Jumaat, Disember 21, 2012

Muhammad Ali lawan Joe Bugner (30hb Jun 1975, Stadium Merdeka).




 
Muhammad Ali lawan Joe Bugner (30hb Jun 1975, Stadium Merdeka).
Pada 30hb Jun 1975, satu perlawanan bersejarah untuk merebut Tali Pinggang Tinju Heavyweight Sedunia (World Heavyweight) telah diadakan di antara dua lagenda tinju antarabangsa iaitu Muhammad Ali dan Joe Bugner. Sebelum itu, Bugner yang juga Juara Tinju Eropah kelahiran Hungary, pernah bertarung dengan Ali pada 1973, di mana Ali menang di dalam perlawanan 12 buah pusingan. Dalam perlawanan pada 1973 tersebut, Ali menyatakan bahawa Bugner mempunyai keupayaan untuk menjadi juara dunia dalam sukan tinju. 

Sementelahan, pertarungan bersejarah pada 1975 di Stadium Merdeka telah disaksikan secara langsung di seluruh tanah air (menerusi RTM) dan 59 buah negara lain, dari Stadium Merdeka. Sekalipun tewas, Bugner kemudiannya menempa nama selaku Juara Tinju Heavyweight WBF, Juara Tinju Heavyweight Australia dan Juara Tinju Heavyweight PABA, pada tahun-tahun berikutnya. Sewaktu sesi timbangan berat badan dibuat, Muhammad Ali mencatat berat sebanyak 224 ½ paun manakala Joe Bugner seberat 230 paun. Dengan iklim Khatulistiwa yang lembap, Ali hanya mula serius berlatih beberapa hari sebelum berlangsungnya perlawanan ini. Malahan, sewaktu sesi latihannya, Ali – seperti lazimnya -- menghamburkan kata-kata retoriknya, kali ini dengan laungan “Joe Bugner must go!” (“Berambuslah Joe Bugner!”) kepada para peminat dan wartawan. Ali memenangi perlawanan ini selepas 15 pusingan, tetapi para wartawan mengkritik Bugner kerana menggunakan taktik bertahan berbanding menyerang.   

Selanjutnya, Ali telah mengaut keuntungan sebanyak $2 juta manakala Bugner mencatat keuntungan $500,000 dalam perlawanan yang disaksikan lebih 22,000 orang penonton di Stadium Merdeka ini. Selepas perlawanan bersejarah ini, Ali buat kali pertama menyatakan hasratnya untuk bersara. Meskipun perlawanan ini kemudiannya dicemari dengan kontroversi kes mahkamah yang menggegarkan politik Selangor dan negara, pertarungan Muhammad Ali-Joe Bugner akan terus dikenang oleh peminat tinju tanah air khususnya, sebagai salah-satu peristiwa bersejarah negara.
Pengadil: Takeo Ugo (73-67);
Hakim: Ken Brady (72-65);
Hakim: Suthee Prom Jara (73-65).


********************************************************

Rujukan dan Entri Berkaitan:
  1. http://pocketcctv.blogspot.com/2009/09/no-cctv-sunday-14-muhammad-ali-in.html;
  2. http://www.allposters.co.uk/-sp/Muhammad-Ali-V-Joe-Bugner-World-Heavyweight-Title-Fight-in-Kuala-Lumpur-1975-Posters_i4165961_.htm;
  3. http://www.telegraph.co.uk/sport/picturegalleries/9007921/Muhammad-Ali-at-70-career-in-pictures.html?image=22;
  4. http://www.viweb.freehosting.net/vipix00c.htm;
  5. http://stjoe-form5in1976.blogspot.com/2009_03_08_archive.html;
  6. http://pramleeelvis.com/category/famous-people/;
  7. http://boxrec.com/media/index.php/Muhammad_Ali_vs._Joe_Bugner_(2nd_meeting);
  8. http://cityofsharedstorieskualalumpur.com/story/title/muhammad-ali-and-the-golden-girl/;
  9. http://www.nst.com.my/nation/general/hotel-where-tunku-dined-1.132075.


1 ulasan:

  1. Ketika Muhammad Ali bersalaman dengan Tun Abdul Razak, otak saya berkata: Tanda cinta setia, kau pejuang hati sejati melindungi tercinta! Tanda luar biasa wira hati sunyi rasa luka, disanjung dirindui!

    BalasPadam

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...