Selasa, November 13, 2012

Nostalgia Liga Malaysia: David Mitchell (Selangor).

David Mitchell,
bekas pemain Selangor 1995-1996.
Dari Mitchell untuk Selangor.
1995: David Mitchell dan isteri
bersama dua orang anak kesayangan.
1995: Sewaktu bermain untuk Selangor.
Isteri Mitchell bernama Adale. 

1995: Dua orang puteri Mitchell, Jessica dan Kristy,
bersama kucing kesayangan mereka, Holly dan Tulip.
Mereka bergaya dengan baju-T peminat skuad Merah-Kuning.  
David Mitchell menyantuni anaknya,
Jessica, usai menjuarai Piala Malaysia 1995.
Piala Malaysia 1995: Bersalaman
dengan pembantu pengadil.
Latar belakang.
David Stuart “Dave Big Mitch” Mitchell merupakan bekas pemain Australia kelahiran Glasgow, Scotland. Beliau berhijrah bersama keluarganya ke Australia sewaktu berusia 6 tahun. Pada tahun 1981, Mitchell memulakan kerjaya profesionalnya dengan kelab Adelaide City FC, dan menyarung jersi Australia buat kali pertama pada tahun yang sama. Beliau telah melakukan 44 kali penampilan dan menjaringkan 13 gol untuk skuad Olimpik dan kebangsaan Australia, Socceroos. Mitchell pernah berkelana ke England, Scotland, Belanda, Jerman, Turki, Malaysia dan Hong Kong, sebelum kembali ke Australia untuk melatih Sydney Olympic FC, Sydney United FC, Parramatta Power FC dan Perth Glory FC dalam Liga Bola Sepak Kebangsaan Australia (National Soccer League) dan A-League.

Sewaktu menyarung jersi Frankfurt.
Mitchell sewaktu beraksi untuk Feyenoord.
Digelar “Dave Big Mitch
kerana ketinggian dan fizikal yang mantap. 
Rangers sewaktu awal 80an.
Perintis kepada penghijrahan pemain Australia.
Sebagai pemain, Mitchell merupakan perintis kepada penghijrahan para pemain Australia ke liga antarabangsa. Pada 1982, sewaktu baru berusia 20 tahun, beliau sanggup membayar A$30,000 dari duit poketnya sendiri, demi memutuskan ikatan kontraknya dengan Adelaide City FC dan menyertai kelab Glasgow Rangers FC di tanah kelahirannya, Scotland. Penghijrahan Mitchell membuka mata dunia berkenaan kemampuan pemain bola sepak Australia, memandangkan bola sepak bukanlah sukan nombor satu di negara tersebut. Selepas beraksi dengan Rangers di bawah Jack Wallace dari 1983 hingga 1985, Mitchell berhijrah ke Jerman untuk menyertai kelab Eintracht Frankfurt sehingga 1987. Sekitar 1987, Mitchell berhijrah dari Eintracht Frankfurt FC ke Feyenoord FC di Rotterdam, Belanda. Mitchell beraksi dalam Liga Eredivisie Piala UEFA untuk Feyenoord, menjaringkan 12 gol dalam 40 perlawanan. Meskipun beraksi agak baik di Feyenoord, Mitchell jarang diletakkan dalam kesebelasan utama, kerana sering mewakili Australia di Olimpik 1988, Seoul. Hal yang demikian, kontrak dengan Feyenoord ditamatkan.

Skuad Swindon. Turut kelihatan,
bekas pengurus England, Glen Hoddle.
Mitchell mencatat kerjaya gemilang bersama Swindon Town.
Antara rakan Mitchell dalam Swindon ialah Paul Bodin.
Mitchell bergambar kenangan bersama skuad Millwall.
Cemerlang di Swindon Town dan Millwall.
Dari Feyenoord, Mitchell berhijrah ke Chelsea. Malangnya, kerjaya di Stamford Bridge pada tahun 1990 tidak berakhir dengan aksi cemerlang. Selain sekadar beraksi tujuh kali dan tidak sefahaman dengan Bobby Campbell (pengurus Chelsea ketika itu), Mitchell juga mengalami kecederaan. Pada 1991, beliau dipinjamkan ke Newcastle United dalam Piala FA England, dan menjaringkan gol. Kemudian, penghijrahan ke Swindon Town menyaksikan Mitchell bekerjasaman dengan bekas pengurus skuad England, Glenn Hoddle. Di Swindon Town, Mitchell memainkan peranan besar di dalam kemenangan ke atas Leicester City di Wembley, sewaktu pusingan kalah-mati (play-off). Kemenangan tersebut membolehkan Swindon layak ke Liga Perdana Inggeris. Berhijrah ke kelab Turki, Altay Izmir FC pada 1993, Mitchell beraksi cemerlang untuk skuad Millwall di bawah kendalian Mick McCarthy, apabila menjaringkan 15 gol dalam 55 perlawanan. Beliau turut beraksi untuk kelab Seiko FC dalam Liga Hong Kong.  

1993: David Mitchell bergambar kenangan bersama
skuad Kelayakan Piala Dunia 1994 Socceroos.
Turut kelihatan, Mehmet Durakovic.

Sedikit tulisan berkenaan Mehmet Durakovic di sini:
Skuad Remaja dan Kebangsaan Australia.
Sewaktu Piala Dunia FIFA Bawah-20 Tahun pada 1981, Mitchell beraksi untuk skuad remaja Australia yang menewaskan Argentina. Beliau dinamakan pemain remaja terbaik Australia untuk tahun tersebut. Perlawanan ini menjadi perintis kepada kebangkitan bola sepak di negara kanggaru tersebut. Pada 1993, sewaktu kelayakan Piala Dunia 1994 antara Argentina dan Australia, Mitchell sekadar berada di bangku simpanan. Australia tewas dengan agregat tipis, 2-1. Hal ini agak mengejutkan, kerana Mitchell sanggup menolak tawaran Celtic bagi membolehkan beliau beraksi dalam perlawanan dengan Argentina tersebut. Sekiranya Mitchell menerima tawaran Celtic, beliau akan menjadi antara pemain terawal yang menyertai kedua-dua kelab seteru Liga Scotland: Rangers dan Celtic. Mitchell juga merupakan pemain Socceroos pertama yang beraksi untuk empat edisi Pusingan Kelayakan Piala Dunia FIFA.

Juara Piala Malaysia 1995.
Anuar Abu Bakar, Zami Mohamed Noor dan Dave Mitchell sewaktu Selangor menentang Negeri Sembilan di Paroi.
Dua lagenda Merah-Kuning, Azman Adnan dan David Mitchell.
Mitchell turut beraksi sewaktu Manchester United
berkunjung ke Stadium Shah Alam. Red Devils memakai jersi kelabu,
yang hanya dipakai beberapa kali dalam sejarah MU. 
1996: Mitchell memeriksa keadaan Affendi Julaihi
(Sarawak) selepas kedua-duanya bertembung
dalam perebutan bola di udara.
1996: Isteri Mitchell, Adele, memeriksa hidung suaminya
yang retak sewaktu pertemuan dengan Sarawak.

Piala Malaysia 1995: Para pemain Selangor 
seperti Mehmet Durakovic dan K. Sanbagamaran, 
mengerumuni Mitchell yang menjaringkan gol kemenangan Selangor.
Piala Malaysia 1995.
Mitchell meraikan kejayaan menjulang
Piala Malaysia 1995 bersama skuad Merah-Kuning.

Sedikit tulisan berkenaan Josip Biskic di sini:
http://chedinsphere.blogspot.com/2012/11/nostalgia-liga-malaysia-josip-biskic.html.
1995: Dari kiri: Mehmet Durakovic, K. Gunalan,
Rusdi Suparman, Mitchell dan Azlisham Ibrahim.
1996: Mitchell (No.10) bergambar bersama
skuad Selangor. Turut kelihatan, Ken Worden.
Skuad Juara Piala Sumbangsih 1996.
Menyertai Selangor FA.
Selepas beraksi dalam beberapa liga di Scotland, Belanda, Jerman dan England, Mitchell mengubah haluan ke Liga Malaysia. Bersama Selangor, beliau memenangi beberapa piala dan paling diingati, pastinya jaringan beliau pada Perlawanan Akhir Piala Malaysia 1995 di Stadium Shah Alam. Selepas terikat tanpa jaringan dengan Pahang dalam masa penuh permainan, Mitchell menjaringkan ‘gol emas’ bagi membolehkan Selangor menjadi juara, menewaskan Skuad Tok Gajah, 1-0.  Ketika itu, Mitchell merupakan pemain termahal dalam liga Malaysia, di bawah kendalian Datuk Aini Taib (pengurus) dan Ken Worden (jurulatih). Antara yang beraksi bersama Mitchell di Selangor ialah Azman Adnan, Annuar Abu Bakar, Asroff Hanafiah, P. Maniam, Paul Raj, K. Gunalan, K. Sanbagamaran, Shahril Arsat, Azrin Shah Zainal, dan Ismail Ibrahim. Turut menyarung jersi Selangor ialah dua orang rakan Mitchell dari Australia, Josip Biskic dan Mehmet Durakovic. Selepas Selangor, Mitchell kembali ke Australia untuk beraksi bersama Sydney Olympic dan Sydney United.

2005: Mitchell sewaktu menjadi
jurulatih skuad Ngap Sayot, Sarawak.
Antara pemain yang pernah mendapat
didikan Mitchell ialah Robbie Fowler.
Mitchell membimbing skuad 
Sang Kenari untuk musim 2014.
Bersara dan menjadi jurulatih.
Selepas berkelana ke beberapa benua sebagai pemain, Mitchell mengumumkan persaraannya pada lewat 1990an dan memberi fokus kepada bidang kejurulatihan. Beliau pernah menjadi penolong jurulatih skuad Olimpik Australia di bawah kendalian Rob Baan dari Belanda. Beliau melatih Sydney Olympic FC (1995-96), Sydney United FC (1996-99), Parramatta Power FC (1999-01), Sarawak FA (2005) dan Perth Glory. Pada 1999, Mitchell menjuarai Liga Perdana Australia dengan kelab Sydney United dan dinamakan sebagai jurulatih terbaik pada tahun tersebut. Pada tahun 2014, Mitchell kembali ke Malaysia dan diberi amanah untuk membimbing pasukan Kedah FA.



Nota kaki:

---------------------------------------------------------------------------------
Sumber:
  1. http://www.facebook.com/jabal.noor.9;
  2. http://www.facebook.com/norazmi.mahmood;
  3. http://www.facebook.com/HangPC2;
  4. http://www.swindon-town-fc.co.uk/;
  5. http://theage.com.au;
  6. http://www.zimbio.com/;
  7. http://rizalhashim.blogspot.com;
  8. http://www.utusan.com.my;
  9. http://thestar.com.my/;
  10. http://www.nst.com.my/;
  11. http://www.theaustralian.com.au.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...