Khamis, Januari 14, 2016

PERKEMBANGAN KES SAMAN ABIM-TPPA.


PERKEMBANGAN KES SAMAN ABIM-TPPA.
12hb Januari 2016 (Selasa): Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menolak permohonan tiga buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang cuba menghalang kerajaan daripada menandatangi perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).
Hakim Datuk Hanipah Farikullah menolak permohonan semakan kehakiman yang difailkan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Saudara Haji Mohamad Raimi Ab Rahim; Presiden Urusetia Menangani Gejala Sosial (Unggas Malaysia) Saudara Nurfitri Amir Muhamad; dan Naib Presiden Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Melayu Malaysia (Teras), Saudara Ahmad Tarmizi Sulaiman, selepas membenarkan bantahan awal yang dikemukakan Jabatan Peguam Negara.
Ketika ditemui pemberita, Peguam, Tuan Mohamed Hanif Khatri Abdulla berkata, mahkamah membuat keputusan itu atas alasan perjanjian TPP masih belum dimeterai oleh kerajaan.
Dalam permohonan itu, mereka memohon untuk diberi kebenaran di bawah Aturan 53 Kaedah 3, Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 untuk memulakan prosiding semakan kehakiman berhubung beberapa perkara melibatkan perjanjian TPP.
Presiden ABIM yang ditemubual para wartawan menyatakan, “Saya ingin tegaskan peringkat awal ini ABIM bersama TERAS, UNGGAS serta NGO-NGO lain akan terus membantah TPPA. Kita percaya sistem kehakiman sebagai “ultimate interpreter” kepada Perlembagaan Persekutuan, mempunyai hak serta bidangkuasa untuk mengahalang perjanjian ini, daripada ditandatangani, kerana bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Atas sebab itu, kami hadir ke sini bersama teman-teman NGO untuk memastikan rakyat Malaysia diwakili serta mendapat hak untuk menyampaikan hasrat mereka menerusi sistem perundangan,” tegas Saudara Raimi.
Terdahulu, pada 4hb November 2015, bertempat di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur, ABIM telah menfailkan permohonan Semakan Kehakiman terhadap Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri & Kerajaan Malaysia sebagai Responden mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) di antara Malaysia, Australia, Brunei, Canada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Amerika Syarikat.
Sementelah, pada 11hb Januari 2016 (Isnin), para pimpinan ABIM telah mengadakan sesi perbincangan tertutup bersama Cik Puan Sanya Reid Smith (Penganalis TPPA & Third World Network @ Geneva). Taklimat ini diadakan di Sekretariat ABIM Pusat (SAP), Kuala Lumpur. Diskusi mendalam ini antara lain membincangkan tentang kesan TPPA kepada negara.
_____________________________________
Hasbunallah wanikmal wakil...
Ayuh; sejahterakan Malaysia dengan dakwah!
Salurkan infaq anda ke akaun ABIM : Bank Islam – 1402-3010-0112-19
ATAU
Melalui sumbangan atas talian yang disediakan oleh syarikat billplz.com :https://billplz.com/form/infaq-abim
ATAU
Sumbangan bulanan melalui auto debit : Whatsapp/SMS ke 013-2226057 butiran seperti Nama dan Alamat untuk urusan pengeposan borang Auto Debit.
_____________________________________
Sila “Like”, “Follow” dan “Share” Halaman FB: Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM):
https://www.facebook.com/ABIM.Malaysia/?fref=ts
_______________________________________
Hubungi Sekretariat ABIM Pusat melalui:
Tel: +6019-2881300/ 019-3836700 / +603 - 4108 4500
Fax: +603-4108 2400
Email: sap@abim.org.my
Website ABIM: http://www.abim.org.my/
Twitter ABIM: https://twitter.com/ABIM_24
Telegram ABIM: https://telegram.me/abim24
Youtube: https://www.youtube.com/user/mediabim
______________________________________
Sekretariat ABIM Pusat terletak di: No.6, Jalan TC 2A/2, Tmn Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur.
(Berhampiran Stesen LRT Taman Gombak dan Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati, Kuala Lumpur).


.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...