Selangor
FA 2004, jersi selempang dan musim terakhir Man Turn dalam Liga-M.
Tahun
2004 menyaksikan pasukan Gergasi Merah cuba membuat kebangkitan, selepas MPPJ
FC membuat kejutan menjuarai trofi Piala Malaysia 2003 dengan kombinasi dua
bintang Argentina – Martelotto dan Arostegui yag dianggap sebagai gandingan
pemain tengah-penyerang paling berbisa dalam sejarah bola sepak moden Malaysia.
Arostegui pernah beraksi di samping lagenda Argentina seperti Juan Roman Riquelme
dan Sebastian Veron ketika era akademi belia Boca Juniors FC dan Piala Dunia
Belia. Arostegui menjadi Penjaring Terbanyak Liga Premier 2 2003 dengan 33 gol
daripada 22 perlawanan.
Tahun
2004 juga adalah tahun terakhir Azman beraksi sebelum mengumumkan persaraannya
sebagai pemain bola sepak profesional. Jersi yang digunakan pasukan ini adalah jenama Kronos, dan ketika beberapa perlawanan awal Gergasi Merah, mereka masih menggunakan jersi 2003, sebelum menyarung jersi ikonik selempang dan jersi home yang dipanggil Baju Badut, kerana corak baju dan seluarnya.
Dengan
menggunakan formula ala MPPJ, Selangor FA yang diurus oleh Dato’ Satim Diman mendapatkan
4 pemain dari Argentina – Brian Fuentes, Miguel Angel Gonzalez, Diego Cepeda, dan
Aldo Mores. Selangor yang ketika itu merupakan Juara Piala Malaysia 31 kali
(sebelumnya juara pada 2002), mengharungi musim hambar pada 2003. Ini membawa
kepada kehadiran Omar Ruben Larossa, jurulatih yang pernah berada dalam senarai
anggota skuad Argentina yang menjulang Piala Dunia 1978.
Namun,
nampaknya para pemain Argentina bergelut untuk mencari keserasian serta
menyesuaikan diri dengan corak permainan liga tempatan. Khidmat Miguel Gonzalez
yang beraksi di posisi tengah tepaksa ditamatkan gara-gara kecederaan lutut
serius. Cepeda dan Morres kemudiannya diganti pula dengan dua import Australia,
Ross Aloisi dan Ante Kovacevic.
Omar Ruben
Larossa (pengendali dari Argentina yang membawa Brian Fuentes ke Selangor FA), terpaksa
meninggalkan skuad Merah Kuning pada pertengahan musim, setelah aksi hambar
yang ditunjukkan pasukan. Kemudian, jawatan Larossa dipangku Ismail Ibrahim,
sebelum pengendali veteran dari Australia, Ken Worden mengambil-alih sementara untuk
kempen Piala Malaysia yang gagal.
Selangor
tidak berjaya dalam misi untuk layak ke Liga Super 2005 meskipun ia adalah
matlamat nombor satu ketika awal musim, selepas menamatkan saingan di tempat
kedua dalam Kumpulan A saingan Liga Premier 2004, di belakang Telekom Melaka FC.
Pasukan itu juga tersingkir daripada Piala FA 2004 selepas ditundukkan
Terengganu FA, 2-4 dalam pusingan ketiga. Dengan persembahan tidak konsisten,
Meskipun
melalui musim yang gagal, Brian Fuentes tampil mengubat duka apabila memenangi
Anugerah Kasut Emas Liga Premier 2004 dengan 25 gol, selain 5 gol dalam Piala
FA 2004. Dengan jersi selempang merahnya, Fuentes turut dihormati oleh
penyokong lawan, selain disayangi para penyokong Selangor yang sentiasa
berusaha bersalam dengannya setiap kali habis perlawanan.
Dollah
Salleh mengambil alih jawatan pengendali Gergasi Merah pada Disember 2004.
Jurulatih MPPJ FC yang juga penyerang legenda kebangsaan itu asalnya
menggantikan Ken Shellito pada Jun 2003, sebelum mencipta sejarah di pentas
Final Piala Malaysia 2003. Meskipun gagal mempertahankan Piala Malaysia yang
dimenangi pada 2003, Dollah berjaya menjulang trofi Piala Sumbangsih selepas
anak-anak buahnya menewaskan Negeri Sembilan FA.
Pada
2004, Azman beraksi sekurang-kurangnya sehingga perlawanan menentang TNB
Kelantan. Beliau dikelilingi oleh pemain-pemain baru belaka, antara lainnya Hardi
Jaafar yang masih muda, Fairuz Montana dan Razman Roslan yang melakukan ‘debut
year’ bersama skuad senior Selangor FA, Irme Mat pemain Kedah LADA, Rudie
Ramli, Shukor Adan (setahun sebelum jadi kapten pada 2005), Mohd Shahrizan
Ismail dari TNB Kelantan, Mohd Sany Fahmy dan Azlisham ‘Boy’ di posisi penjaga
gol, selain pemain veteran seperti Asroff Hanafiah, Mat Zahir Wahab dan Azrul
Amri Burhan.
Pada 4hb April 2004, Azman beraksi dalam perlawanan menentang TNB Kelantan di Stadium Shah Alam, yang berakhir Selangor tewas 0-2. Beraksi di padang basah, Azman mengalami kecederaan serius selepas diterjah oleh pemain lawan. Beliau kemudiannya digantikan dengan Amri Yahyah, wira Piala Malaysia 2002 Selangor. Ini merupakan aksi terakhir Azman dalam Liga Malaysia, dan kelibat terakhirnya sebagai penyerang legenda yang menyarung jersi Selangor FA pada 1993-1998; 2002; dan 2004.
---
- Majalah Arena Bola Sepak;
- Akhbar Utusan Malaysia;
- Akhbar New Straits Times;
- Hangpcdua Malaya;
- https://www.facebook.com/kheiriel;
- https://www.facebook.com/saiful.bahrimohammad.3;
- https://www.facebook.com/people/Muhammad-Azriq-Arzam/100009548121695;
- https://www.facebook.com/fairuzmontana.zainalabidin.
terbaekkkk
BalasPadam