Juara menjadi milik pasukan Belia 4B, yang beraksi cemerlang sepanjang tiga pusingan pertandingan tersebut. Seperti kita sedia maklum, anggota Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang bernaung di bawah MBD terdiri daripada masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Maka, penyertaan kali ini adalah sesuatu yang sangat bermanfaat, kerana bukan sahaja dapat beriadah, tetapi juga dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang lain di Daerah Kuala Langat khususnya. Tahniah kepada Majlis Belia Daerah Kuala Langat di atas penganjuran program yang baik dan bermanfaat ini. Julang semangat zaman. Hidup Malaysia kita!

*********************************************************

1 ulasan:

  1. artikelnya bagus dan bermanfaat untuk menambah pengetahuan. Baca juga artikel ini Berita Bola Terbaru

    BalasPadam

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...