Sabtu, Disember 22, 2012

Cerita Malaysia ke Olimpik 1972 (Munich, Jerman).





Perasmian dan Pembukaan Rasmi Olimpik
Munich 1972. Jalur Gemilang berkibar megah.
Panji Olimpik di Jerman.
1972: Tiket perlawanan Maghribi
dengan Jerman Barat.
Skuad Olimpik 1972.
Tabik hormat buat kesemuanya.


Skuad gemilang negara.
Skuad kebangsaan Malaysia: Satu-satunya skuad
yang beraksi di atas gelanggang Olimpik.
Gagah dan berani: Tangkas menentang musuh.

Supermokh (belakang, paling kiri) tidak disertakan ke dalam
Skuad Olimpik Munich, memandangkan Dato Harun Idris
berpendapat bahawa usianya yang baru mencecah 19 tahun,
terlalu muda untuk pentas Olimpik.
Kelayakan Olimpik 1972:
Korea Selatan lawan Malaysia. 
Sehingga 1980an, Korea Selatan dianggap sebagai
seteru utama Malaysia, sebelum kejatuhan bola sepak
negara. Korea Selatan telah beberapa kali layak ke Piala Dunia.
 
Jersi Jerman Barat dan Malaysia.
Soh Chin Aun, lagenda negara.
Menentang skuad Jerman Barat,
Malaysia tewas 0-3.
Pertarungan sengit Malaysia-Jerman Barat.


Chow Chee Keong, penjaga gol lagenda Asia
dan kebangsaan, cuba menyelamatkan gawang negara
daripada diasak oleh penyerang Jerman Barat.
Cerita Malaysia ke Olimpik 1972 (Munich, Jerman).
Di antara kejayaan gemilang yang dicatatkan oleh skuad bola sepak kebangsaan ialah melayakkan diri ke Sukan Olimpik Musim Panas 1972 di Munich, Jerman (ketika itu dikenali sebagai “Jerman Barat”). Ini merupakan satu-satunya edisi Olimpik yang disertai oleh skuad Malaysia, memandangkan kita memboikot Sukan Olimpik 1980 di Moscow (meskipun telah melayakkan diri dengan susah-payah). Pemulauan ini dibuat atas dasar sokongan terhadap seruan Amerika Syarikat, yang menentang pencorobohan Soviet Union terhadap Afghanistan.

Sewaktu peringkat kelayakan, Malaysia telah berjaya menumbangkan jaguh Asia yang lain seperti Jepun, Korea Selatan, Filipina dan Taiwan untuk layak ke Munich. Selanjutnya, di dalam Kejohanan Sukan Olimpik Munich 1972, para pemain handalan negara telah berpeluang berentap bersama jaguh dunia, Jerman Barat yang turut dianggotai oleh Uli Hoeness dan Ottmar Hitzfeld. Meskipun gagal melepasi peringkat kumpulan, Malaysia berjaya menewaskan Amerika Syarikat, 3-0. Gol-gol epik Malaysia dijaringkan oleh Shaharuddin Abdullah, Salleh Ibrahim dan Zawawi Yusoff. Dalam perlawanan lain untuk Pusingan Pertama, Kumpulan A, Malaysia tewas 0-3 kepada Jerman Barat dan 0-6 kepada Maghribi. Skuad kebangsaan menduduki tempat kesepuluh daripada 16 buah pasukan secara keseluruhan.

Bagaimanapun, Sukan Olimpik Munich telah dicemari dengan “Peristiwa September Hitam” (Black September) yang terjadi pada 5hb September 1972. Sekumpulan 11 orang anggota skuad Olimpik Israel telah diculik oleh sekumpulan lelaki yang akhirnya membawa kepada kematian kesemua tebusan dan penculik serta seorang anggota polis. Olimpik Munich juga menyaksikan bermulanya era baru majlis perasmian sukan dunia, yang melibatkan ramai kanak-kanak, seniman dan penari. Kejayaan melayakkan diri ke Sukan Olimpik 1972 turut disusuli dengan kejayaan meraih Pingat Gangsa, Sukan Asia 1974. Kenangan.  

  • Barisan Pemain Malaysia: Chow Chee Keong, Wong Kam Fook, M. Chandran, N. Thanabalan, Lim Fung Kee, Soh Chin Aun, Zawawi Yusoff, Wong Choon Wah, Dell Akbar, Bahwandi Hiralal, Osman Abdullah, Salleh Ibrahim, Mohd. Bakar, Harun Jusoh, Shaharuddin Abdullah, V. Krishnasamy, Ali Bakar, Rahim Abdullah, Looi Loon Teik, Khoo Luan Khen, Lim Fung Kee, Namat Abdullah, Hamzah Hussein;
  • Pengurus: Dato’ Harun Idris;
  • Penolong Pengurus: Peter Velappan;
  • Jurulatih: Jalil Che Din.
***********************************************************

1 ulasan:

  1. Assalam tuan, yg PELIK dan SEDIH nya tn.syed ahmad tak tepilih pi olimpik. Walau apapun alasannya dia scorer semasa semi final dan game2 sebelumnya ke olimpik 72. Pelik..pelik..xfaham aku..sampai bila2 pun susah bolasepak kita nak maju..kalau mcmtulah gayanya..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...