Selasa, Ogos 07, 2012

Dato’ Lee Chong Wei tidak kalah, tetapi menang.


Beberapa tahun yang lepas, imej Dato' Misbun dan Dato' Lee Chong Wei
yang saling berpelukan sering diangkat sebagai antara lambang perpaduan sebenar rakyat Malaysia.
Di balik kebencian rakyat Malaysia terhadap Lin Dan (kerana kejaguhannya dan didakwa kelihatan egoistik),
Lin Dan dan Dato' Lee Chong Wei menjalinkan persahabatan yang agak ikrab di luar gelanggang badminton.
Ucapan ringkas daripada DLCW yang menyentuh hati rakyat Malaysia. 
Jalani dan Razif Sidek, antara beregu terbaik pernah dilahirkan negara.
Pemenang pingat gangsa pertama Malaysia di Olimpik Barcelona 1992.
Cheah Soon Kit dan Yap Kim Hock, mencatat sejarah gemilang selaku
penyumbang pingat perak untuk Malaysia di Olimpik Atlanta 1996.
Rashid Sidek, pelengkap legasi Keluarga Sidek Abdullah Kamar.
Untuk sedikit kisah berkenaan Sidek Bersaudara, boleh klik pautan ini:
http://chedinsphere.blogspot.com/2011/05/anak-anak-sidek-dari-kanchong-darat-ke.html
Rashid Sidek, jaguh perseorangan negara, merupakan penyumbang
pingat gangsa Malaysia di Olimpik Atlanta 1996.
DLCW kelihatan sugul selepas tewas kepada Lin Dan sewaktu
Olimpik Beijing 2008. Beliau menghadapi tekanan besar untuk menyumbang
emas buat Malaysia ketika itu.
Rashid Sidek dan Tey Seu Bock, dua orang jurulatih yang banyak memberi sokongan
kepada DLCW selepas ketiadaan Dato' Misbun Sidek.
Dato' Lee Chong Wei, Lin Dan dan Chen Long. Kesedihan jelas terpancar pada wajah DLCW.
China sudah mempunyai pemain pelapis yang hebat selepas Lin Dan. Bagaimana dengan Malaysia?
Sambutan wira buat DLCW, sekembalinya beliau dari London.

Dato’ Lee Chong Wei tidak kalah, tetapi menang.

Menyaksikan imej Dato’ Lee Chong Wei (DLCW) menitiskan air mata kekecewaan, selepas perlawanan getir menentang Lin Dan, bukanlah sesuatu yang menyenangkan. Tidak, bukan kerana kita marahkan DLCW, tetapi kita turut merasakan kekecewaan dan kesedihan tersebut.


Sepertimana yang kita sedia maklum, DLCW telah mengharungi banyak dugaan dan onak sepanjang kerjayanya, khususnya menjelang Sukan Olimpik London 2012. Selain tekanan menggunung untuk menghadiahkan pingat emas untuk negara, beliau juga berdepan beberapa kontroversi seperti kecederaan bahu dan tendon pergelangan kaki kanan, sehinggalah kepada isu peribadi yang membabitkan keluarganya dipampang secara sensasi di dada-dada media.  


Kendati pun, DLCW tidak mudah patah semangat. Dengan sokongan serta tunjuk ajar Tey Seu Bock dan Rashid Sidek, disiplin serta kecekalan yang melangit tinggi, DLCW berjaya mendepani segala cabaran sehingga berjaya memasuki perlawanan akhir menentang jaguh China, Lin Dan.


Untuk rekod, sejak 1956, Malaysia hanya memenangi pingat menerusi acara badminton iaitu gangsa pada Olimpik Barcelona 1992 (gandingan Razif dan Jalani Sidek); perak dan gangsa pada Olimpik Atlanta 1996 (beregu Cheah Soon Kit dan Yap Kim Hock serta Rashid Sidek). Namun, kita berjaya memenangi perak pada Olimpik Beijing 2008 dan Olimpik London 2012, kedua-duanya menerusi Dato’ Lee Chong Wei sendiri.


Tuntasnya, DLCW tidak tewas. Beliau menang pingat perak. Dan, meski Malaysia tidak memperolehi emas, kita mempunyai permata berharga yang bersinar: jaguh bernama Dato’ Lee Chong Wei. Sungguh, DLCW berjaya meletakkan dirinya selaku Olimpian terbaik Malaysia, tatkala kita semua sedikit gusar berkenaan siapa yang bakal menjadi pengganti beliau kelak. Apa pun, tahniah Datuk Lee Chong Wei. Biar jasa jadi kenangan. 


Hidup Malaysia kita.


*****

Entri-entri berkaitan:
***************************************************


6 ulasan:

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...