1987, musim terakhir Supermokh bersama Selangor FA. |
Gambar yang ikonik: Saya mula mengumpul info berkenaan Supermokh ketika kecil menerusi gambar ini, yang pernah disiarkan oleh akhbar Metro sekitar 1995. |
Piala Malaysia,
Stadium Nasional, Singapura (30hb Ogos 1987).
Meskipun
telah mengumumkan persaraannya selepas Piala Malaysia 1986, Supermokh kembali
memperkuatkan barisan Selangor FA pada musim 1987: kali ini sebagai pemain
merangkap pembantu jurulatih Merah-Kuning. Penampilan terakhir Supermokh
bersama Selangor FA ialah pada 30hb Ogos 1987, di mana beliau menjaringkan satu
gol menerusi sepakan percuma yang menewaskan penjaga gawang Singapura.
Perlawanan tersebut merupakan perlawanan penentuan ke Suku Akhir Piala Malaysia 1987, di
mana Selangor FA tewas, 1-2 di Stadium Nasional, Singapura.
Selangor
FA hanya memerlukan seri untuk layak ke Suku Akhir, tetapi tewas mengejut
kepada barisan muda Singapura yang bermain berhempas-pulas. Jurulatih Singapura,
Seak Poh Leong telah mengarahkan para pemainnya mengawal dengan ketat
Supermokh, sehingga menghalang Supermokh – yang berusia 34 tahun -- daripada
menyumbang dengan lebih baik untuk Selangor. Pada
minit ke-17, penyerang muda Singapura, V. Sundramoorthy, berjaya melepasi
halangan P. Dharmalingam, sebelum menewaskan Aru The Spiderman. Selanjutnya, Singapura
mendahului Selangor 2-0 menerusi sepakan penalti oleh A.R.J. Mani pada minit
ke-44. Panjaga gawang lagenda Singapura, David Lee, beraksi cemerlang sewaktu
menjaga gawang, manakala pemain lagenda Selangor, K. Gunalan turut menampilkan
aksi yang seharusnya dipuji.
Memandangkan
Selangor memerlukan seri, Supermokh mengetuai barisan penyerang Selangor,
menyerang gawang Singapura bertubi-tubi. Hasilnya, mereka dihadiahkan sepakan
percuma pada minit ke-64. Supermokh merembat kencang dari jarak 30 meter, untuk
bola meluru padu ke gawang gol Singapur selepas terbias daripada benteng yang
dibina pemain Singapura FA. Namun, Selangor tetap gagal menyamakan kedudukan,
untuk tewas dengan keputusan 1-2 di Stadium Nasional, Singapura.
Sementelahan,
pada 17hb Oktober 1987 (Sabtu), Wilayah Persekutuan FA (Kuala Lumpur FA)
memenangi Piala Malaysia selepas menewaskan Kedah FA, 1-0 hasil jaringan K.
Kannan. Kannan merupakan pemenang Kasut Emas 1987 dengan 15 gol, melengkapkan
tahun gemilang skuad pimpinan Chow Kwai Lam yang turut memenangi Anugerah ‘Fairplay’. Dalam perlawanan akhir Piala
Malaysia 1987, lagenda Kedah, Radhi Mat Din menjadi Pemain Terbaik Perlawanan.
- Singapura FA: David Lee, V. Sundramoorthy, Salim Moin, Kamarulzaman Zainal, Yahya Mahdon, Zulkifli Kartoyono, A. R. J. Mani, Saaid Shukor, Ishak Saad, Borhan Abu Samah, Razali Saad;
- Selangor FA: R. Arumugam, Mokhtar Dahari, Mohamed Nor Dahari, Khan Hung Meng, Zainal Abidin Hassan, K. Gunalan, Razali Alias, S. Loganathan, P. Dharmalingam, Zolkifli Ahmad, Zainal Norbit, Wong Hung Nung, Kamarulzaman Mohamed;
- Pengadil: Steven Ovinis.
| ||||||||||||
Razali Alias, Aru The Spiderman, A. Jayakanthan dan Zainal Abidin Hassan meraikan kejayaan memenangi Piala Sumbangsih 1987.
|
Piala Sumbangsih,
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur (10hb Jun, 1987).
Terdahulu,
seramai 20,000 menjadi saksi penampilan semula Supermokh dalam kancah Liga dan Piala
Malaysia 1987, yang sepatutnya telahpun bersara selepas memenangi Piala
Malaysia 1986. Dalam perlawanan tersebut, T. Lawrence telah dikeluarkan meskipun
perlawanan baru berlangsung empat minit kerana mengalami kecederaan lutut. Gol
dijaringkan oleh Zainal Abidin Hassan, menewaskan penjaga gol wilayah, M.
Pavalamani. K. Gunalan – yang mengambil alih posisi Ristomoyo Kassim yang
cedera -- membuat satu hantaran jauh kepada Zainal Abidin Hassan, yang
kemudiannya menanduk kemas bola tersebut untuk membolosi pintu gawang Wilayah.
Ketika
perlawanan tersebut berlangsung, pasukan Wilayah Persekutuan FA baru sahaja
kembali daripada jelajah ke Eropah dan pusingan awal Kejohanan Kelab Asia di
Bandung, Indonesia. Razali Alias yang mencukur sehingga licin kepalanya,
mencuri tumpuan dan menenggelamkan bintang-bintang Wilayah seperti Lim Teong
Kim, Malek Awab dan Fandi Ahmad. Sebelum itu, Selangor FA menjuarai Piala
Sumbangsih pada 1985, selepas menewaskan Pahang FA.
- Pemain Selangor FA: R. Arumugam, Mokhtar Dahari, Khan Hung Meng, Azhar Sharif, Zainal Abidin Hassan, A. Jayakanthan, Aziz Azizan, Razali Alias, Kamarulzaman Yusof, Wong Hung Nung, Zolkifli Ahmad, K. Gunalan, P. Dharmalingam;
- Pemain Pahang FA: M. Pavalamani, Fandi Ahmad, K. Kannan, Saidin Osman, Mat Zan Mat Aris, Malek Awab, Subadron Aziz, Ramlan Askolani, Chow Siew Yai, Lim Teong Kim, Serbegeth Singh, T. Lawrence, Razip Ismail.
---------------------------------------------------------------------------------------
Sumber dan rujukan:
- http://chedinsphere.blogspot.com/2012/12/3hb-mei-1986-sabtu-perlawanan-piala.html;
- http://chedinsphere.blogspot.com/2013/01/piala-malaysia-1978-selangor-lawan.html;
- http://chedinsphere.blogspot.com/2013/01/1982-asian-all-stars-lawan-brazilian.html;
- http://chedinsphere.blogspot.com/2012/12/boca-juniors-lawan-jemputan-selangor-xi.html;
- http://www.facebook.com/HangPC2;
- http://www.facebook.com/norazmi.mahmood;
- http://www.facebook.com/ligakit;
- http://www.facebook.com/quril?fref=ts;
- http://malaysiafootball-dimos.blogspot.com/2011/10/piala-malaysia-1987.html;
- http://grenbara.bravejournal.com/entry/22909;
- http://www.mudah.my/Vintage+adidas+selangor-19138876.htm.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan