Mohd Azizulhasni Awang, jaguh lumba basikal negara. |
The Pocket Rocketman. |
*****
“Saya bersukan pun
sebenarnya bukan untuk mengejar wang ringgit tetapi ini adalah bidang yang saya
minati dan saya buat secara ikhlas.”
-- Azizulhasni Awang, The Pocket Rocketman.
*****
*****
Seorang lagi Wira Olimpik Malaysia: Azizulhasni
Awang.
Baik acara
trek mahupun lebuh raya, sukan lumba basikal tidak pernah sunyi melahirkan
jaguh-jaguh sukan yang dikenang dalam lipatan sejarah sukan tanah air.
Nama-nama seperti Daud Ibrahim, Ali Hassan dan Datuk Ng Joo Ngan (era 70an);
Rosman Alwi dan Ishak Amin (80an); serta M. Kumaresan, Edwin Ng, Nor Effandy Rosli dan
Shahrulneeza Razali (era 90an) – sekadar menyebut beberapa nama -- seringkali
meniti di bibir para pendokong sukan tanah air.
Sementelahan,
abad ke-21 menyaksikan kebangkitan beberapa nama besar sukan lumba basikal
negara seperti Josiah Ng, Suhardi Hassan, Rizal Tisin, Anuar Manan dan pastinya
jaguh antarabangsa kelahiran Dungun, Azizulhasni Awang. ‘The Pocket Rocketman’ -- gelaran unggul buat Azizul -- mencipta
gemilang tersendiri apabila memenangi pingat emas acara keirin dan pecut 200m
Kejohanan Trek Asia 2008 dan Kejohanan Lumba Basikal Dunia 2009 di Melbourne.
Sewaktu
acara keirin pada Siri Piala Dunia
Klasik Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) 2011 di Manchester, Azizul mempamerkan
kekentalan iltizamnya, apabila meneruskan kayuhan, meskipun serpihan kayu
sepanjang 20sm menusuk betisnya selepas terjatuh ketika berlumba. Beliau
menamatkan perlumbaan itu di tempat ketiga. Untuk rekod, sahabat sepelatih
Azizul, Josiah Ng juga pernah mengalami kecederaan teruk pada bahagian tulang
selangka (collarbone) sewaktu Kejohanan
Dunia Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) 2007 di Mallorca, Sepanyol.
Sepertimana
kita sedia maklum, Azizul menduduki tangga keenam keirin, selepas dikepung oleh beberapa pelumba, meski mendahului
pada peringkat awal. Azizul telah sedaya-upaya mengerah keringat bagi mengharumkan
nama negara di Olimpik London 2012. Beliau terpaksa bersaing hebat dengan
pelumba-pelumba bertaraf dunia sepertu Chris Hoy (Britain), Teun Mulder
(Belanda), Maximilian Levy (Jerman), Shane Perkins dan Simon Velthoozen (New
Zealand).
Penting
untuk disebut di sini, bahawa Azizulhasni merupakan satu-satunya pelumba benua Asia
yang berjaya melangkah ke peringkat akhir acara keirin, Olimpik London 2012 kali ini. Tahniah, Azizul. Terima kasih
atas pengorbanan dan bakti yang tercurah. Perjalanan masih jauh. Bertabahlah.
Hidup
Malaysia kita.
*****
Entri-entri berkaitan:
- Untuk sejarah ringkas Adidas, Puma dan perseteruan Dassler Bersaudara, boleh klik pautan ini: http://chedinsphere.blogspot.com/2012/10/adidas-dan-puma-perseteruan-dassler.html.
- Berkenaan biodata ringkas Supermokh, ada ditulis di sini: http://chedinsphere.blogspot.com/2011/08/supermokh-lagenda-yang-tiada-galang.html.
- Sedikit tulisan berkenaan lagenda bola sepak Malaysia, Azizol Abu Haniffah: http://chedinsphere.blogspot.com/2011/10/azizol-abu-haniffah-lagenda-yang-tak.html.
- Untuk biodata ringkas Azman Adnan, ada di sini: http://chedinsphere.blogspot.com/2011/10/penyerang-terbilang-azman-adnan.html.
- Sedikit tulisan berkenaan penjaga gol terbaik dalam sejarah bola sepak Malaysia: http://chedinsphere.blogspot.com/2011/03/penjaga-gol-terbaik-malaysia.html.
- Sedikit tulisan berkenaan kegemilangan Haji Sidek Abdullah Kamar dan Sidek Bersaudara, ada di sini: http://chedinsphere.blogspot.com/2011/05/anak-anak-sidek-dari-kanchong-darat-ke.html
- Untuk tulisan berkenaan penjaga gol yang menjaringkan gol: http://chedinsphere.blogspot.com/2011/04/penjaga-gol-yang-menjaringkan-gol.html.
- Berkenaan El Phenomeno, Ronaldo: http://chedinsphere.blogspot.com/2011/02/ronaldo-si-el-fenomeno.html.
- Evolusi bola Piala Dunia: http://chedinsphere.blogspot.com/2012/10/evolusi-bola-piala-dunia.html.
- Wajah Super Safee sewaktu berambut panjang (2005-2006): http://chedinsphere.blogspot.com/2012/10/2005-2006-aksi-super-safee-sewaktu.html.
***************************************************
Tiada ulasan:
Catat Ulasan