Sabtu, Mei 05, 2012

Topi keledar mainan dan sebuah kesayuan hati.





Entah kenapa, hati rasa terusik bila membaca entri ini:


‎"Lantas saya menyedekahkan Al-Fatihah pertama buat arwah (Bob Kuman) sebelum jenazah ditutup menggunakan kain.

Sewaktu 2 kakitangan hospital bergerak keluar dari bilik, saya terpandang dua topi keledar mainan diletakkan di atas almari berhampiran katil arwah.

Biarpun berat tubuhnya sewaktu hidup dilaporkan melebihi 200 kilogram, di hatinya tersemat sifat anak kecil, menggemari permainan sebegitu barangkali untuk menghiburkan sanubarinya ketika terluka berikutan sifat beberapa manusia sebelum ini menjadi kenalannya.

Untuk rekod, topi terbabit mempunyai pembesar suara di bahagian dalam. Jika pengguna bercakap sewaktu memakai topi itu, suaranya bertukar menjadi besar seperti suara robot.

Untuk rekod, jenazah Bob dimandi dan disembahyangkan di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor sebelum dibawa ke rumah keluarga arwah di 1763 Kampung Sega Tengah, 71200 Rantau Negeri Sembilan." 



-- (petikan dari blog www.mazidulakmal.com)


Al-Fatihah sekudusnya, buat Bob Kuman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...