- Match Worn (MW): Pernah dipakai pemain dalam suatu pertandingan.
- Match Issue (MI): Dipersiapkan untuk dipakai pemain dalam suatu pertandingan tetapi tidak dipakai kerana bersebab. Ia juga sebagai jersi cadangan untuk suatu perlawanan. Jersi ini sudah dilengkapi dengan patch dan nameset.
- Player Issue (PI): Jersi dengan spesifikasi sama seperti 2 jenis jersi di atas (MW & PI) namun belum pernah dipakai/dipersiapkan untuk suatu perlawanan. Jersi ini biasanya masih BNWT (Brand New With Tag) dan belum terdapat patch dan nameset.
- 3 jenis jersi (MW, MI, PI) di atas tidak dijual secara rasmi.
- Authentic/P2R: Jersi dengan spesifikasi seiras dengan 3 jersi yang disebutkan. Jersi ini dijual secara rasmi di kedai/toko apparel/club store. Walaupun memiliki spesifikasi bahan dan detail yang seiras, tetapi tetap ada beberapa perbezaan. Dan jelas tidak disebut Player Issue kerana bukan dibuat (Issue) untuk dipakai para pemain (Player). Melainkan untuk dijual bebas.
- Nota kaki: Grade P2R hanya ada di jersi Nike. Perbezaan antara Jersi PI dan authentic juga hanya terdapat di jersi Nike. Sedangkan untuk Adidas dan mirip lain setakat ini belum dipastikan perbezaan antara jersi PI dengan jersi authentic yang dijual bebas.
- Replika: Jersi biasa yang tersedia di club store/apparel store. Jersi ini spesifikasinya berbeza dengan jersi PI/authentic. Tujuan utamanya agar jersi itu lebih sesuai untuk dipakai seharian.
- Supporter/stadium version: Jersi dengan grade/kualiti dibawah replika. Dibuat agar harganya lebih rendah oleh penyokong yang tidak mampu membeli jersi grade player issue/replika.
-------------------------------------
Sumber:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan