Jumaat, Februari 15, 2013

Anugerah Kelab Satu Abad AFC 1999, 11hb Februari 1999.


Anugerah Kelab Satu Abad AFC 1999, 11hb Februari 1999.
‘AFC Century Club Awards 1999’ atau ‘Kelab Satu Abad AFC 1999’ merupakan anugerah yang diberikan kepada pemain bola sepak Asia yang mewakili negara mereka sebanyak 100 kali atau lebih. Dalam satu majlis yang dianjurkan di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur pada 11hb Februari 1999, beberapa pemain lagenda negara telah terpilih untuk menerima anugerah tersebut. 

Antaranya ialah Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari; Datuk Santokh Singh; Datuk Soh Chin Aun; R. Arumugam; Zainal Abidin Hassan; Ahmad Yusof; Datuk Jamal Nasir; dan Datuk Shukor Salleh. Supermokh diwakili oleh isteri dan anak lelaki beliau, Mohd Reza Mokhtar, manakala Mendiang Aru The Spiderman diwakili oleh balu dan anak perempuan beliau. 

Dua daripada lapan pemain Malaysia yang berada dalam senarai itu sudah meninggal dunia. Mereka ialah Allahyarham Mokhtar Dahari yang meninggal dunia pada 1991 dan Mendiang R. Arumugam pada 1988.

Para pemain lain yang disenaraikan dalam Kelab Seabad (Century Club) itu ialah Majed Abdullah (Arab Saudi); Choi Soon Ho (Korea); Wail Suliman Al Habashi (Kuwait) dan Hamoud Sultan Madkhoor (Bahrain). Kelab itu ditubuhkan oleh AFC sebagai penghormatan untuk mana-mana pemain yang mewakili negara melebihi 100 perlawanan kelas ‘A’.


Sumber dan pautan:
  1. www.utusan.com.my/;
  2. www.nst.com.my/;
  3. Arena Bola Sepak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...