Antara 'pengganas/militan' yang berjaya dibunuh
oleh Tentera Rejim-Zionis: Anak-anak kecil yang tidak berdosa.
Molek kiranya kita semua menghafal
doa pendek ini, in sya ALLAH.
Kobar jiwa semangat.
Solidariti untuk anak-anak Ghazzah-Palestin. Padu!
-----------------------------------------------------------------------
I
Salam.
Setiap
tahun apabila sampai tanggal 27hb Rejab, umat Islam di seluruh dunia akan
mengadakan majlis sambutan peristiwa Israk dan Mikraj. Israk dan Mikraj berlaku
pada 27hb Rejab, setahun sebelum Hijrah Rasulullah SAW dari Mekkah ke Madinah. Apabila
berbicara tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan akan
terbayang kisah perjalanan Rasulullah S.A.W bersama malaikat Jibril dan Mikail
yang boleh dibahagikan kepada dua fasa:
Fasa
Pertama: Peristiwa Israk.
Peristiwa
‘Israk’ ialah perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di
Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin. Peristiwa ini terakam di
dalam Al-Quran, sepertimana firman ALLAH SWT yang bermaksud:
“Maha Suci ALLAH yang telah menjalankan
hamba-NYA (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil-Haraam (di Mekah) ke
Masjidil-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk
memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami.
Sesungguhnya ALLAH jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah
Al-Israa’: 1).
Fasa Kedua: Peristiwa Mikraj.
Kedua,
Peristiwa ‘Mikraj’ iaitu perjalanan Baginda SAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratul-Muntaha
di langit yang ketujuh, dekat singgahsana ALLAH SWT sepertimana yang
digambarkan oleh Al-Quran yang bermaksud:
“Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah
melihat (malaikat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi di sisi
“Sidratul-Muntaha”; yang di sisinya terletak syurga “Jannatul-Makwa”. (Nabi
Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah)
semasa “Sidratul-Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib,
yang tidak terhingga. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada
menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan
melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya ia telah melihat
sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya
pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya.” (Surah An-Najm: 13-18).
II
Oleh
itu, Israk Mikraj dapat disimpulkan sebagai satu perjalanan kilat Nabi Muhammad
pada malam hari atas kudrat dan iradat ALLAH SWT dari Masjidil Haram ke
Masjidil Aqsa, kemudian naik ke langit sampai ke Sidratul Muntaha, bahkan ke
Mustawa dan sampai di bawah Arasy ALLAH SWT (suatu tempat di mana alam ini
diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Mekah pada
malam yang sama.
III
Pastinya
peristiwa besar Israk dan Mikraj ini mengingatkan kita betapa pentingnya untuk
kita mempertahankan maruah rakyat palestin dan kesucian Masjid Al-Aqsa daripada
terus dicemari oleh kekejaman Rejim Zionis Israel. Sementelahan, seperti yang kita sedia maklum,
Peristiwa Israk dan Mikraj tidak hanya berlegar seputar kisah pengembaraan ‘kilat’
Nabi Muhammad SAW ke Arasy ALLAH SWT. Ada banyak hikmah dan pengajaran di
sebalik peristiwa agung ini. Antaranya ialah keutamaan mengucapkan ‘salam’, di
mana Nabi Muhammad tidak pernah lupa memberi ‘salam’ kepada Rasul yang Baginda
SAW temui. Ayuh, sebarkan salam dan kesejahteraan. Damai…
Segala
puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia
Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah
menuruti baginda hingga ke hari kiamat. Juga, Salam Israk dan Mikraj buat semua
sahabat yang budiman.
--------------------------------------------
Sumber
dan rujukan:
- http://footbalmania.shawweet.com/en/I85/Ronaldo.supports.palestine;
- http://rt.com/news/israel-gaza-strike-election-758/;
- http://www.ciibroadcasting.com/2012/06/14/world-soccer-rallies-in-support-of-palestine/.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan