Jumaat, Disember 14, 2012

3hb Mei 1986 (Sabtu): Trofi Piala Malaysia Terakhir Supermokh.


Gambar yang ikonik.

1986: Supermokh bersama
Trofi Pemain Terbaik Dunhill.
Supermokh dan putera beliau,
Mohd Reza Mokhtar.
Mohd Reza Mokhtar (paling kanan) bersama skuad
Piala Emas Raja-Raja Selangor. Berbeda dengan
Supermokh yang berbadan gempal dan sasa, Reza
memiliki fizikal yang tinggi lampai.
Supermokh, lagenda yang tiada galang gantinya.
Supermokh mengelilingi Stadium Merdeka,
bersama Piala Pemain Terbaik Dunhill.

Jersi Piala Malaysia Selangor FA 1986.
Merancang strategi untuk
sepakan percuma.



Zainal Abidin Hassan, penjaring terbanyak 1986 (20 gol).
Tidak sedikit yang menobatkan beliau sebagai
pengganti Supermokh selepas persaraan
pemain lagenda tersebut.
Al-Fatihah sekudusnya buat Supermokh,
wira kita. Sedikit tentang beliau di sini:

Supermokh dan The Spiderman meraikan
kejayaan menjulang Piala Malaysia 1986
bersama skuad Selangor FA.
R. Arumugam (Mendiang) melangkah masuk ke
Stadium Merdeka. Sedikit tentang beliau di sini: http://chedinsphere.blogspot.com/2011/03/penjaga-gol-terbaik-malaysia.html

The Spiderman dan skuad Selangor FA ketika
sesi penyerahan Piala Malaysia 1986. 
Khan Hung Meng mengetuai pemain skuad Selangor FA
yang mengelilingi Stadium Merdeka sebagai meraikan 
penyokong Selangor. Turut menyertai pembawa panji 
Selangor itu ialah Supermokh (paling kanan).
Juara Piala Malaysia 1986.

Skuad Selangor 1986.
Skuad Selangor dan DYMM Sultan Idris Shah.
R. Arumugam menjulang Piala Malaysia 1986.
DS Paul Mony Samuel menyaksikan Supemokh
menuruni tangga selepas menerima Anugerah
Pemain Terbaik Perlawanan Dunhill 1986.

The Spiderman dan Supermokh: Sahabat ikrab.
DYMM Sultan Sharafuddin menerima
jersi Supermokh.

Supermokh menghadiahkan jersi keramat no.10, 
kepada DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah 
(ketika itu Raja Muda), usai perlawanan 
epik Selangor-Johor 1986.
Skuad Selangor, 1986.
Pemain terbilang negara, Mokhtar Dahari.
3hb Mei 1986 (Sabtu): Perlawanan Piala Malaysia Terakhir Supermokh.
Allahyarham Datuk Mohd Mokhtar Dahari atau lebih dikenali dengan gelaran ‘Supermokh’ merupakan pemain lagenda yang paling dikenang dalam lipatan sejarah bola sepak negara. Nama beliau diletakkan sebaris dengan para lagenda seperti Raja Bola Ghani Minhat, R. Arumugam, Soh Chin Aun, Santokh Singh, Hassan Sani, James Wong, Isa Bakar, Bakri Ibni dan ramai lagi. Setelah 15 tahun mencurahkan bakti dan keringat, Supermokh mengumumkan persaraannya selepas Perlawanan Akhir Piala Malaysia 1986. Dalam perlawanan bersejarah tersebut, Johor FA yang merupakan juara bertahan, menjaringkan gol pendahuluan menerusi Dollah Salleh pada minit keempat.

Namun, Selangor FA bangkit membenam Johor FA dengan 6 gol menerusi serangan bertali-arus ke pintu gol skuad Harimau Selatan itu. Gol-gol Selangor FA dijaringkan oleh Razali Alias, Azhar Shariff (dua gol), Khan Hung Meng, Zainal Abiddin Hassan dan Ristomoyo. Zainal Abidin muncul sebagai penjaring terbanyak dengan 20 gol secara keseluruhan. Pengurus Selangor FA ketika itu ialah Encik Mazlan Harun. Berusia 33 tahun ketika beraksi dalam perlawanan tersebut, Supermokh memainkan peranan yang sangat penting dalam mencorak kejayaan pasukan Selangor FA, seterusnya melayakkan beliau memenangi Anugerah Pemain Terbaik Perlawanan Dunhill. Sementelahan, Johor FA memenangi Anugerah ‘Fairplay’ Milo dan wang tunai berjumlah RM10,000 manakala Wilayah Persekutuan FA (Kuala Lumpur FA) pula memenangi Piala Liga.  

Mokhtar yang digelar Supermokh pernah diiktiraf sebagai penyerang terbaik Asia oleh majalah World Soccer ketika usianya 23 tahun dan dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan pada 1976. Sepanjang 15 tahun beraksi untuk pasukan kebangsaan, kelab dan Selangor FA (dari 1972), banyak pahit-manis yang telah ditempuhi oleh Supermokh. Antara pengalaman pahitnya ialah apabila tidak dapat bermain dengan pasukan kebangsaan pada Kelayakan Olimpik 1980 di mana Malaysia berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow, berikutan persaraan Supermokh daripada pentas antarabangsa. Persaraan awal Supermokh dikatakan kerana terkilan dengan FAM. Supermokh kembali daripada persaraannya pada 1985 dalam Kelayakan Piala Dunia 1986 sewaktu menentang Korea Selatan setelah ramai pemain utama kebangsaan mengalami masalah kecederaan.

Anak sulung Supermokh, Mohd Reza Mokhtar turut turun ke padang bersama Supermokh bagi meraikan kejayaan Selangor FA. Antara pembabitan Reza dalam sukan bola sepak ialah mewakili Selangor FA pada saingan Piala Emas Raja-Raja, Piala Presiden dan Liga Malaysia sehingga 2004. Supermokh juga menyatakan bahawa Zainal Abidin Hassan merupakan seorang pemain yang hebat, tetapi seringkali dibebankan untuk menjaringkan gol. Zainal, menurut Supermokh, lebih berkesan jika diletakkan sebagai penyerang sokongan (back-up striker) bagi membolehkan beliau (Zainal) bebas bermain. Supermokh turut menghamburkan pujian kepada Ristomoyo Kasim yang berjaya mengekang lagenda Johor FA, Khalid Shahdan, sehingga menyebabkan Nasir ‘The Professor’ Yusof terpaksa berjuang bersendirian di bahagian tengah. Selain itu, keputusan Pengurus Johor FA, Datuk Suleiman Mohammad Noor dan jurulatih untuk meletakkan Fadzli Ahmad sebagai kesebelasan utama menggantikan tempat Azuan Zain, dikatakan kurang disenangi oleh para pemain Johor FA. Azuan Zain telah beraksi cemerlang di bahagian pertahanan sejak Suku Akhir Piala Malaysia 1986.   

Supermokh beraksi cemerlang dalam perlawanan epik menentang Johor FA tersebut. Katanya, “Saya akan merindui saat-saat ini… suasana Perlawanan Akhir Piala Malaysia; kegembiraan bermain dalam piala itu; kemanisan sewaktu meraikan kejayaan; seterusnya menaiki ‘Royal Box’ untuk menerima pingat. 16 tahun di dalam Piala Malaysia; 11 kali menjadi juara dan 2 kali menjadi naib juara. Alangkah bagusnya jika saya dapat menambah rekod Piala Malaysia saya ini.” Namun, apa yang membuatkan Supermokh terkilan ialah apabila beliau gagal menyumbangkan gol buat Selangor FA dalam perlawanan akhir tersebut. Rakan-rakannya dalam Selangor FA seperti Zainal Abidin Hassan, mencuba sebaik mungkin bagi membuat hantaran dan membantu Supermokh menjaringkan gol, tetapi buntu. Menurut Supermokh, “Saya berlari, mengejar dan mencurahkan segala-galanya dan akhirnya menjulang Piala Malaysia. Tetapi saya merasa sedih kerana gagal menjaringkan gol dalam perlawanan akhir itu.” Walaubagaimanapun, atas desakan pengurusan Selangor dan minat yang masih mendalam terhadap bola sepak, Supermokh akhirnya menarik balik persaraannya dan kembali menyarung jersi Selangor FA untuk musim 1987: kali ini selaku pemain dan pembantu jurulatih. Tetapi, Selangor gagal mengekalkan Piala Malaysia, yang berjaya dijuarai oleh Wilayah Persekutuan FA yang menewaskan Kedah FA, 1-0 dalam perlawanan akhir 1987.
  • Keputusan penuh: Selangor FA (6), Johor FA (1).
  • Senarai pemain Selangor FA: R. Arumugam; Wong Hung Nung; Zulkifli Ahmad; P. Dharmalingam; K. Gunasegaran; Ristomoyo Kassim; Razali Alias; Mutalib Adam; Khan Hung Meng; A. Jayakanthan; Zainal Abidin Hassan; Azhar Shariff dan Mokhtar Dahari.
  • Senarai pemain Johor FA: Salleh Mohamed Nor; Ramli Dol; Fadli Ahmad; Kamaruddin Ahmad; Ismail Ibrahim; Ahmad Marican; Khalid Shahdan; Nasir Yusof; Nasir Mohamed Nor; Muhidin Husin; Salehan Mohamed Som; Dollah Salleh.
  • Pengadil: Osman Omar (Melaka).

1 ulasan:

  1. "Are you looking for Leolist Hamilton? We have the best alternative of Leolist Hamilton here on
    https://hamilton.xgirl.ca/
    Visit hamilton.xgirl.ca today and find the best results related to Leolist Hamilton."

    BalasPadam

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...