Khamis, Januari 17, 2013

Piala Sumbangsih 1985: Selangor lawan Pahang.



27hb Mei 1984: Santokh Singh, ketua pasukan
Selangor, menjulang Piala Malaysia 1984.

27hb Mei 1984: Supermokh menerima Piala
Liga daripada DYMM Sultan Iskandar
(Almarhum-ketika itu YDPA).

Juara Piala Malaysia dan Liga 1984.



Skuad Piala Malaysia Selangor 1984.
1984: Santokh Singh dan 
Tajuddin Noor.
1984: Skuad Piala Sumbangsih 
Selangor dan Pahang.
1984: Santokh mencipta kontroversi apabila 
memakai jersi Diadora, meskipun Selangor 
ditaja oleh Topper ketika itu.
Santokh Singh menjulang Piala Sumbangsih 
1985 yang dianjurkan pada 1984.
Khalid Ali bersalaman dengan Tengku Abdullah. 
Turut kelihatan, Paul Money Samuel.
Zaidi Mokhtar dan Khalid Ali, 
bersama Piala Sumbangsih 1985.
Ong Yu Tiang berusaha menyelamatkan bola 
daripada diasak oleh Supermokh.
30hb Disember 1984: Supermokh membincangkan
sesuatu  dengan DYMM Sultan Sharafuddin (ketika itu
Raja Muda), sambil diperhatikan oleh Santokh Singh.
30hb Disember 1984: Skuad Selangor FA bergambar
kenangan setelah menjuarai Piala Sumbangsih
1985, sekaligus membolehkan Selangor
menang tiga piala pada 1984.

30hb Disember 1984, Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Pada 30hb Disember 1984, Selangor FA yang telah merangkul Piala Liga 1984 dan Piala Malaysia 1984, berentap dengan Pahang FA untuk merebut Piala Sumbangsih 1985. Antara perlawanan persahabatan yang dilalui oleh skuad Selangor FA sebagai persediaan menghadapi Pahang FA ialah bertemu Melaka, Angkatan Tentera Malaysia, Terengganu dan Negeri Sembilan. Perlawanan ini adalah pembuka tirai untuk musim Piala Malaysia 1985, di mana ketika itu, liga dimainkan secara satu pusingan, dan lapan pasukan teratas akan layak ke Suku Akhir Piala Malaysia. Pasukan teratas dalam liga tersebut akan menerima Piala Juara Liga, manakala lapan pasukan teratas tadi akan bertanding untuk pusingan kalah mati (Suku Akhir, Separuh Akhir dan pemenang perlawanan akhir adalah Juara Piala Malaysia).

Perlawanan ini seperti mengulangi Perlawanan Akhir Piala Malaysia 1984 -- di mana Selangor FA sekali lagi menewaskan Pahang FA – tetapi, kali ini dengan keputusan 2-1. Bintang Pahang FA, Zainal Abidin Hassan, tidak beraksi dalam perlawanan yang disaksikan oleh kurang-lebih 15,000 orang penyokong setia kedua-dua pasukan di Stadium Merdeka. Gol tunggal Pahang FA dijaringkan oleh Yunus Alif yang berjaya memperdayakan R. Arumugam, selepas bijak menewaskan Zaidi Mokhtar dan Santokh Singh. Ong Yu Tiang, penjaga gawang Pahang FA, beraksi cemerlang sepanjang perlawanan. Namun, Reduan Abdullah yang ketika itu berusia 31 tahun, berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-67, sebelum Razali Alias memastikan Selangor FA mengutip kejayaan tiga piala untuk musim 1984 pada minit ke-69.

Terdapat sedikit kontroversi timbul berkenaan satu insiden luar padang, di mana ketua pasukan Selangor FA, Santokh Singh, memakai jersi jenama Diadora berwarna biru ketika menerima piala. Hal ini dilaporkan kurang disenangi oleh penaja pasukan Selangor FA ketika itu, Topper. Namun, kontroversi ini tidak mampu menyelubungi musim gemilang Selangor dan Supermokh pada 1984. 

--------------------------------------------------------------------

Sumber dan rujukan:

  1. http://chedinsphere.blogspot.com/2012/12/perlawanan-akhir-piala-malaysia-1984.html;
  2. http://chedinsphere.blogspot.com/2012/12/boca-juniors-lawan-jemputan-selangor-xi.html;
  3. http://chedinsphere.blogspot.com/2012/12/edisi-sulung-piala-fa-perak-lawan.html;
  4. http://chedinsphere.blogspot.com/2012/12/3hb-mei-1986-sabtu-perlawanan-piala.html;
  5. http://chedinsphere.blogspot.com/2012/12/19hb-mei-1999-malaysia-xi-lawan-arsenal.html;
  6. http://www.facebook.com/norazmi.mahmood;
  7.  http://grenbara.bravejournal.com/entry/22909;
  8. http://www.facebook.com/jabal.noor.9.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...