Khamis, Mei 17, 2012

BBB: Borak dan Bedah Buku.


Bersama Brother Black dan Amirull.
Menghadiahkan Brother Black senaskah Wajah Hati Redha. 
Buku Jalanan.

Buku Jalanan.
Alhamdulillah, Sabtu lepas, saya bersama sepupu, Amirull dan sahabat, Yon, berkesempatan menghadiri acara “Buku Jalanan” yang dijalankan di Taman Tasik Shah Alam (bersebelahan Wet World). “Buku Jalanan” merupakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh sekumpulan anak muda yang percaya, bahawa dengan membaca, pastinya membina daya, seterusnya membina masyarakat berilmu. Antara aktiviti yang dianjurkan ialah peminjaman dan pemulangan bahan bacaan secara percuma; conteng-conteng oleh anak anak kecil dan aktiviti ‘bedah buku.’ Pada hari tersebut (Sabtu), acara ‘bedah buku’ mengupas dua karya besar: “Dunia Sophie” (Jostein Gaarder) dan “Bersama Anwar ke Penjara” (Kamarazaman Yaakob). Dengan falsafah “Membenih ilmu, mengakar pengetahuan”, Buku Jalanan yang dianjurkan pada kekerapan dua minggu sekali, adalah aktiviti – nan mesra ilmu dan seni -- yang mesti kita semua hadiri.

*************************************************
Prof. Dr. Awang Sariyan,
Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Borak Buku.

Borak Buku.
Pada hari Ahad pula, di Coffee Beans, KL Sentral, Ketua Pengarah DBP, Profesor Dr. Awang Sariyan berkongsi kisah pembacaan beliau di meja “Borak Buku”. Selain terkenal sebagai pejuang dan pendidik bahasa, beliau juga telah menghasilkan pelbagai buku dalam bidang berkenaan. Dr. Awang Sariyan memilih buku ‘Rihlah Ilmiah’ (Prof. Dr. Wan Mohd Nor) untuk dibicarakan. “Borak Buku” adalah acara santai yang membuka ruang kepada khalayak pembaca untuk mendekati tokoh jemputan dan buku pilihan beliau. Kedua-dua acara ini – Buku Jalanan dan Borak Buku -- terbuka dan percuma kepada semua lapisan pembaca dan masyarakat. Ayuh kita budayakan tabiat mebaca. Selamat mengunyah buku dan mengamalkan pengetahuan. Salam. 

*********************
Sumber:
  1. http://kembarabahasa.blogspot.com/;
  2. http://www.facebook.com/bukujalanan;
  3. http://www.facebook.com/BorakBuku;
  4. http://www.facebook.com/events/287860251306034/; dan
  5. http://www.facebook.com/events/133756863424011/.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...