Isnin, Disember 12, 2011

Bacaan: Novel Ali Sastro (Ruhi Hayat).


Ahmad Boestamam, pejuang.
Pak Boes, sewaktu
hari-hari akhir hayatnya.
Pak Boes sewaktu usia mudanya.
3hb Disember 1959: Sekitar Istiadat Hari Kebangsaan Singapura, di mana abang kepada Encik Aziz Ishak (Menteri Pertanian), Encik Yusof Ishak dilantik menjadi Yang Dipertuan Negara Singapura yang pertama. Rombongan Malaysia yang hadir terdiri daripada wakil Kerajaan Perikatan, Encik Aziz Ishak dan pemimpin pembangkang seperti Dr Burhanuddin al-Helmy dan Datuk Ahmad Boestamam.

Pada 3hb Julai 1965, Encik Yusof dijadikan Canselor Universiti Kebangsaan Singapura. Beliau (Encik Yusof Ishak) dilantik sebagai Yang di-Pertuan Negara Singapura pada 3 Disember 1959, menjadikan beliau orang tempatan pertama memegang jawatan tersebut. Pada 9hb Ogos 1965, apabila Singapura berpisah dari Malaysia dan menjadi negara yang berdaulat, Encik Yusof dilantik sebagai Presiden yang pertama Republik Singapura. Beliau dilantik sekali lagi untuk empat tahun dari 4 Disember 1967. Encik Yusof Ishak meninggal dunia pada 23hb November 1970 di Singapura dan disemadikan di Perkuburan Negara Kranji.
Pak Boes bersama anakandanya, Pak Rustam A. Sani (Allahyarham), yang dianggap antara ‘cendekiawan awam’ yang penting di Malaysia. Pak Rustam merupakan seorang ahli akademik, penulis kolum dan penyair – selain terlibat dalam pelbagai kegiatan politik, sosial dan sastera. Sebagai ahli akademik dan penganalisis, beliau pernah bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya dan ISIS Malaysia.
Ali Sastro, karya Pak Boes.


*************

Beda-nya jauh sekali. Seni untok masharakat memandang masharakat sa-cara keselurohan-nya, sedang universal humanism memandang manusia dalam individu2-nya.” – Ahmad Boestamam (Ali Sastro).

*************

Ini tanda-nya masharakat kita sekarang ini pinchang. Kepinchangan masharakat ini-lah yang harus kita betulkan. Kita mesti melawan dan kita mesti menentang. Dengan kata2 dan dengan perbuatan sa-kali.” – Ahmad Boestamam (Ali Sastro).

*************

Novel Ali Sastro (Ruhi Hayat).
Citra di atas merujuk kepada novel yang saya sayangi, karangan tokoh kemerdekaan tanah air, Almarhum Ruhi Hayat (Pak Boestamam atau Abdullah Sani bin Raja Kechil). Ruhi Hayat memang tiada dapat dipisahkan daripada kalangan peminat-peminat novel. Menerusi naskah ini, beliau telah berjaya mencipta sebuah novel yang agak berlainan sedikit coraknya dengan novel-novel yang lain. Saya paling terkesan dengan kisah lucu: bagaimana watak Ali yang asalnya dikenali sebagai ‘Ali Sukarno’ (kerana kepetahannya berpidato); menipu para pelanggan yang mahu membeli ubat-ubatan yang dijual oleh beliau. Ali menjual ‘ubat nyamuk’ yang dibungkus dengan kertas dan ‘pil chikam’ yang didakwa sebagai ubat sakit perut.

Alangkah marahnya para pelanggan beliau, bilamana mereka akhirnya mengetahui bahawa ‘ubat nyamuk’ yang dibungkus itu hanyalah sekadar kertas yang berisi tulisan ‘ubat nyamuk adalah kelambu’. Sementelah, ‘pil chikam’ yang dijual Ali rupa-rupanya adalah tahi kambing. ‘Chikam’ adalah gabungan perkataan ‘chirit’ (tahi) dan ‘kambing’. “Ali Sastro” mengisahkan pergolakan masyarakat yang suka hidup berpura-pura untuk mendirikan masyarakat perseorangan. “Ali Sastro” perlu mengikuti zaman peredaran, menaruh janggut dan misai panjang -- kemudian mengikut pula keadaan perubahan yang terbaharu membuang misai dan janggutnya. Tetapi, menaruh rambut panjang -- Rambut The Beatles. Karya lucu berjudul “Ali Sastro” ini mempunyai pengajaran yang sarat dan pengaruh Indonesia yang agak kuat – diterbitkan oleh Pustaka Pendidekan Sendirian Berhad pada 1968.

* Untuk kupasan ringkas berkenaan buku Mahasiswa Menggugat, boleh rujuk pautan ini:

7 ulasan:

  1. Hehe. Kalau yang minat lawak klasik (lawak-ala-P.Ramlee), novel ni memang bagus la.

    * Cuba teka harga novel ni masa abang beli? :)

    BalasPadam
  2. Eika baca belum pernah lagi baca buku lagu ni..tu yang sekarang nak tukaq sikit kiblat pembacaan. Nak jadi cikgu kan~ ehe

    well, kalau buku lama macam ni mesti berapa ringgit la sangat kan~ :P

    BalasPadam
  3. RM1 je, beli kat Bazaar Chowrasta, Pulau Pinang. hehe. Tapi, abang sayang sangat novel ni. Sebabnya, dah tak dijual, dan ditulis oleh idola abang.

    Hm, kalau mahu ubah paradigma, banyakkan baca karya Faisal Tehrani dan Shahnon Ahmad. Ringan dan berat; untuk jadi pengubat minda rawan. :)

    BalasPadam
  4. Eika memang tengah cari tulisannya Faisal Tehrani pun.

    urm Shahnon Ahmad bukan penulis jalur politik ke? Yang macam mana ya? Kalau politik yang lebih kepada sebelah pihak saja Eika tak minat..ehe :)

    BalasPadam
  5. Hehe. FT siap masuk unsur Syiah lagi, apalah sangat unsur politik? :)

    * Untuk Novel Sh*t, abang sendiri kurang berkenan dengan karya tu, meski abang faham apa yang SN Shahnon cuba sampaikan.

    Eika mesti baca 'Ranjau Sepanjang Jalan', 'Sampah' dan 'Rentong'. Semua tulisan SN Shahnon. Semua ditulis jaman 70an dan 80an.

    Sangat hebat dan mengesankan. :)

    BalasPadam
  6. * Sebelum baca Ranjau Sepanjang Jalan (RSJ), Eika perlu baca 'Keluarga Gerilya' (Pak Pramoedya). Sebab SN Shahnon tulis RSJ dengan banyak dipengaruhi oleh Keluarga Gerilya. ALLAH 'Alim. :)

    BalasPadam

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...