Jumaat, Februari 15, 2013

1985: Selangor FA lawan Manchester City FC (Stadium Merdeka).


Selangor FA lawan Manchester City FC (24hb Januari 1985, Stadium Merdeka).
Pada 24hb Januari 1985, Selangor FA telah berhadapan cabaran Kelab Inggeris, Manchester City FC. Perlawanan ini berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Selangor pada asalnya menampilkan persembahan yang baik. Namun, selepas Mokhtar Dahari, Razali Alias dan Khan Hung Meng dikeluarkan, persembahan pasukan tersebut mula longgar. Terdapat dua insiden yang mengundang kemarahan penonton tempatan ketika. Pertama, insiden jersi Azhar Shariff ditarik hingga terkoyak dan kedua, insiden Supermokh ditolak hingga terjatuh sewaktu menghampiri kotak penalti Manchester City. Akhbar dan majalah tempatan ketika itu menggambarkan dua insiden tersebut sebagai ‘insiden biasa bola sepak profesional di negara Eropah’, tatkala para peminat Selangor FA menyifatkan aksi pemain City sebagai ‘kasar dan kurang sopan’.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...