Selasa, September 17, 2013

AJKP Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bagi sesi 2013-2015.


“....Alhamdulillah”, segala puji hanya untuk Allah saja. Sebab tidak ada suatupun yang patut dipuji, baik di langit ataupun di bumi. Jika engkau merasa berhutang budi pada matahari kerana dia memancarkan sinar, sehingga engkau dapat hidup dan dapat pula mencari penghidupan, janganlah kepada matahari itu engkau mengucapkan puji, sebab yang menjadikannya hanyalah Allah jua.”
- BUYA HAMKA (Dari Hati Ke Hati).

------------------------------------------------

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah mengadakan Muktamar Sanawi (Mesyuarat Agung Tahunan) ke-42 ABIM pada 6-8 September 2013 bersamaan 30 Syawal - 2 Zulkaedah 1434H di Dewan Auditorium, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke-42 ABIM yang mengangkat tema ‘Garis-Garis Besar Haluan Perjuangan II: Mempertegas Hadaf, Memperkukuh Khittah’, Saudara Amidi Abdul Manan telah dipilih semula sebagai Presiden ABIM bagi sesi 2013-2015.

Berikut adalah Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (AJKP) Kanan ABIM bagi sesi 2013-2015 untuk makluman semua: 
Presiden: Amidi Abdul Manan
Timbalan Presiden: Mohd Naim Mohd Noor
Naib Presiden: Mohamad Raimi Ab Rahim
Naib Presiden: Jufitri Joha
Naib Presiden: Fadhlina Sidek
Naib Presiden: Hasri Harun
Naib Presiden: Khairul Ariffin Munir
Setiausaha Agung: Muhammad Faisal Abdul Aziz
Penolong Setiausaha Agung: Ahmad Fahmi Samsuddin
Setiausaha Kewangan: P Aizan Tukirin
AJKP Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bagi sesi 2013-2015.

------------------------------------------------

Ketua Biro Dakwah: Mohd Shazni Abdullah
Ketua Biro Pembangunan Sosial: Maria Kamel
Ketua Biro Pendidikan: Ahmad Saparudin Yusup
Ketua Biro Penyelidikan: Akmal Hisham Abdul Rahim
Ketua Biro Penerangan: Hasnul Haniff Harun
Ketua Biro Tugas-Tugas Khas (Kesihatan): Dr Shahrizal Azwan Samsudin
Ketua Biro Tugas-Tugas Khas (Undang-Undang): Mohd Khairul Anwar Ismail 
Ketua Biro Tugas-Tugas Khas (Shariah dan Kewangan Islam): Dr Zulkifli Hassan
Ketua Biro Tugas-Tugas Khas: Nor Azura Kamarudin Sohami
Ketua Biro Tugas-Tugas Khas: Syahrir Azfar Saleh
Bersama-sama ini juga dilampirkan senarai penuh AJKP ABIM bagi sesi 2013-2015 untuk perhatian pihak tuan. Diharapkan semua pihak dapat mengemaskini maklumat perhubungan pihak kami berdasarkan makluman di atas.
Sekian, terima kasih. Wassalam.

Yang menjalankan amanah,
MUHAMMAD FAISAL ABDUL AZIZ,
Setiausaha Agung.

b/p Angkatan Belia Islam Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...