Ahad, Disember 15, 2013

Kejohanan Bola Sepak Pantai Mild Seven 1998.


Eric Cantona, lagenda
yang penuh kontroversi.
Petikan artikel mengenai Khan Hung Meng.
Turut dilampirkan, gambar aksi beliau
ketika menentang Brazil, 1998.
Sekitar perlawanan
Brazil-Amerika Syarikat.
Cantona cuba mengawal bola daripada
dirampas oleh lagenda Selangor,
Khan Hung Meng.
Cantona bersama lagenda Sabah dan Malaysia,
Hassan Sani. Hassan 'Cucuk' Sani turut beraksi
dalam kejohanan bola sepak pantai di Stadium Negara bersama
Cantona. Beliau juga merupakan salah-seorang
wira Kelayakan Olimpik 1980 Malaysia
bersama 'King' James Wong dan
Allahyarham Yahya Jusoh.
Cantona bergambar kenangan bersama
bintang cilik Selangor ketika itu,
Fairuz Montana Zainal Abidin.
Cantona menandatangi baju
seorang peminat Malaysia.
Para peminat tempatan berebut-rebut
meminta tandatangan Cantona.
Maradona dan Cantona, dua jagoan
kontroversial yang mempunyai ramai pengikut seantero dunia.
Mokhtar-Maradona (1982): 
Bintang Asia Tenggara bersama 
bintang dunia.
Supermokh dan Diego Maradona bertukar
cenderamata pasukan.
Skuad bola sepak pantai kebangsaan yang diwakili
lagenda Malaysia. Berbaju biru ialah penjaga gol
lagenda Malaysia, Mendiang Ong Yu Tiang.
Malaysia, Naib Juara di Stadium Negara.
Kejohanan Bola Sepak Pantai Mild Seven Ketiga di Stadium Negara
Kejohanan ‘Pro Beach Soccer Tour’ (PBST) merupakan acara sukan bola sepak pantai antarabangsa yang dimulakan pada 1996. Acara ini dilangsungkan di lokasi berbeza serata dunia. Pada 1998, acara ini dilangsungkan di Kuala Lumpur, di mana Malaysia juga menghantar pasukannya pada tahun 1997.
Bekas bintang Manchester United dari Perancis, Eric Cantona mewakili negaranya dalam Kejohanan Bola Sepak Pantai Pro Mild Seven Challenge ‘98, yang berlangsung di Stadium Negara pada 22hb dan 23hb Mei 1998.
Kemunculan sulung Cantona, 32, dalam persaingan bola sepak pantai sejak persaraannya dari pentas bola sepak profesional pada 1997, menjadi aset terbaik Perancis untuk merangkul kejuaraan keempat selepas muncul juara pada 1984, 1985 dan 1987.
Cantona, pemain terbaik Liga Inggeris 1994 dan 1996 turun sebagai ketua pasukan Perancis, yang turut dibarisi bekas bintang handalan dunia, Phillippe Jeanol, Didier Six, Jean-Christophe Thouvenel, William Ayache dan adiknya Joel Cantona.
Pengurus Perancis, Jean-Christophe Thouvenel menyifatkan kehadiran bekas ketua pasukan United itu sebagai ‘kemunculan istimewa’ yang pastinya dirindui peminat bola sepak dunia.
Selain Perancis, tiga lagi negara yang mengambil bahagian dalam kejohanan selama dua hari itu ialah Malaysia, Amerika Syarikat dan juara bertahan, Brazil. Perancis memulakan cabaran menentang Malaysia, sebelum menghadapi tentangan sengit penyandang juara Brazil keesokan harinya. Brazil pula menghadapi Amerika Syarikat dalam perlawanan pertama mereka.
Cantona turut menemui peminat dalam sesi bertemu peminat yang diadakan di pusat membeli-belah Lot 10 di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Meskipun dikenang sebagai lagenda United, Cantona jarang mewakili pasukan negaranya. Pernah dianugerahkan sebagai Pemain Terbaik Liga England 1994 dan 1996, Cantona, ketika itu berusia 32, sekadar mempunyai 45 penyertaan antarabangsa (cap) bersama Perancis, tetapi turut gagal mewakili negaranya ketika Kejohanan Negara-negara Eropah (Euro ‘96) di England.
Manakala Jurulatih Perancis, Didies Six yang pernah beraksi pada Piala Dunia 1978 dan 1982 dan seangkatan dengan bintang terkenal Perancis, Michel Platini, tetap menaruh keyakinan kepada negaranya untuk menebus kekalahan 4-7 kepada Brazil pada perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Pantai Dunia 1997.
Brazil pula dibimbing oleh Leovegildo Gama Junior, yang pernah beraksi pada dua pusingan akhir Piala Dunia 1982 di Madrid dan 1986 di Mexico.
Pasukan kebangsaan Malaysia diuruskan oleh lagenda Selangor dan Malaysia, Wong Hung Nung. Malaysia membariskan Lim Teong Kim, Ismail Ibrahim, Chow Siew Yai, Hassan Sani, Khan Hung Meng, Ong Yu Tiang, Ahmad Yusof dan Mubin Mokhtar pada cabaran tersebut.
Apa yang menarik ialah pemain Malaysia, Mubin Mokhtar menganggap Eric Cantona sebagai idola beliau, di mana Mubin seringkali mengenakan imej ‘mengangkat kolar jersi’ ketika beraksi bersama pasukan kebangsaan dan negeri yang diwakilinya. Impian beliau untuk beraksi di atas ‘pentas’ yang sama dengan Cantona akhirnya menjadi kenyataan dalam kejohanan ini. Dalam kejohanan tersebut, Malaysia menang ke atas Perancis tetapi tewas 3-6 dan 4-7 kepada Brazil, seterusnya muncul selaku Naib Juara.

----------------------------------------------------------
Sumber dan rujukan:
  1. Akhbar Utusan Malaysia;
  2. Akhbar New Straits Times;
  3. Majalah Arena Bola Sepak;
  4. https://www.facebook.com/ahmadjohari.yeopaziz?fref=ts;
  5. https://www.facebook.com/hangpcdua.malaya?ref=ts&fref=ts;
  6. https://www.facebook.com/pages/Kelab-Jersi-Kita/102781643230951?fref=ts.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...