Ahad, Disember 16, 2012

Buku Jalanan: Bedah Filem Songlap bersama Mat Luthfi dan Muz Amer.


Songlap.
Bersama Mat Luthfi, pembikin
blog video yang genius.
Turut diadakan, pelancaran buku
"Lari Dari Syurga" terbitan Buku Hitam Press. 
Sesi bedah filem.

Santai.


Buku Jalanan.
15hb Disember 2012 (Sabtu).
“Buku Jalanan” yang dijalankan di Taman Tasik Shah Alam (bersebelahan Wet World) merupakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh sekumpulan anak muda bergelar “Mas Joko dan Rakan-Rakan” yang percaya, bahawa dengan membaca, pastinya membina daya, seterusnya membina masyarakat berilmu. Antara aktiviti yang dianjurkan ialah peminjaman dan pemulangan bahan bacaan secara percuma; conteng-conteng oleh anak anak kecil dan aktiviti ‘bedah buku.’Selain itu, pihak penganjur turut membuka ‘Pasar Percuma’ di mana ia melibatkan perkongsian barang terpakai secara percuma. Dengan falsafah “Membenih ilmu, mengakar pengetahuan”, Buku Jalanan yang dianjurkan pada kekerapan dua minggu sekali, adalah aktiviti – nan mesra ilmu dan seni -- yang mesti kita semua hadiri. Pada minggu ini, pihak Buku Jalanan telah menampilkan seorang pembikin blog video (vlogger), Saudara Mat Luthfi dan disertai juga oleh seorang pembikin filem dan penulis skrip, Saudara Muz Amer. Mereka berdua telah secara bersama-sama membedah filem “Songlap”.

“Songlap” menceritakan tentang penglibatan dua bersaudara – ‘Am’ dan ‘Ad’ – dengan sindiket penjualan bayi (yang diuruskan oleh watak bernama ‘Mama’) dan sisi hitam masyarakat kita. Kehidupan yang serba kelam ditambah dengan teknik visual, memberikan gambaran penonton akan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat. Dari segi lakonan, Shaheizy Sam berjaya membuktikan dirinya pelakon yang penuh warna. Sebagai ‘Am’, beliau berjaya menunjukan lakonan seorang yang bergantung hidup dengan menjual bayi dan berjudi dengan baik. Pemenang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM 22, Syafie Naswip, dilihat belum hilang taringnya. Lakonannya sebagai ‘Ad’, adik yang ingin membantu abangnya dari jenayah penjualan bayi, memberi kesan kepada penonton. Sara Ali, walaupun kurang dialog sebagai ‘Hawa’, riak wajahnya sudah cukup menunjukan kesengsaraan yang dialami sebagai mangsa rogol bapa sendiri. Naskah “Songlap” turut menampilkan kelainan menerusi pemilihan beberapa muzik latar daripada The Rebel Scum, Monoloque, Couple dan lain-lain. Secara keseluruhan, Saudara Mat Luthfi dan Muz Azmer bersetuju bahawa naskah ini berjaya menyampaikan mesej yang tertanam dalam filem ini, meskipun pengakhiran filem ini tidak tuntas dan bersifat ‘open-ending’: terbuka tetapi mengesankan.

*****************************

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...