Eder sewaktu di Stadium Merdeka. |
Supermokh, ketua pasukan Asian All-Stars 1982. |
Supermokh dan skuad Asian All-Stars. |
Skuad bintang Asia 80an. |
Supermokh (depan) memakai lilitan kapten skuad Asian All-Stars. Turut kelihatan, Soh Chin Aun, Piyapong Pue-on dan Khalid Ali. |
| ||
Aru The Spiderman menumbuk bola sebelum sempat disambar oleh Reinaldo. |
Skuad Lagenda Asian All-Stars, yang dibarisi ramai pemain kebangsaan Malaysia. |
Jersi tempat lawan Brazil, 1980-1981. |
| ||||||||||
Zico dan Dino Zoff meraikan kejayaan
menjulang Piala Dunia 1982 bersama skuad
Itali,selepas menewaskan Brazil dalam sebuah pertarungan klasik. |
19hb Disember 1982, 8 malam,
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Pada
19hb Disember 1982, satu perlawanan bersejarah telah diadakan di Stadium
Merdeka di antara pasukan Asian All-Stars menentang Brazilian All-Stars. Seramai
25,000 orang penonton memenuhi Stadium Merdeka pada malam tersebut, di mana tiket-tiket
dijual pada harga RM30, RM15 dan RM10. Eder
Aleixo de Assis (lebih dikenali sebagai ‘Eder’),
penyerang dan pemain sayap kiri mapan dari Brazil, menjadi tumpuan utama para
peminat tanah air ketika itu. Eder
merupakan Pemenang ‘Bola Perak’
Brazil untuk tahun 1983. Beliau juga pernah memenangi ‘Copa do Brasil’ pada tahun 1993 dengan kelab Cuzeiro SC. Eder turut
beraksi dalam Piala Dunia 1982, di mana Brazil ditundukkan oleh Itali dalam
satu pertarungan bersejarah. Perlawanan bertemu Itali dalam Piala Dunia 1982
itu digelar sebagai ‘Tragedi Sarrias’,
merujuk kepada nama stadium tersebut. Pasukan Piala Dunia 1982 Brazil – yang dibintangi
oleh Eder, Zico, Falcao dan Socrates -- dianggap sebagai antara pasukan
terhebat yang gagal memenangi Piala Dunia.
Edisi
1982 menyaksikan pemain paling muda yang beraksi dalam perlawanan Piala Dunia,
Norman Whiteside bermain sewaktu menentang Yugoslavia, ketika berusia 17 tahun
dan 41 hari. Bintang England, Bryan Robson pula berjaya menjaringkan gol
meskipun perlawanan baru berlangsung selama 27 saat. Ketika Robson menjaringkan
gol tersebut, pengulas sukan, John Motson hanya sempat melafazkan sebanyak 59
patah perkataan. Edisi 1982 dimenangi oleh Itali yang menewaskan Brazil, 3-2,
dalam apa yang dianggap sebagai perlawanan terbaik Piala Dunia. Bintang Itali,
Paolo Rossi telah menjadi penjaring terbanyak untuk Edisi 1982 di Sepanyol
dengan enam gol. Namun, Hungary telah mencuri tumpuan apabila menewaskan El
Savador, 10-1.
Selain Eder, seorang lagi anggota Piala Dunia Brazil ialah Reinaldo, yang beraksi di Stadium Merdeka. Reinaldo merupakan salah-seorang daripada anggota skuad Piala Dunia 1978 Brazil di Argentina. Terdapat kontroversi pada Edisi 1978, apabila Brazil -- yang hanya memerlukan seri untuk layak daripada peringkat kumpulan – tewas 1-2 kepada Itali, manakala tuan rumah Argentina yang mempunyai perbedaan gol dengan Brazil, layak setelah menewaskan Peru, 6-0. Selain itu, Edisi 1978 itu diselubungi kontroversi hitam apabila terdapat dakwaan bahawa para pemain skuad Belanda telah menerima ugutan daripada pihak junta tentera Argentina. Argentina akhirnya menjulang Piala Dunia 1978 dengan lagendanya yang sering dilupakan, Mario Kempes. Kempes yang digelar ‘El Toro’ dan ‘El Matador’, merupakan satu-satunya pemain skuad ‘La Albiceleste’ yang beraksi untuk kelab luar, iaitu kelab Valencia (Sepanyol). Kempes juga merupakan pemain yang dinamakan oleh Pele sebagai antara 125 orang pemain terbaik dunia yang masih hidup pada 2004.
Di
Stadium Merdeka, Eder mempamerkan aksi hebatnya sewaktu menentang skuad ‘tangkap-muat’
Asian All-Stars; yang meskipun dibintangi oleh pemain terbaik Asia, tetapi
hanya dapat berkumpul dan menjalani latihan bersama dalam tempoh waktu yang
singkat. Gol pertama Brazilian All-Stars dijaringkan pada minit ke-22 oleh Pablo
Isidiro, hasil hantaran anggota skuad Piala Dunia 1978 Brazil, Reinaldo.
Kemudian, Eder menjaringkan gol kedua dengan kaki kirinya. Gol ketiga Brazil
pula diperolehi menerusi Heleno yang menjaringkan gol, enam minit sebelum tamat
separuh masa pertama.
Perlawanan antara Asian All-Stars dan Brazil ini turut dijalankan di Bangkok, Thailand. Di Kuala Lumpur, antara
bintang Asia Tenggara yang beraksi untuk skuad Asian All-Stars ialah Supermokh,
Towkey Soh Chin Aun, Hassan Sani dan Piyapong Pue-on (lagenda Thailand). R.
Arumugam yang masuk pada separuh masa kedua berjaya beraksi cemerlang, apabila
memastikan gawang Asian All-Stars tidak dibolosi sehingga tamat permainan.
Keputusan akhir, Asian All-Stars 0, Brazilian All-Stars 3.
- Skuad Asian All-Stars: Mahboub Jumma, Aziz Anbary (Kuwait); Park Kyun Hun, Jung Hu Woon, (Korea Selatan); Gu Guan Gming (China); Prasun Banerjee, Parminder Singh (India); Kwauo Ozaki (Jepun); Piyapong Pue-on, Aumnat Chakeumchayat (Thailand); Soh Chin Aun, Wong Hung Nung, Jamaluddin Norbit, Zainal Abidin Hassan, Khalid Ali, R. Arumugam, Hassan Sani, Reduan Abdullah dan Mokhtar Dahari (Malaysia).
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Sumber
dan Rujukan:
- http://chedinsphere.blogspot.com/2012/12/boca-juniors-lawan-jemputan-selangor-xi.html;
- http://chedinsphere.blogspot.com/2012/12/edisi-sulung-piala-fa-perak-lawan.html;
- http://chedinsphere.blogspot.com/2011/08/supermokh-lagenda-yang-tiada-galang.html;
- http://chedinsphere.blogspot.com/2012/12/cerita-malaysia-ke-olimpik-1980-moscow.html;
- http://chedinsphere.blogspot.com/2012/12/cerita-malaysia-ke-olimpik-1972-munich.html;
- http://chedinsphere.blogspot.com/2012/12/3hb-mei-1986-sabtu-perlawanan-piala.html;
- http://chedinsphere.blogspot.com/2012/12/19hb-mei-1999-malaysia-xi-lawan-arsenal.html;
- http://chedinsphere.blogspot.com/2011/03/penjaga-gol-terbaik-malaysia.html;
- http://www.facebook.com/norazmi.mahmood.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan