Rabu, Disember 26, 2012

Edisi Sulung Piala FA: Perak lawan Selangor (1990).


Jang Jung, pemain import
Perak FA dari Korea Selatan.
S. Silvarajoo dan Jang Jung, bersama Piala FA 1990.

Azizol Abu Haniffah.
Jijon, lagenda bola sepak Malaysia.
Sedikit tentang beliau di sini:
http://chedinsphere.blogspot.com/2011/10/azizol-abu-haniffah-lagenda-yang-tak.html
Datuk M. Karathu,
jurulatih Perak FA, 1990.
 
Dari sisi berbeda.
Piala FA: Trofi lagenda.
Kyi Lwin dari Myanmar, masih mahu
beraksi dalam perlawanan Piala FA 1990 untuk
Perak FA, meski dua jarinya disahkan retak oleh doktor.
Skuad Seladang.
Skuad Merah-Kuning, 1990.
Stromsik cuba menyelamatkan bola daripada 
dirampas oleh Azizol Abu Haniffah. Turut 
kelihatan, A. Jayakanthan.
Aung Naing dari Myanmar, menjaringkan gol
untuk Perak FA, menewaskan Karel Stromsik, penjaga 

gol Selangor dari Republik Czech, yang pernah
beraksi dalam Piala Dunia 1982. 
Turut kelihatan, 
Nidzam Adzha Yusoff dan Ismail Ibrahim.
Nidzam Adzha Yusoff, Azizol Abu Haniffah
dan penyokong setia Perak FA.
Azizol Abu Haniffah bersama
Kinta Express (P. Ravindran, terlindung)
dan Piala FA 1990.
Perak FA, Juara Piala FA 1990.
Raja Ahmad bersama puluhan ribu
penyokong setia Seladang.
TS Ramli Ngah Talib, DS Raja Ahmad Zainuddin, 
Jijon, Datuk M. Karathu dan DYMM Sultan Azlan Shah.

1.0 Perlawanan Epik
Pada tahun 1990, pasukan Seladang telah menjuarai Piala FA yang dianjurkan buat julung kalinya, selepas menewaskan Selangor FA, 4-2. Asalnya, Perak FA ketinggalan 0-2 pada separuh masa pertama, sebelum bangkit untuk menjulang piala tersebut. Pengurus Perak pada ketika itu ialah Dato Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Omar dan jurulatih, M. Karathu (kini Datuk). Ketua pasukan Perak FA ketika itu ialah lagenda negara,  Azizol Abu Haniffah. Walaubagaimanapun, Selangor berjaya membalas dendam terhadap kekalahan tersebut, apabila menjuarai edisi kedua Piala FA, menerusi jaringan Ismail Ibrahim. Selangor menang 1-0.

2.0 Slogan ‘Kejor Yob Kejor’
Dikatakan bahawa slogan “Kejor Yob Kejor” menjadi popular selepas Perlawanan Akhir Piala FA 1990. Penyokong Selangor yang terlalu gembira selepas pasukan mereka mendahului 2-0, menyindir penyokong Perak dengan sorakan “Kejor Yob Kejor”, iaitu bagi tujuan mencabar Perak untuk “mengejar” defisit jaringan tersebut. Bagaimanapun, dikatakan juga bahawa, penyokong Perak kemudiannya menggunakan slogan tersebut sebagai kata-kata semangat buat pasukan mereka, sebelum meraikan kejayaan bersejarah, mengejar Selangor dan mendahului 4-2 pada separuh masa kedua.

3.0. Lagu Penyokong Perak
Sepertimana penyokong pasukan bola sepak yang lain, penyokong skuad Seladang turut mempunyai lagu penyokongnya sendiri. Antara yang paling popular ialah lagu “Ipoh Mali”. Lagu ini mempunyai nada dan irama yang sama dengan lagu “When The Saints Go Marching In.” Terdapat pendapat yang menyatakan bahawa lagu ini menjadi popular selepas Perak memenangi Piala FA yang pertama pada 1990.

-------------------------------------------------------------------

Rujukan dan Pautan:
  1. https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10202695325453736&set=a.2154406469172.128408.1516744003&type=1&theater&notif_t=like;
  2. http://www.facebook.com/norazmi.mahmood;
  3. http://www.facebook.com/azizol.abuhaniffah;
  4. http://www.facebook.com/media/set/?set=a.453980207964703.115484.360654577297267&type=3;
  5. http://pafanews.com/2011/09/04/revisiting-my-football-legend-schoolmate-azizol-abu-haniffah/;
  6. http://thru-the-zuiko.blogspot.com/2010/10/zuiko-and-football-legend.html;
  7. http://www.harimaumalaya.com/forum/index.php/topic/4-azizul-abu-hanifah/;
  8. http://ms.wikipedia.org/wiki/Bola_sepak_Malaysia_1990-an;
  9. https://www.facebook.com/bolasepaksarawak.

1 ulasan:

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...