Logo ABIM.
|
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim,
Presiden ABIM. Juga mantan
Keranda 152 diusung buat kali pertama, pada 3hb Mac 1967. |
Datuk Dr. Hassan Ahmad (Allahyarhamhu) dan Pak Samad, dua tokoh pejuang bahasa tulen. |
Gambar atas: Sdr. Faisal Aziz (ketika itu Presiden PKPIM), bersama sahabat karibnya, Sdr. Abu Qassim (Allahyarhamhu). Dua aktivis mahasiswa yang berjasa. |
Pada 7hb Mac 2009, Keranda 152 diusung buat kali kedua, simbolik bantahan dasar PPSMI. |
11hb Februari 2016 (Khamis): Presiden ABIM, Sdr. Raimi bersama tokoh-tokoh bahasa, mengadap Baginda Sultan Perak, DYMM Sultan Nazrin. |
D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah, Permaisuri Johor telah berkenan berangkat bercemar duli ke Majlis Perdebatan di UTM Skudai. |
25hb Februari 2016 (Khamis): Presiden ABIM, Sdr. Raimi dan Prof Emiritus Abdullah Hassan, menyertai “My Great Debate” anjuran Pesuruhanjaya Tinggi British di UTM, Skudai. |
Dato' Dr. Ustaz Siddiq Fadzil, tokoh ilmuwan dan pejuang turut menentang PPSMI dan DLP. |
Prof. Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman turut membuat pembentangan. |
Seminar Hala Tuju Pendidikan Negara Siri 2 di UNISEL, Shah Alam dengan topik "DLP: Ancaman Pada Dasar Negara". |
20hb Februari 2016: Pertemuan di Pejabat Ketua Puteri UMNO dan Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, YB Dato’ Mas Ermieyati Samsudin, di Putrajaya. |
24hb Februari 2016 (Rabu): GMP menemui Presiden PAS, YB Dato' Seri Ustaz Hadi Awang di Pejabat Agung PAS, Kuala Lumpur, |
20hb Februari 2016 (Sabtu): Pertemuan dengan Biro Pendidikan AMANAH Nasional, di Wisma AMANAH, Taman Wahyu, Kuala Lumpur. |
Pertemuan GMP di bangunan Parlimen, bersama Ahli Parlimen dan pimpinan PKR dan AMANAH. |
Siri wacana dan forum penerangan Bantah DLP di kampus dan beberapa buah tempat di seluruh negara. |
Sdr. Hasni Abas, Setiausaha GMP dan aktivis bahasa, ditemubual oleh mobTV.my. |
Keranda 152 diusung buat kali ketiga pada 26hb Mac 2016 di hadapan Masjid Jamek, Kuala Lumpur, bagi membantah Program DLP. |
Pada 9hb April 2016, satu lagi perhimpunan aman dianjurkan bagi membantah Program DLP di Padang Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. |
KAMI
BANTAH PPSMI DAN DLP!
“Untuk kesekian kali, keranda ini bersemayam tanpa dibiarkan
bersemadi ditelan masa. Bukan merengek mohon dibelai. Sekadar ingin menjebat
agar maruah serta kehormatan dimartabatkan seadil-adilnya. Bahasa Jiwa Bangsa!” – Saudara Firdaus Hamsin, Exco Penyelidikan ABIM
Pusat.
Salam.
Tahniah diucapkan kepada The Patriots dan penulis, di atas keprihatinan
terhadap perjuangan memartabatkan Bahasa Kebangsaan.
Kalau
boleh saya betulkan sedikit fakta di dalam artikel ini, ‘point’ nombor 23
menyatakan bahawa Keranda 152 diusung lagi pada tahun 2009 atas ‘kemelut
Program Dwibahasa atau Dual Language Programme (DLP) di sekolah-sekolah.’
1.
Keranda 152 diusung buat kali pertama pada 3hb Mac 1967 di bangunan Parlimen,
Jalan Mahameru, Kuala Lumpur, apabila kerajaan tidak menepati janji untuk
menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa dalam bidang
kehakiman.
2.
Pada 7hb Mac 2009, Keranda 152 diusung sekali lagi buat kali kedua sebagai
bantahan terhadap isu PPSMI, dari Masjid Negara ke Istana Negara, Kuala Lumpur.
3.
Selanjutnya, Keranda 152 diusung buat kali ketiga pada 26hb Mac 2016 di hadapan
Masjid Jamek, Kuala Lumpur, bagi membantah Program DLP, yang dilihat sebagai
‘penjenamaan semula’ PPSMI.
4.
Pada 9hb April 2016, satu lagi perhimpunan aman dianjurkan bagi membantah
Program DLP di Padang Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.
5.
Hakikatnya, Program DLP hanya diumumkan oleh YAB Perdana Menteri menerusi
pengumuman bajet (belanjawan) pada tahun 2016.
6.
Hal ini menyebabkan para pejuang bahasa dan NGO menerusi ‘Gerakan Mansuh
PPSMI-Bantah DLP’ (GMP) membuat bantahan menerusi pelbagai saluran, bagi
menyuarakan keprihatinan rakyat terbanyak.
7.
Sama ada menerusi penganjuran forum, seminar, penulisan artikel, surat,
penerbitan buku, mahu pun pertemuan dengan pimpinan UMNO, PAS, PKR dan AMANAH, semua
dilakukan atas kecintaan terhadap Bahasa Melayu.
8.
Malahan, pertemuan 11hb Februari 2016 (Khamis), Presiden Angkatan Belia Islam
Malaysia (ABIM), Sdr. Mohamad Raimi Ab Rahim, bersama delegasi bijak pandai
Melayu, mahaguru bahasa, sasterawan, budayawan dan saintis mengadap Baginda
Sultan Perak, DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Sultan yang bijaksana -
membincangkan masa depan anak bangsa.
9.
Pada 25hb Februari 2016 (Khamis), Presiden ABIM, Sdr. Raimi serta tokoh bahasa,
Prof Emiritus Abdullah Hassan, telah menyertai Program “My Great Debate”
anjuran Pesuruhanjaya Tinggi British di Malaysia dengan kerjasama BFM Radio,
University Nottingham Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia dan National
Building School diadakan di Dewan Senat, UTM.
9.1.
D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor
telah berkenan berangkat bercemar duli ke Majlis Perdebatan ini.
10.
Sesungguhnya, kita tidak menentang penguasaan lebih daripada satu bahasa.
11.
Malahan, kita menyokong High Immersive Programme (HIP); untuk memperkasakan
Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.
12.
Namun, kita menentang pembelajaran dan pengajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris menerusi DLP; kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan
Persekutuan.
13.
Di samping itu, kajian telah membuktikan bahawa PPSMI (dan kini DLP) bukan
sahaja tidak membantu memperkasakan Bahasa Inggeris. Malah, prestasi murid
dalam subjek Sains dan Matematik juga merosot.
----------------------------------------------
Mohon
sebar luas dan tularkan:
a)
Page Facebook: “Gerakan Mansuh PPSMI - GMP #Bantah DLP”:
dan
Blog:
“Gerakan #BantahDLP”: http://bantahdlp.blogspot.my/
Terima
kasih.
--------------------------
--
Zairudin Hj Hashim (Che Din),
Exco
Media, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
-------------------------------------------------
Sumber
dan rujukan:
- http://jihadmalaya.blogspot.my/2009/03/gambar-gambar-eksklusif-ketika-demo.html’
- http://polokelab.blogspot.my/2016/03/seminar-hala-tuju-pendidikan-negara-2.html;
- http://media.unisel.edu.my/latest-news/8-achievements-of-unisel/241-utamakan-bahasa-melayu;
- https://aye83.wordpress.com/page/2/
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan