******
Abang Meor : Sembang Tepi Jalan.
Alhamdulillah,
semalam, dapat juga saya bertemu dan berbual dengan seniman besar ini: Meor
Yusof Aziddin. Saya
percaya, sesiapa yang pernah -- dan selalu – bertandang ke Stesen Sentral KL,
pastinya pernah melintasi seorang lelaki yang sedang asyik ber‘busking’.
Sebut
sahaja lagu apa dan siapa: daripada Blues ke Folk;
daripada Iwan Fals ke SAKRAT; pasti halwa telinga kita
disegarkan dengan lantunan suaranya. Beliau pernah terlibat menghasilkan
10 buah album indipenden (indie) sejak tahun 2000 sehingga 2011. Merupakan
seorang “professional busker” di
Stesen Sentral KL sejak 2010, beliau turut menulis di http://www.pestajiwa.net/.
Lebih
dikenali dengan nama ‘Meor’ (Seniman Pyanhabib menggelarkannya, ‘Meor Susah’), beliau turut menghasilkan
album dan mengarang buku. Saya sangat senang kerana setiap isi perbualan beliau
cukup berseni: ringkas dan santai, tapi berisi.
Sewaktu
saya bergegas untuk ke acara ‘Borak Buku’ yang dijalankan di warung kopi
mahal berdekatan, Abang Meor sempat menurunkan autograf pada halaman awal
bukunya yang saya beli, ‘Sembang Tepi
Jalan’.
Antara
yang dinukilkan di dalam ‘Sembang Tepi Jalan’:
“...Sembang
Tepi Jalan ceritanya ditulis sekali lalu dan ianya emosi saya di waktu itu
tatkala menulis. Sebahagiannya adalah pendapat peribadi (point of view) dan
sebahagiannya adalah imaginasi. Menyentuh tentang siri ‘Syurga Yang Hilang’,
saya harap ada sikap keterbukaan kita dalam menilai apabila membaca novel ini.
Biasalah cerita, ada watak baik dan sebaliknya. Nampak juga seakan Adam sebagai
seorang free-thinker yang penuh dengan keegoan dengan fahaman yang dipegangnya.
Walau apa pun, di penghujungnya masih juga ada sinar selagi dalam diri kita ada
sikap jujur dalam mengenal, bagi sayalah. Jadi apa yang baik di dalam novel
tersebut, kita ambil dan tak baik kita jadikan sempadan...”
Sewaktu
saya menghulurkan tangan jabat dan menghadiahkan beliau naskah Wajah
Hati Redha, beliau terus menerima dengan senang seraya berkata, “...Terima
kasih sahabat. Hidup ini perjalanan, bukan tujuan!”
Lagu
Pak Iwan Fals, Bunga Kehidupan, tenang
bergema di gegendang telinga saya, tatkala telefon genggam Nokia -- edisi lama
-- bergegar dari dalam kocek baju, menjerit-jerit minta diangkat.
*****
saya pun berkesempatan jumpa abang Meor, ada tulis kat sini: BERSAMA MEOR PESTA JIWA
BalasPadamOh, bagusnya. Bersamalah kita hargai seniman dan budayawan kita. :)
Padam