Jumaat, Disember 14, 2012

Piala AFF Suzuki 2012: Sebuah gambus luka.


Sebuah gambus luka.
Komponen gambus.
Safiq Rahim, Khairul Fahmi dan Safee Sali,
sewaktu pelancaran jersi baru Harimau Malaya.
Anggota skuad Harimau Malaya, bersama jersi baru
yang tidak dipakai langsung sepanjang
Kejohanan Piala AFF Suzuki 2012.
Bergambar kenangan bersama tauke durian
di sebuah selekoh di Slim Pos, dalam perjalanan
menuju ke Cameron Highlands. Adik yang comel ini
berniaga sendirian, kerana rumahnya terletak berdekatan
dengan gerai ini. Peminat Safee Sali katanya.
Datuk K. Rajagopal dan ketua pasukan
kebangsaan, Safiq Rahim. Meskipun pakar bola mati,
Safiq gagal mempamerkan aksi cemerlang untuk skuad kebangsaan. 
Amar Rohidan dan jurulatih kebangsaan.
Seperti Safiq, Amar juga gagal mempamerkan
aksi terbaiknya untuk edisi Piala AFF kali ini.
Skuad Piala Suzuki AFF 2008.
Skuad Juara Sukan SEA 2009.
Kenangan Sukan SEA 2009. 
Skuad cemerlang Piala Suzuki AFF 2010.
Kenangan. Kenangan.
Pengadil Korea yang menimbulkan kontroversi ini
pernah mengadili pertemuan Malaysia-Australia pada 2011.
Beliau telah dikasari secara tidak sengaja oleh pemain muda negara,
K. Rueben, sehingga menjadi bahan jenaka di Youtube. 
Kenangan Oktober  2011: Harimau Malaya tumpas 0-5
kepada Socceroos. Kita pernah menewaskan Socceroos
sewaktu Piala Jakartaraya sewaktu awal 90an.
Penyokong Malaysia di Bangkok, Thailand.
Sebahagian anggota Ultras Malaya yang hadir
ke Bangkok untuk memberikan sokongan.
Amar Rohidan gagal beraksi cemerlang,
tatkala Teerasil menjadi bintang Thailand.
Sebelum sepak mula: Malaysia-Thailand.
************************************
Peluruku habis
dan darah muncrat dari dadaku.

Maka  di saat seperti itu

kamu menyanyikan lagu-lagu perjuangan
bersama kakek-kakekku yang telah gugur
di dalam berjuang membela rakyat jelata.”

-- W.S. Rendra (Lagu Seorang Gerilya).

Piala AFF Suzuki 2012: Sebuah gambus luka.
Seperti yang kita sedia maklum, skuad Harimau Malaya tewas kepada skuad Gajah Perang, dengan agregat 1-3. Kita gagal untuk layak ke perlawanan akhir sekaligus tidak berjaya mempertahankan Piala Suzuki AFF 2010 yang dimenangi dengan penuh dramatik dan kobar semangat. Tidak sedikit yang mempertikaikan susunan taktikal oleh jurulatih kita. Selain bahagian tengah yang longgar dan gagal berfungsi sejak siri perlawanan eksperimen sehinggalah Kejohanan AFF 2012, kita dibingungkan oleh permainan lesu Harimau Malaya. Aksi yang dihidangkan oleh bahagian ‘defensive midfielder’ dan ‘centre back’ mengecewakan.

Jika bukan kerana ketangkasan dan kesungguhan Farizal Marlias, pasti lebih banyak gol yang berjaya diperoleh oleh Thailand. Sejelasnya, banyak keputusan pengadil, Lee Min Hu dari Korea yang boleh dipertikai. Tapi itu tak boleh dijadikan alasan kukuh untuk menutup kelemahan skuad negara -- yang akhirnya terpaksa berjuang dengan 10 orang pemain. Kita sepatutnya tunjukkan permainan terbaik sewaktu di Stadium Bukit Jalil. Jika keputusan baik di sini (Bukit Jalil), tak perlulah pasukan terlalu tertekan bila beraksi di Bangkok. Sementelahan, pemain juga seharusnya lebih menghargai penyokong yang hadir hingga sejauh Bangkok, berkorban wang ringgit, cuti tahunan, masa dan kelapangan untuk memberikan sokongan kepada Harimau Malaya. Sekurang-kurangnya, meski kalah, berilah tepukan hormat kepada penyokong. Budaya ini belum meresap ke dalam jiwa pemain kita.

Bukan sahaja kita gagal mempertahankan Piala Suzuki AFF, ‘ranking’ kita juga jatuh merudum. Ini akan memberi kesan besar kepada maruah skuad negara. Apa pun, memperoleh kejayaan itu lebih mudah daripada mempertahankannya. Usahlah hanya menuding kepada pengadil. Cermin dulu kemampuan dan taktikal kita. Jangan hanya sokong waktu menang. Lumrah bersukan: ada menang-ada kalah. Demikianlah, realiti tak selalunya indah. Tapi, andai tewas, biarlah bermaruah. Kejayaan bukan satu penamat; dan kegagalan bukan satu pengakhiran. Ini adalah peluang untuk kita bangkit semula: kali ini dengan strategi dan semangat yang lebih matang dan segar. Sesungguhnya, kegagalan itu adalah satu kejayaan, jika kita mahu dan mampu untuk belajar memperbaiki pencapaian lalu. Perjalanan kita masih jauh. Berpijaklah di atas lantai kenyataan, tatkala menanam impian setinggi langit kehidupan. Buat semua anggota skuad Harimau Malaya, terima kasih atas usaha dan keringat yang diberikan. Selamanya Harimau Malaya.

Entri-entri berkaitan di sini:

********************************************
Sumber dan rujukan:
  1. http://www.facebook.com/photo.php?fbid=572575309425969&set=a.150394154977422.32356.147222898627881&type=1&ref=nf;
  2. http://www.medkom.my/v5/index.php?option=com_content&view=article&id=201:gambus-tak-lapuk-dek-hujantak-lekang-dek-panas&catid=35:seni&Itemid=92;
  3. http://www.footballkitnews.com/8111/new-malaysia-home-jersey-2013-harimau-malaya-nike-new-kit-2012-2013/;
  4. http://www.facebook.com/photo.php?fbid=476106349107193&set=a.151387444912420.39752.148357385215426&type=1&relevant_count=1;
  5. http://portalsukan.com/wp-content/uploads/2012/12/aff.jpg;
  6. http://www.facebook.com/photo.php?fbid=376802202412731&set=a.104636946295926.8084.100002488630856&type=1&relevant_count=1.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...