Untuk Program Korban dan Akikah di Kemboja, boleh rujuk kepada Tuan Haji Masrukhin Marzoki. |
Program berterusan di Kemboja. Bukan setakat beri makan, tapi ilmu dan kesedaran. |
Untuk Program Ibadah Korban di Selatan Thai, boleh rujuk kepada Tuan Haji Kamaruddin Kassim. |
‘Akikah’ ialah penyembelihan binatang ternakan
(contoh: lembu atau kambing) yang dilakukan selepas kelahiran bayi (lebih afdhal
pada hari ketujuh) sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT.
Sementelahan,
‘korban’ adalah amalan menghampirkan diri kepada Allah SWT dengan menyembelih al-An’aam
(binatang ternakan seperti lembu, kambing, kerbau, dan lain-lain) dengan
mengagihkan sebahagian daripada daging itu kepada fakir miskin.
Binatang
yang boleh disembelih untuk ibadah korban dan akikah adalah terdiri daripada
al-An’aam seperti unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri. Binatang lain
seperti rusa, seladang dan seumpamanya tidak boleh dikategorikan dalam golongan
al-An’aam sekalipun ia jinak. Menurut Imam Khatib as-Syarbini, seekor unta atau
lembu yang hendak dijadikan korban atau akikah boleh dikongsi bersama tujuh
orang. Namun, kambing dan biri-biri tidak boleh dikongsi.
Tempoh
atau waktu untuk melaksanakan ibadat korban agak singkat iaitu pada hari raya
haji dan diikuti dengan tiga hari tasyriq iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah,
sebaliknya tempoh melaksanakan ibadat akikah adalah panjang.
Menurut
Imam al-Shafie tempoh terbaik untuk akikah ialah hari ketujuh setelah
kelahiran, sekiranya tidak dapat dilakukan dalam tempoh tersebut, boleh
dilaksanakan dengan tidak melebihi tempoh nifas iaitu 60 puluh hari. Sekiranya
tempoh nifas juga tidak dapat dilaksanakan oleh beberapa sebab terutamanya
kefakiran, maka boleh dilaksanakan tidak melebihi tempoh susuan iaitu dua
tahun.
Dalam
tempoh itu juga tidak dapat dilaksanakan, maka hendaklah dilaksanakan sebelum
berumur tujuh tahun. Sekiranya setelah tujuh tahun juga tidak dapat ditunaikan
maka boleh dilanjutkan sehingga mencapai umur baligh.
Perbezaan
antara ibadat korban dan akikah menurut kitab Mughni al-Muhtaj ialah ibadat
korban disunatkan diberikan kepada fakir miskin daging yang mentah. Sebaliknya
bagi daging akikah, sunat diberikan kepada fakir miskin setelah dimasak kerana
Rasulullah SAW meminta Saidatina Fatimah untuk berbuat demikian.
Selain
itu juga, diharamkan daging korban diberikan kepada orang kaya dan terdapat
padanya unsur jual beli, namun jika diberikan kepada orang kaya dengan
berniatkan sebagai hibah atau hadiah maka ia tidak menjadi satu kesalahan
kerana orang kaya juga layak untuk menerima hadiah dan hibah. Sebaliknya tidak
menjadi satu kesalahan sekiranya ada unsur pemilikan atau jual beli pada daging
akikah.
Oleh
kerana hukum berkorban itu sunat mu’akkad
(perkara sunat yang dituntut dalam agama) dan mempunyai kelebihan-kelebihannya
yang banyak, sayugia jangan dilepaskan peluang untuk membuat amalan korban ini.
Supaya
ibadah korban dan aqiqah itu sempurna, fahamilah hukum-hakam yang berkaitan
dengan ibadah-ibadah tersebut. Begitu juga mengambil perhatian dalam memenuhi tuntutan-tuntutan
lain yang berkaitan seperti berwakil membeli dan menyembelih supaya amalan
berkorban itu benar-benar menepati syara’.
Selamat
menjalani ibadah korban dan aqiqah.
Allahu
Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar Walillahilhamd!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan