Selangor FA, Juara Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih 2002. |
Pada tahun 2002, Azman Adnan telah kembali mewakili Selangor FA yang kemudiannya berjaya menjuarai Piala Malaysia buat pasukan tersebut untuk kali ke-31. Gol kemenangan dalam perlawanan akhir penuh dramatik tersebut dijaringkan oleh Amri Yahya, pemain muda yang kemudiannya menjadi pemain Selangor yang sangat berpengaruh untuk skuad Selangor pada hari ini. Amri menjaringkan gol selepas gerakan cantik Jaafar Salleh dikuis pemain import, Mass Sarr Jr. dan melantun kepada Amri. Pada musim tersebut, Azman dan rakan-rakannya telah membantu Selangor untuk muncul juara Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih. Ini merupakan Piala Malaysia terakhir yang dijulang oleh Azman Adnan.
--------------------------------------------
--------------------------------------------
Sumber dan rujukan:
- Akhbar Utusan Malaysia;
- Akhbar New Straits Times;
- Majalah Arena Bola Sepak;
- https://www.facebook.com/ahmadjohari.yeopaziz?fref=ts;
- https://www.facebook.com/hangpcdua.malaya?ref=ts&fref=ts;
- https://www.facebook.com/pages/Kelab-Jersi-Kita/102781643230951?fref=ts.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan