“Islam lahir dengan sifat sabar
dan ‘tolerance’ menyatakan kebenarannya, kemudian bangkit selaku revolusi yang
diperlukan oleh ‘i’tiqad’ masyarakat dan zaman. Ini sangat nyata bagaimana yang
telah disaksikan oleh sejarah. ‘Islam is the source of civilization’. Islam itu
nyata tamaddun.”
“…Yang telah pasti ialah janji TUHAN tidak
akan dusta. Jika kita berpegang teguh kepada agama-NYA, pasti meningkat mulia.
Agama Islam mulia-handal dan sempurna, kenapakah kita persia-siakan?”
“Dunia ini tunggangan ke Akhirat dan
dunia ini tanaman ke Akhirat. Maka kita hidup berpolitik dan bernegara,
hendaklah pegangan keimanan dan taqwa yang sentiasa waspada dan siap sedia.
Bekerjalah kerana duniamu, seolah-olah engkau akan hidup selama-lamanya dan
bekerjalah kerana Akhiratmu, seolah-olah engkau akan mati esok hari.”
-- Almarhum Dr Burhanuddin Al-Helmy. Al-Fatihah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan