Sidang Media dan simbolik Pelancaran Kempen MyGEF. |
Ismail Haniyeh, pemimpin Palestin. |
Morsi dan Erdogan, dua pemimpin Islam yang berpengaruh. |
Januari 2009: Peristiwa dramatik, apabila PM Erdogan dengan lantang mengkritik pemimpin Rejim Zionis Israel, Simon Peres berkenaan kekejaman terhadap rakyat Palestin. Peristiwa yang berlaku ketika Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland ini, akhirnya membawa kepada Erdogan meninggalkan pentas dan mengejutkan kesemua ahli panel dan hadirin. |
Di bawah pentadbiran DS Najib dan Recep Erdogan, hubungan dua hala Malaysia-Turki semakin terjalin erat. |
DSAI sewaktu bertemu dengan PM Turki, Recep Tayyip Erdogan dan Presidennya, Abdullah Gul. |
Tun Dr M dikenali sebagai seorang yang ikrab dengan Almarhum Presiden Yasser Arafat. Al-Fatihah. Malaysia juga merupakan negara Asia pertama yang membenarkan PLO/Fatah membuka ibu pejabatnya di sini. |
DSAI sedari jaman belianya aktif menyertai demonstrasi Anti-Israel dan mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin Palestin seperti Almarhum Yasser Arafat dan Khaled Mishaal. |
Pentadbiran DS Najib turut menyuarakan pendirian Malaysia berkenaan konflik di Palestin. Beliau telah beberapa kali mengadakan pertemuan dengan pemimpin Fatah, Mahmoud Abbas dan wakilnya. Pengerusi Yayasan Al-Quds Malaysia, YB Nasharuddin Mat Isa pula turut mengadakan pertemuan dengan pemimpin Palestin, Ismail Haniyeh. |
Pergerakan Hamas dan PLO/Fatah yang suatu ketika dahulu kuat bertelagah, kini semakin rapat, menerusi semangat tolak-ansur dan beberapa siri meja rundingan yang dibuat atas inisiatif beberapa pihak, antaranya, Kerajaan Arab Saudi dan Mesir. |
2002: PAS dan UMNO pernah berkongsi pentas sewaktu Syarahan Perdana Palestin; yang dianjurkan atas inisiatif ABIM dan DBP. UMNO diwakili oleh PM ketika itu, Tun Dr M manakala PAS diwakili Presidennya, Almarhum Ustaz Fadzil Noor. Al-Fatihah. |
Kenangan 2009: DSAI dan DS Najib yang pernah berganding bahu dari jaman Pemuda UMNO, berbual mesra dan menikmati teh tarik di Bangunan Parlimen. Ayuh, semarakkan politik matang, rasional dan berhikmah. |
Wira tak didendang: Para doktor di Hospital Gaza, yang tegar berkhidmat, meski berdepan pelbagai risiko dan kekurangan ubat-ubatan. |
Global Peace Mission (GPM), sebuah agensi di bawah ABIM, turut mengadakan perbincangan dengan Palestinian Cultural Organization Malaysia, berkenaan situasi di Gaza yang meruncing. |
Wakil GPM, agensi di bawah ABIM, sewaktu pelancaran tabung untuk dana Gaza-Palestin. |
Lima NGO Lancar Malaysian Gaza Emergency Fund.
Meskipun Israel
telah bersetuju untuk akur terhadap gencatan senjata yang ditaja oleh Mesir,
hal ini tidak bermaksud bahawa kesengsaraan rakyat Palestin telah berakhir. Hal
yang demikian, Kempen Malaysian Gaza Emergency Fund (MyGEF) yang menghimpunkan
enam Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) telah dilancarkan bagi menggerakkan kutipan
dana (funding) untuk bantuan
kemanusiaan di Gaza (Bandar Ghazzah, Palestin). Angkatan Belia Islam Malaysia
(ABIM) bersama dengan Global Peace Mission Malaysia (GPM), Malaysian Relief
Agency (MRA), Majlis Perundingan dan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Majlis
Belia Malaysia (MBM) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
bersepakat dalam menggerakkan kempen ini.
MyGEF merupakan inisiatif 6 NGO tersebut
yang dipengerusikan oleh ABIM; sebagai satu tindak balas secara langsung;
kepada serangan Rejim Zionis Israel ke atas Gaza yang bermula pada 8 November
yang lalu. MyGEF dilaksanakan dengan
matlamat mengumpul dan menyelaras dana kecemasan yang akan disalurkan terus
kepada rakyat di Gaza menerusi wakil MyGEF yang kini berada di Gaza. Kempen
yang akan dijalankan selama 3 bulan ini, mensasarkan kutipan sebanyak RM1 juta,
in sya ALLAH. Pada hari Jumaat (23hb November 2012), telah berlangsung Sidang Media,
Pelancaran MyGEF secara langsung dari Gaza bersama Saudara Sani Araby
Al-Kahery, sukarelawan Malaysia yang kini berada di bumi Gaza. Antara bantuan
yang diperlukan:
- Bantuan perubatan, memandangkan hospital sudah ketandusan ubat dan darah;
- Bantuan kepada kehidupan keluarga para syuhada’, terutamanya pembinaan rumah anak-anak yatim yang kehilangan penjaga, demi mempertahan bumi Palestin;
- Kemanusiaan dan keperluan yang pelbagai, seperti pakaian dan lain-lain.
Semua
perkara di atas amat memerlukan sokongan kewangan daripada kita selaku warga dunia
yang prihatin. Ayuh, bersama kita membantu saudara kita di Gaza-Palestin, atas
rasa tanggungjawab, persaudaraan dan kebersamaan; dengan sama-sama menyalurkan
sumbangan ke:
- AKAUN BANK ISLAM (ABIM: 1402-3010-029-224).
Isu Palestin
bukan sekadar masalah dan ujian untuk rakyat Negara Berdaulat Palestin. Ini isu
dan masalah kita semua. Ujian untuk kita. Ujian untuk kita: sama ada kita
mahu/mampu untuk bersatu. Ujian untuk kita: untuk menyumbang apa yang termampu.
Ujian untuk kita: untuk konsisten menyokong Ghazzah-Palestin. Kita bisa sahaja
berbeda ideologi politik. Tapi dalam hal persaudaraan dan kemanusiaan; apalah
kiranya jika kita berpadu hati. Hidup Palestina kita.
**********************************
Sumber:
- http://www.ustream.tv/recorded/27215812;
- www.gpm.com.my;
- http://www.abim.org.my/v1/index.php/arkib-abim/36-entertaiment/353-penubuhan-mygef-kerjasama-stategik-untuk-gaza;
- http://www.facebook.com/photo.php?fbid=464333770274972&set=a.197271860314499.42583.195473957160956&type=1&relevant_count=1;
- http://www.facebook.com/fadhlinasidek.sidek?fref=ts;
- http://www.facebook.com/AmanPalestinMalaysia;
- http://www.facebook.com/pages/Dum-Dum-Tak/110645278959307;
- http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151216218488046&set=a.315760538045.145669.215868293045&type=1&relevant_count=1;
- http://www.nizarazu.com/cara-punk-rock-kelantan-boikot-israel-sangat-mengharukan/;
- http://www.facebook.com/nizang/posts/370815026346109.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan