Ahad, Februari 24, 2013

Christopher Zwane Mandla (Selangor FA, 1997).


Christopher Zwane Mandla (Selangor FA, 1997).
Christopher Zwane Mandla merupakan bekas pemain Porto FC pada 1994. Beliau kemudiannya menyertai Selangor FA untuk musim 1997. Selain Mandla, Selangor FA turut mendapatkan khidmat jurulatih baru, Steve Wicks dan pemain import kontroversi bernilai RM3.2 juta, Tony Cottee. Mandla tiba di Malaysia pada 16hb Januari 1997 ketika berusia 22 tahun.

Tahun tersebut juga menyaksikan Zainal Abidin hassan kembali menyertai kem Selangor FA untuk memperkuatkan skuad Gergasi Merah yang turut dibarisi beberapa pemain kebangsaan seperti Azman Adnan, M. Chandran dan K. Sanbagamaran. Mandla turut membantu skuad Selangor FA menjuarai Piala Sumbangsih 1997, bersama Azman Adnan, Tony Cottee, Rusdi Suparman, Shahrin Majid, Mehmet Durakovic dan lain-lain. Dalam perlawanan tersebut, Mandla telah menjaringkan gol untuk menumpaskan Kedah, 2-0 di Stadium Shah Alam. 

Mandla cukup disenangi oleh peminat Selangor ketika itu, memandangkan beliau gemar menonjolkan kemahiran individu yang menghiburkan sewaktu perlawanan berlangsung. Kendati pun, Selangor FA memilih untuk menamatkan khidmat beliau kerana mahu mencari pemain import lain untuk memperkuatkan bahagian serangan dan tengah. Tindakan pengurusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) ini begitu mengejutkan semua pihak, melihat kepada aksi cemerlang Mandla dan tempoh kontraknya yang cukup singkat. Akibat tindakan FAS ini, Mandla menggambarkan pengalamannya di Malaysia sebagai 'mimpi ngeri' dan bertekad untuk tidak lagi beraksi dalam Liga-M. 

Selain Selangor FA, Mandla pernah bermain dengan beberapa kelab lain, antaranya ialah Orlando Pirates; Penafiel FC; Gil Vicente FC; Supersport United; Black Leopards dan Mpumalanga Black Aces. Beliau juga pernah sekali mewakili pasukan kebangsaan Afrika Selatan.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...