Logo ABIM.
|
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim,
Presiden ABIM. Juga mantan
PIMPINAN
ABIM ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS PENGARAH BAHAGIAN KESEJAHTERAAN RAKYAT,
PUTRAJAYA.
26hb
Ogos 2016 (Jumaat): Alhamdulillah, hari ini Presiden ABIM, Saudara Mohamad
Raimi Ab Rahim serta pimpinan ABIM; telah mengadakan kunjungan hormat ke atas
Pengarah, Bahagian Kesejahteraan Rakyat, Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan
(ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya.
Kunjungan
ini dijalankan sebagai salah-satu inisiatif untuk memastikan agenda sosial dan
kemasyarakatan yang digerakkan di seluruh negara oleh ABIM, dapat dijana dengan
berkesan.
Unit
Penyelarasan dan Pelaksanaan ini merupakan salah-satu agensi pusat di bawah
Jabatan Perdana Menteri, yang antara lain berfungsi sebagai penyelaras dan
pemantau usaha, antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, sewaktu
melaksanakan program-program pembangunan.
Semoga
kunjungan ini dapat melipat-gandakan lagi kerjasama strategik bagi menangangi
gejala sosial serta isu kemiskinan rakyat, khususnya dalam kalangan golongan
belia – baik di dalam mahupun luar bandar.Ayuh, sejahterakan Malaysia dengan
dakwah!
Sebarkan!
------------------------------------------
Jom,
daftar segera sebagai ahli ABIM di sini: http://www.abim.org.my/sekretariat/daftar-keahlian-online.html
Dan,
kenali ABIM di sini: https://www.facebook.com/notes/angkatan-belia-islam-malaysia-muslim-youth-movement-of-malaysia-abim/imbauan-sejarah-ringkas-angkatan-belia-islam-malaysia-abim/1293147514031232
----------------------------------
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan