|
SuperMokh dan Man Turn: Dua lagenda, dua era. |
Perlawanan testimoni sebagai penghargaan
kepada jasa dan sumbangan pemain bola sepak – kebiasaannya yang telah beraksi
selama beberapa tahun bersama sesebuah pasukan - adalah sesuatu yang menjadi
amalan biasa untuk liga-liga terkemuka dunia.
Namun, amat jarang kita dapat menyaksikan
penganjuran perlawanan testimoni pemain Malaysia, khususnya ketika mereka
sudah hendak menggantung sepatu bola. Semoga akan ada pihak yang mengusahakan
untuk menganjurkan perlawanan testimoni untuk pemain-pemain lagenda kita
seperti Azman Adnan dan Amri Yahyah.
Gambar menunjukkan perlawanan testimoni lagenda dunia, Diego Armanda Maradona, yang berlangsung pada tahun 2001 di
Stadium Bombonera. Seramai 50,000 orang penonton memenuhi stadium untuk
menyaksikan perlawanan ini.
Antara
bintang yang menyaksikan dan beraksi dalam perlawanan epik ini ialah Eric
Cantona, Juan Sebastian Veron, Hristo Stoichkov, Nolberto Solano, Enzo
Francescoli, Pele dan Michel Platini. Perlawanan berkesudahan pasukan kebangsaan Argentina
menang 6-3 ke atas pasukan All-Stars, di mana Maradona menjaringkan dua gol
menerusi sepakan penalti.
Pemain
yang dikhabarkan bakal menyertai kelab Johor Darul Takzim FC, Pablo Aimar menjaringkan
dua gol manakala Claudio Lopez dan Lucas Castorman masing-masing menjaringkan
satu gol. Davor Suker, Eric Cantona dan Rene Higuita menjaringkan gol-gol
pasukan Bintang Dunia (The Rest of the World All-Stars).
Untuk
rekod, Maradona yang ketika itu sudah berbadan gempal dan berusia 41 tahun - merupakan
bekas pemain Boca Juniors, Barcelona dan Napoli. Beliau pernah mewakili Boca
Juniors FC sewaktu menentang skuad Jemputan Selangor yang diketuai oleh jaguh Nusantara
ketika itu, SuperMokh di Stadium Merdeka.
Lagi
info di sini:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan