Rabu, Ogos 14, 2013

Selangor Juara Piala FA 2009.

Selangor berjaya menamatkan kemarau tiga tahun tanpa memiliki sebarang piala utama dalam Liga Malaysia apabila menumpaskan Kelantan 4-1 melalui sepakan penalti setelah kedudukan terikat 11 sama pada perlawanan akhir Piala FA yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 25hb April 2009.

Seperti yang dijangka perlawanan Kelantan dan Selangor yang disaksikan kira-kira 85,000 penyokong ‘Red Giants’ dan ‘The Red Warriors’ berlangsung sengit apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.

Perlawanan bagaimanapun terpaksa dilanjutkan ke masa tambahan setelah kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada 90 minit permainan sebenar. Penguasaan Kelantan akhirnya diterjemahkan dengan gol pada minit ke-93 melalui tandukan Mohd Norfarhan Mohammad di sebelah kiri pintu gol Selangor setelah menerima hantaran Mohd Badri untuk menewaskan Mohd Hamsani di gawang gol.

Namun gol itu hanya bertahan selama lapan minit apabila kapten Selangor, Mohd Amri Yahyah yang juga dipilih pemain terbaik perlawanan menanduk masuk bola hantaran D.Surendren untuk menewaskan Mohd Shahrizan bagi menyamakan kedudukan.

Setelah tamat 30 minit masa tambahan, kedua-dua pasukan masih gagal mencari gol penentuan yang akhirnya terpaksa menentukan kemenangan ditentukan dengan sepakan penalti.

Tuah dan pengalaman nyata milik Selangor apabila dua pemain Kelantan iaitu Indra Putra dan Zairul Fitree Ishak gagal menyempurnakan sepakan penalti manakala semua empat pemain Selangor berjaya menyempurnakannya untuk keputusan 4-1. Kemenangan Piala FA 2009 ini membolehkan Selangor menjuarai Piala FA sebanyak lima kali sejak mula dipertandingkan pada 1990. Selangor turut menjulang Piala Sumbangsih 2009; Piala Sumbangsih 2010; serta Piala Liga Super 2010.
  • SELANGOR FA: Mohd Hamsani Ahmad, Mohd Razman Roslan (Mohd Asraruddin Omar), Mohd Khairul Anuar Baharum, Mohd Nasriq Baharom, D. Surendran, Mohd Hardi Jaafar, Mohd Amri Yahyah, C. Premanath, Rudie Ramli, R. Surendran (Mohd Amirulhadi Zainal), Mohd Safee Mohd Sali;
  • KELANTAN FA: Mohd Shahrizan Ismail, Sharudy Aziz, Zairul Fitree Ishak, Mohd Zamri Ramli (Mohd Hanif Mohamed Nor), Mohd Rizal Fahmi Ab. Rosid (Che Hisamuddin Hassan), Mohd Badhri Mohd Radzi, Mohd Farisham Ismail, Ahmad Ezrie Shafizie Sazali,Indra Putra Mahayuddin, Mohd Nor Farhan Muhammad (Wan Zaman Wan Mustapha), Muhammad Khalid Jamlus;
  • Pengadil: Subkhiddin Md Salleh.
----------------------------------------------------------

Sumber:
  1. Majalah Arena Bola Sepak;
  2. Akhbar Kosmo;
  3. Akhbar Utusan Malaysia;
  4. Akhbar Berita Harian;
  5. Akhbar The Star;
  6. http://dzulhelmimohdrazali.wordpress.com/2014/01/21/amri-yahyah-seorang-lagenda/;
  7. http://kayimagez.blogspot.com/2010/12/final-liga-super-2010-selangor-vs.html;
  8. http://wanfelany.blogspot.com/2009/07/manchester-united-malaysia-selangor.html;
  9. http://www.glennguan.com/blog/?p=1242;
  10. http://chronohunterz.blogspot.com/2011/09/bagaimana-aku-kenal-pasukan-bolasepak.html;
  11. http://osmanadnan.com/blog/tag/selangor/;
  12. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0109&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_22.htm.
  13. http://mstar.com.my/variasi/sukan/cerita.asp?file=/2009/4/26/mstar_sukan/20090425215753&sec=mstar_sukan;
  14. http://myahyasahri.blogspot.com/2009/06/tengok-bola-selangor-juara-piala-fa.html;
  15. http://mstar.com.my/variasi/sukan/cerita.asp?file=/2009/4/25/mstar_sukan/20090425122709&sec=mstar_sukan;
  16. www.bernama.com/;
  17. http://www.facebook.com/pages/Kelab-Jersi-Kita/102781643230951?fref=ts.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...