Sabtu, Ogos 17, 2013

Beraya di Rumah Bro Fairuz Montana, Jaket 'windbreaker' Selangor 2002 dan Jersi Latihan 2003.


Jaket ‘windbreaker’ skuad bola sepak Selangor – yang pernah dipakai oleh Bro Fairuz Montana Zainal Abidin - ketika Sukan Malaysia (SUKMA) Sabah 2002. 
Jersi latihan Selangor FA, 2003. Terima kasih, Bro Fairuz Montana Zainal Abidin. Semoga tercapai impian untuk menjadi jurulatih profesional yang berjaya. Amin.
Alhamdulillah, malam semalam berkesempatan beraya dan berkunjung ke rumah Bro Faizal Montana Zainal Abidin (yang dikenali dengan nama panggilan ‘Mon’). Bro Mon merupakan bekas pemain Selangor FA dan PKNS FC. Beliau kini beraksi untuk skuad Felda United FC.

Beliau pernah menjadi Johan Piala Nike Asia 1998, Naib Johan Sekolah-Sekolah Asia 2000, Juara Piala Malaysia 2005, Juara Liga Perdana Dua 2005 dan Piala FA 2005 (bersama Selangor FA).

Terima kasih, buat Bro Montana yang baik hati. 
Lagi info di sini:

4 ulasan:

  1. pernah masuk majalah arena bolasepak tahun 2004 montana ni.jersi selangor 2005 tu memang rare abes lah ! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, Bro. Banyak juga jasa dan sumbangan Bro Montana ni kepada pasukan Selangor dan Malaysia, lagi-lagi zaman remaja beliau dulu.

      Jersi-jersi Selangor FA 199-2004 memang payah untuk dijumpai. Paling rare, jersi selempang 2004. :)

      Padam
  2. Dia ni sebenarnya asal Sarawak ke ataupun lahir kat sana? Aku ada baca dia lahir kat Kuching dalam Majalah ABS dulu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beliau memang lahir dan berasal dari Sarawak. :)

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...