(Sumber di sini.) |
Ada
empat sebab utama kenapa perbandingan harga minyak semasa Malaysia kurang
sesuai dibuat perbandingan dengan negara lain:
- Tidak semua negara yang dibandingkan harganya itu adalah pengeluar petroleum seperti Malaysia;
- Tidak kiralah semurah mana pun harga minyak mereka, rakyat kita akan tetap mengisi minyak di negara kita, bukan negara lain tersebut;
- Kenaikan harga 20 sen adalah untuk seliter. Secara logik akalnya, kita tidak akan mengisi minyak hanya sebanyak seliter untuk kenderaan kita. Ambil kertas dan buat perkiraan sendiri tentang pertambahan kos perbelanjaan minyak kenderaan kita;
- Kenaikan harga minyak berkemungkinan besar membawa kepada kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Kenaikan ini – bersama kenaikan harga barangan lain – akan memberi kesan besar kepada kos kehidupan rakyat, tanpa mengira fahaman politik kita; ataupun sama ada kita menerima BR1M mahupun tidak.
* Ini
kefahaman saya sebagai rakyat marhaen. Boleh jadi, saya silap. Saya bukanlah
pakar ekonomi.
Salam
Selasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan