Sabtu, Disember 24, 2011

Al-Fatihah: Allahyarham Tan Sri Dr Hamid Othman

Al-Fatihah yang sekudusnya, buat Allahyarham Tan Sri Dr Hamid Othman, bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan Setiausaha Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM).

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada petang semalam (23 Disember 2011).

Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar besar untuk negara dengan merujuk kepada beberapa sumbangan penting beliau sepanjang hayatnya. Antara sumbangan Allahyarham yang paling penting, ialah memelihara serta mengembangkan hubungan baik di antara kerajaan Malaysia dan Arab Saudi, yang banyak membantu menyenangkan urusan jemaah haji dari negara ini. Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham.

Al-Fatihah.

Sumber: http://www.abim.org.my/component/content/article/6-laporan-aktiviti/317-al-fatihah-tan-sri-dr-abd-hamid-othman.html.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...