Isnin, Jun 24, 2013

Anugerah Bola Sepak Negara 1996.


Kenangan Anugerah Bola Sepak Negara (ABSN) 1996.
Tahun 1996 dilihat sebagai tahun di mana bola sepak kebangsaan ‘bernafas’ semula selepas tragedi ‘taufan bookie’ yang melanda bola sepak negara sekitar 1993-1995.
Dengan kemeriahan penonton yang hadir ke stadium, penjenamaan Liga-Malaysia (Liga-M) bersama maskot-maskot pasukan negeri, pemain import yang berkualiti serta kejayaan menjadi Naib Juara Piala Tiger 1996 (tewas 0-1 kepada Thailand), ABSN dilihat sebagai wadah penghargaan buat pemain-pemain tempatan yang berusaha gigih meskipun ramai pemain berpengalaman yang digantung kerana skandal rasuah.
Ketika ABSN berlangsung, sedikit insiden teknikal berlaku, bilamana pengacara majlis tersilap mengumukkan Darren Stewart sebagai penerima Anugerah Pemain Import Terbaik, sehinggakan pemain tersebut telah naik ke atas pentas dan menerima trofi. Pemenang sebenar ialah Merzagua Abderrazak (Pulau Pinang FA).
Antara pemain yang menerima anugerah ketika itu ialah B. Rajinikandh, Zainal Abidin Hassan, Azman Adnan, K. Sanbagamaran, Khairul Azman Mohamed dan Che Zambil Ahmad. Berikut adalah senarai penerima ABSN 1996:
  • Pengurus Terbaik: Dato’ Aini Mohd Taib (Selangor FA);
  • Jurulatih Terbaik: Ronald Smith (Sabah FA);
  • Pengadil Terbaik: V K S Sinnaya (Johor FA);
  • Pemain Tempatan Terbaik: Zainal Abidin Hassan (Pahang FA 1996, Selangor FA 1997);
  • Pemain Import Terbaik: Merzagua Abderrazak (Pulau Pinang FA);
  • Pemain Harapan Terbaik: Che zambil Ahmad (Kedah FA);
  • Penyerang Terbaik: Azman Adnan (Selangor FA);
  • Pemain Pertahanan Terbaik: B. Rajinikandh;
  • Pemain Tengah terbaik: K. Sanbagamaran (Selangor FA);
  • Penjaga Gol Terbaik: Khairul Azman Mohamed (Sabah FA);
  • Tokoh Bola Sepak Negara: Dato’ Harun Idris;
  • Kelab Penyokong Terbaik: Selangor Soccer Fans Club (SSFC);
  • Prestasi Pasukan Remaja Terbaik: Selangor.
Tahun 1996 dilihat sebagai peluang untuk rakyat Malaysia menyaksikan kebangkitan bola sepak tanha air. Namun, negara dikejutkan dengan peristiwa kekalahan terhadap Laos ketika Sukan SEA 1997 di Jakarta. Laos yang telah mengkaji secara teliti taktikal permainan Malaysia, berjaya mengunci pergerakan pemain kebangsaan, seterusnya mengamalkan corak permainan bertahan selepas menjaringkan gol tunggal perlawanan. 

Kekecewaan ini bagaimanapun berjaya diubati seketika dengan kejayaan menjuarai Pestabola Merdeka 2007; Piala Suzuki AFF 2010; Sukan SEA 2009 dan Sukan SEA 2011. Semoga Harimau Malaya serta Liga-M bangkit semula, atas nama tanah air tercinta. Hidup Malaysia kita. Padu.
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...