Jumaat, Februari 15, 2013

Supermokh wakili Pilihan Negeri Sembilan.

Mutalib Adam (Pilihan Negeri Sembilan) sewaktu menghadapi cabaran Groningen FC.
Fandi Ahmad, anak Melayu-Singapura yang mencipta nama di Eropah.
Muka depan majalah Liga Sensasi Bola Sepak yang memaparkan aksi Pilihan Negeri Sembilan-Groningen FC.
Mutalib Adam bertembung dengan Fandi Ahmad.
http://chedinsphere.blogspot.com/2012/06/jaguh-tambak-malaysia-singapura.html
Fandi (depan, paling kanan) bersama skuad Groningen FC, 1984.
Supermokh cuba melepasi halangan pemain Groningen FC. Pilihan Negeri Sembilan tewas, 2-3.
Supermokh wakili Pilihan Negeri Sembilan lawan Groningen FC.
Selain kelab PKNS, Kelab Sultan Sulaiman, Talasco dan Kwong Yik Bank, Supermokh juga pernah beraksi untuk pasukan Pilihan Negeri Sembilan sewaktu menentang Groningen FC. Ini adalah kali pertama dan terakhir Supermokh mewakili pasukan negeri selain Selangor FA, memandangkan rasa cinta dan sayangnya kepada pasukan tersebut. Malahan, Supermokh yang pernah menerima beberapa tawaran daripada kelab profesional liga Inggeris dan Timur Tengah, memilih untuk kekal bersama Selangor FA sehingga persaraannya (1987). 

Groningen FC merupakan antara kelab yang pernah dibintangi oleh lagenda Singapura dan Nusantara, Fandi Ahmad. Fandi telah menandatangani kontrak selama dua tahun bersama Groningen pada tahun 1983, dan telah berjaya menjaringkan 11 gol dalam 36 penampilan bersama kelab Belanda tersebut. Malahan, Fandi pernah menjaringkan gol sewaktu menang 2-0 ke atas Inter Milan ketika saingan pusingan pertama Piala UEFA 1983. Fandi telah diundi oleh peminat Groningen sebagai pemain paling popular untuk tahun 1983. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...